Khamis, 4 Rejab 1436H: Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Rasulullah saw. bersabda:
"Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, kematian
itu dibawa dan diletakkan antara syurga dan neraka,
lalu disembelih. Kemudian itu ada orang yang meneriakkan :
"Hai isi syurga! Tidak ada lagi kematian.
Hai isi neraka! Tidak ada
lagi kematian."
Karena itu kegembiraan isi syurga
bertambah dari kegembiraan yang telah ada.
Sebaliknya isi neraka bertambah
kesedihannya dari kesedihan yang telah ada."
No comments:
Post a Comment