Khamis, 17 Syaaban 1436H: Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama Nabi saw., tiba-tiba beliau mendengar suara
gaduh seorang laki-laki. Setelah selesai solat beliau
bertanya, "Apa yang terjadi?"
Jawab mereka, "Kami tergopoh-gopoh hendak solat." Sabda Nabi saw., "Jangan berbuat begitu! Apabila
kamu hendak solat (berjemaah), bersikaplah tenang.
Mana yang kamu dapati, solatlah bersama mereka, dan
mana yang kamu tertinggal sempurnakanlah kemudian."
No comments:
Post a Comment