Khamis, 22 Syaaban 1441H: Daripada
Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada
suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan
meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan
mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah.
Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW."
Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ
Maksudnya: "Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka."'
Riwayat Ibn Majah (3725)
No comments:
Post a Comment