Rabu, 7 Syaaban 1441H: Anak
Abdullah bin Abbas di Qudaid atau di Usfan meninggal dunia. Ibnu Abbas
lantas berkata, “Wahai Kuraib (bekas budak Ibnu Abbas), lihat berapa
ramai manusia yang menyembahyangi jenazahnya.”
Kuraib berkata,
“Aku keluar, ternyata orang-orang sudah berkumpul dan aku mengkhabarkan
pada mereka pertanyaan Ibnu Abbas tadi.
Lantas mereka menjawab, “Ada 40 orang”.
Kuraib berkata, “Baik kalau begitu.”
Ibnu Abbas lantas berkata, “Keluarkan jenazah tersebut. Kerana aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim meninggal
dunia lantas disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berbuat
syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan
syafaat (do’a) mereka untuknya.”
(HR Muslim No: 1577)
No comments:
Post a Comment