Isnin,3 Zulkaedah 1439H: Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi saw. mengutus ku pergi ke satu kaum
di negeri Yaman, dan ketika saya kembali, saya dapati beliau di Al
Bathha'. Beliau bertanya, "Bagaimana caranya engkau ihram?"
Jawab ku,
"Aku ihram sebagaimana ihramnya Nabi saw."
Tanya beliau, "Adakah engkau
menyiapkan hadnya?"
Jawab ku, "Tidak!"
Kemudian beliau memerintahkan ku
tawaf. Maka aku tawaf keliling Kaabah, lalu saai antara Safa dan Marwa.
Kemudian memerintahkan ku supaya halal, maka aku pun halal. Lalu aku
pergi kepada keluarga ku, maka disisirkannya rambut ku, atau
disucikannya kepala ku.
Sementara itu, Umar pun tiba. Katanya, "Jika
kita berpegang dengan Kitab Allah, sesungguhnya Allah memerintahkan
kepada kita supaya menyempurnakan. Firman Allah Taala: Sempurnakanlah Haji
dan Umrah kerana Allah.
Dan kalau kita mengikuti Sunnah Rasul saw.,
sesungguhnya beliau belum halal sebelum menyembelih had-ya."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0812.
No comments:
Post a Comment