Selasa, 11 Safar 1439H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang
tidak mematuhi Imam dan memencil dari jemaah, lalu dia mati, maka
matinya seperti mati jahiliyah.
Siapa yang mati terbunuh di
bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik
kesukuan(kebangsaan), dia bukanlah umat ku.
Dan siapa keluar
dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan
orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak,
dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1815
No comments:
Post a Comment