Isnin, 1 Safar 1441H: Dari
Abdullah r.a., katanya: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah kelak
sebagai seorang muslim yang sempurna, maka hendaklah dia selalu solat
berjemaah setiap mendengar azan. Kerana Allah telah mengukuhkan
hukum-hukum agama kepada Nabi-Nya, di antaranya ialah solat berjemaah
itu.
Andaikata anda solat sendirian di rumah anda, tidak datang
ke masjid seperti halnya orang-orang yang tidak datang ini, bererti anda
meninggalkan "sunnah nabi" anda. Apabila anda meninggalkan sunnah Nabi, bererti anda sesat.
Siapa berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia pergi ke salah satu
masjid, maka dituliskan Allah baginya untuk setiap langkah yang
dilangkahkannya ke masjid itu, pahala satu kebajikan dan diangkat
darjatnya satu darjat, serta dihapus daripadanya dosa satu kejahatan.
Menurut pendapat kami, orang yang tidak suka solat berjemaah ke masjid,
ialah orang-orang munafik. Namun begitu, masih ada orang yang pergi
solat berjemaah ke masjid, dipapah oleh dua orang lelaki sampai ia
ditegakkan dalam saf."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0613.
No comments:
Post a Comment