Isnin, 29 Rejab 1436H: Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : "Ketika 'Abdullah bin Ubay bin
Salul wafat, anaknya Abdullah bin Abdullah (bin Ubay) datang kepada Rasulullah
saw. meminta jubah beliau untuk kafan bapanya. Rasulullah memenuhi permintaan
anaknya itu.
Kemudian dimintanya pula supaya Rasulullah saw. menyolatkan jenazah bapanya. Ketika beliau berdiri hendak
solat jenazah, maka ditarik baju beliau oleh 'Umar
(bin Khaththab) seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Akan Anda solatkankah dia? Bukankah Allah telah melarang Anda menyolatkannya."
Jawab beliau, "Aku diberi pilihan oleh
Allah Ta'ala menyolatkan atau tidak. Lalu dibacanya
ayat, "Kamu mohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi
mereka (adalah sama saja); sekalipun bagi mereka tujuh puluh kali (Taubah,
9:80). Dan aku akan melebihi dari tujuh puluh kali."
Kata 'Umar, "Dia munafik!"
Tetapi Rasulullah saw. menyolatkannya juga.
Kemudian
Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan sekali-kali janganlah kamu solatkan jenazah salah seorang mereka yang mati, dan jangan
pula kamu berdiri di kuburnya.."(At Taubah, 9:84)
No comments:
Post a Comment