Khamis, 27 Zulkaedah 1439H: Mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Ibrahim Ad Dimasyqiy
mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Nafi' mewartakan kepadaku
Abul-Mutsanna, dari Hisyam bin 'Urwah, dari ayahnya, dari 'Aisyah,
bahawasanya Nabi saw. bersabda:
"Tiadalah Bani Adam, pada hari
Nahr ('Idul-Adha), mengamalkan suatu perbuatan yang lebih disenangi oleh
Allah Azza Wa Jalla, dibanding amalan menyembelih korban.
Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat, dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya.
Sesungguhnya darah korban akan jatuh dari Allah di suatu tempat, sebelum darah tersebut jatuh di atas bumi.
Maka kerana itu, baguskanlah olehmu sekalian jiwamu dengan berkorban".
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 3126.
Maka kerana itu, baguskanlah olehmu sekalian jiwamu dengan berkorban".
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 3126.
No comments:
Post a Comment