Isnin, 12 Rejab 1435H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan:
"Nabi saw. berjalan melalui
sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua
orang sedang diseksa dalam kuburnya.
Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa
bukanlah kerana dosa besar."
Kemudian Nabi
melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat
terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang
bermusuh-musuhan."
Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu
dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu
masing-masing sepotong.
Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda
lakukan itu?"
Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama
pelepah tamar itu tidak kering".
Hadis Sahih Bukhari.
No comments:
Post a Comment