Khamis, 25 Rejab 1436H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika di tengah
malam, Rasulullah saw. keluar pergi solat ke masjid.
Beberapa orang laki-laki solat pula mengikuti solat Nabi saw.
Ketika hari telah pagi, mereka
mempercakapkan hal itu. Kerana itu orang berkumpul lebih banyak daripada malam
pertama dan mereka solat bersama-sama dengan Nabi
saw.
Pagi hari, mereka bercakap-cakap pula perihal solat malam itu.Kerana itu pada malam ketiga orang
berkumpul di masjid lebih banyak. Rasulullah saw. keluar untuk solat, lalu mereka solat pula
beserta Nabi.
Malam keempat orang tidak muat lagi dalam masjid hingga Nabi
keluar untuk solat Subuh.
Setelah beliau selesai
solat Subuh, beliau menghadap kepada orang banyak,
membaca kalimah syahadah, kemudian beliau bersabda:
"Adapun kemudian,
sesungguhnya tidak ada yang tersembunyi bagi ku keadaanmu. Tetapi aku khuatir
akan diwajibkan atasmu dan kamu tidak sanggup melaksanakannya."
Ketika
Rasulullah saw. wafat, keadaan tetap berlaku seperti itu."
Hadis Sahih Bukhari
No comments:
Post a Comment