Selasa, 21 Safar 1440H: Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia
melihat Usman bin Affan meminta setimber air untuk berwuduk. Dia
menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya
tiga kali.
Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air,
lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke
hidung dan menyemburkannya kembali.
Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali.
Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali.
Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0117.

No comments:
Post a Comment