Khamis, 18 Rejab 1436H: Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a. katanya: "Aku bertanya kepada
'Aisyah r.a., tentang solat sunat rawatib yang pernah
dikerjakan Rasulullah saw.
Katanya, "Beliau solat di
rumahku empat rakaat sebelum Zohor, kemudian beliau pergi ke masjid mengimami
solat orang ramai. Sesudah itu beliau pulang, lalu
solat pula di rumahku dua rakaat.
Kemudian beliau
pergi mengimami solat , Maghrib orang ramai, sesudah
itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat.
Kemudian beliau pergi mengimami solat Isyak. Sesudah
itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat.
Dan biasanya beliau sentiasa solat tengah malam
sembilan rakaat, termasuk di dalamnya sunat witir.
Kadang-kadang beliau solat sepanjang malam dengan berdiri dan kadang-kadang
duduk.
Apabila beliau membaca sambil berdiri, maka dia rukuk dan sujud sambil
berdiri pula.
Apabila beliau membaca sambil duduk, maka dia rukuk dan sujud
sambil duduk pula.
Dan kalau fajar sudah terbit, beliau solat pula dua rakaat (sunat fajar)."
No comments:
Post a Comment