Jumaat, 25 Syaaban 1436H: Dari 'Aisyah r.a.ha, isteri Rasulullah saw., katanya: "Seorang
lelaki datang kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang berada dalam masjid di
bulan Ramadhan, lalu orang itu berkata: "Ya,
Rasulullah! Celaka aku! Celaka aku!"
Kerana itu Rasulullah saw. bertanya, apa
sebabnya?
Lalu jawabnya, "Aku telah menyetubuhi isteri ku siang hari bulan Ramadhan."
Sabda Rasulullah saw.,"Bersedekahlah!"
Jawab
orang itu, "Ya Nabiyallah! Demi Allah! Aku tidak punya apa-apa. Kerana itu aku
tidak sanggup melaksanakannya."
Sabda Nabi saw. "Tunggulah di sini sebentar!"
Sementara dia duduk menunggu, datang seorang lelaki mengiring seekor keldai
membawa makanan. Maka bertanya Rasulullah saw., "Mana orang yang dapat celaka
tadi?"
Maka berdirilah orang itu, lalu Rasulullah saw. bersabda kepadanya,
"Bersedekahlah anda dengan ini."
Jawab orang itu, "Ya, Rasulullah! Tentu harus
ku sedekahkan kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Demi Allah,
sesungguhnya kami lapar, sedangkan kami tidak punya apa-apa."
Jawab Nabi saw.,
"Kalau begitu, boleh kamu makan."
No comments:
Post a Comment