Jumaat, 16 Zulkaedah 1440H: Dari
Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt.
menyesatkan orang-orang yang sebelum kita tentang hari berkumpul
(Jumaat, atau hari besar).
Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad.
Lalu Allah tunjuki kita, iaitu pada hari Jumaat. Kerana itu terjadilah
beturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar), iaitu Jumaat, Sabtu dan
Ahad.
Hari kiamat kelak, mereka
pun mengikuti kita juga. Kita yang terakhir ke dunia, tetapi kita yang
lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang lain-lain."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0808.
No comments:
Post a Comment