Khamis, 29 Rejab 1435H: Dari Asma' binti Abu Bakar Siddiq r.a., katanya dia
mendatangi Nabi saw., lalu dia bertanya:
"Ya, Nabi Allah! Aku tidak punya
apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepada ku
(untuk belanja rumah tangga). Berdosakah aku apabila
wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?"
Jawab Nabi saw., "Sedekahkanlah
ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu, dan jangan menghitung-hitung, kerana
Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepada mu, dan akan kikir kepada
mu."
No comments:
Post a Comment