Jumaat, 13 Rabiulakhir 1440H: Dari Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. katanya Maimunah menceritakan
kepadanya bahawa pada suatu pagi Rasulullah saw. kelihatan diam kerana
susah dan sedih.
Kata Maimunah, "Ya, Rasulullah! Aku hairan melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang terjadi?"
Jawab Rasulullah saw., "Jibril berjanji akan datang menemui ku malam
tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah dia pasti tidak menyalahi
janji dengan ku!"
Rasulullah saw.
sentiasa kelihatan susah dan sedih sehari ini. Kemudian beliau melihat
seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau suruh
keluarkan anak anjing itu.
Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anak anjing itu. Ketika hari sudah petang. Jibril datang mendahului beliau.
Kata beliau kepada Jibril, "Anda berjanji akan datang pagi-pagi."
Jawab Jibril, "Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."
Esok pagi Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh semua anjing sampai anjing penjaga kebun kecil sekalipun tetapi membiarkan anjing penjaga kebun yang luas."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1991.

No comments:
Post a Comment