Selasa, 13 Rabiulakhir 1441. Daripada
Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya
seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah
berdosa. Ampunilah diri ku.”
Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku
tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum
dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa
sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku
telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah
hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan
menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu
dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu
Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki
Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni
hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia
kehendaki.
No comments:
Post a Comment