Jumaat, 27 Jamadilakhir 1436H: Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah saw.
bersabda:
"Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada
solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda.
Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya
wuduknya itu, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat,
maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan
Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula
kesalahannya.
Apabila dia telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempatnya solat,
katanya: "Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!"
Dan
seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu-nunggu
waktu solat."
No comments:
Post a Comment