Selasa, 27 Rabiulakhir 1441H: Daripada Aisyah R.Anha, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى
سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ
(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ
ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا
أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki
sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat
berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu
mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas.
Apabila mereka
kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu
Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau
berbuat demikian?”
Mereka pun bertanya kepada Sahabat berkenaan
lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan
berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa
membacanya.”
Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.”
No comments:
Post a Comment