Rabu, 8 Muharam 1448H | Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam). Mereka berkata; "Ini adalah hari dimana Nabi Musa memperoleh kemenangan ke atas Firaun. Maka Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka. Oleh itu berpuasalah kalian pada hari tersebut." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10hb Muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diatas kemenangan Nabi Musa dan Bani Israel daripada kezaliman Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah sebagai tanda bersyukur.
4. Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam lebih berhak meneladani Nabi Musa a.s. kerana Islam merupakan kesinambungan risalah tauhid yang dibawa oleh semua nabi. Hadis ini mengajar tentang kepentingan syukur, keyakinan terhadap pertolongan Allah, serta mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan para rasul.
5. Puasa ‘Asyura’ bukan sekadar ibadah, tetapi juga penghayatan kepada perjuangan nabi terdahulu dan tanda syukur di atas segala nikmat Allah kepada kita.
6. Puasa Asyura merupakan sunnah yang mempunyai kelebihan besar dan menjadi antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan Muharam.
7. Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada kisah para nabi dan menjadikannya sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
No comments:
Post a Comment