Rabu, 16 Zulhijjah 1444H: Jangan Tinggalkan Qiamullail
عَنْ يَزِيدَ بْنِ خُمَيْرٍ قَالَ
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي قَيْسٍ يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةُ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا لَا تَدَعْ قِيَامَ اللَّيْلِ فَإِنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَدَعُهُ وَكَانَ
إِذَا مَرِضَ أَوْ كَسِلَ صَلَّى قَاعِدًا
Daripada Yazid bin
Khumair dia berkata; Saya mendengar Abdullah bin Abu Qais berkata;
Aisyah RA berkata; "Janganlah kamu meninggalkan solat malam
(Qiamullail), kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya, bahkan
apabila baginda sedang sakit atau kepayahan, baginda solat dengan
duduk." (HR Abu Daud No: 1307) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara sunnah Rasulullah SAW ialah melaksanakan qiamullail.
2. Rasulullah tidak pernah meninggalkan qiamullail walaupun dalam keadaan sakit atau kepayahan (lemah juga malas).
3. Lakukanlah solat sunat di malam hari walaupun dalam keadaan duduk.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, July 5, 2023
Jangan Tinggalkan Qiamullail
Tuesday, July 4, 2023
Solat Malam Amalan Orang Soleh
Selasa, 15 Zulhijjah 1444H: Solat Malam Amalan Orang Soleh
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ
بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ
قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ
لِلْإِثْمِ
Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa
baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat
malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dapat
mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah
dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1.
Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah
SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat
malam seperti tahajud dan witir.
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Mereka
sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon
keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]
2. Solat
malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan
roh membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.
3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.
4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.
Monday, July 3, 2023
Miliki Sifat Zuhud
Isnin, 14 Zulhijjah 1444H: Miliki Sifat Zuhud
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ الَى النَّبِيِّ
صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَمَ فَقَالَ: يَا رَسولَ الله دُلَّنِي عَلَى
عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ اَحَبَنِيَ اللهُ وَ اَحَبَنِيَ النَّاسُ فَقَالَ:
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ وَ ازْهَدْ فِي مَا عِنْدَ
النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ حَدِيثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَ
غَيْرُهُ بِأَسَانِيدَ حَسَنَةٍ
Daripada Abi al-Abbas Sahl bin
Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW
seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan
yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat
manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya
Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada
manusia, nescaya mereka mencintaimu.” (HR Ibn Majah no. 4102) Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Suatu sifat penting yang wajib ada pada diri setiap mukmin ialah sifat zuhud.
2.
Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama
tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan
diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati
perkara dunia.
3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia,
bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki
oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang.
Bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang
kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
4. Zuhud sebenar
bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud
sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat
hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada
jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn ‘Auf, kerana
matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan
benda-benda selainNya.
5. Sesiapa yang memiliki sifat zuhud, nescaya Allah akan menyintainya.
Friday, June 30, 2023
Tempoh Makan Daging Korban
Jumaat, 11 Zilhijjah 1444H: Tempoh Makan Daging Korban
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ
عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ
قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ
أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ
فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ
فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ
بِاللَّه
Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata;
"Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan
daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah
menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan
(manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan
kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah
lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan
itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak
pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari
hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan
2.Daging
korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum).
Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in
serta empat imam mazhab.
3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam
bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit
dalam tempoh yang agak lama.
4.Orang mukmin makannya apabila
lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan
minum. Seperti dalam hadis lain:
بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ
يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ
وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه
“Cukuplah bagi anak
keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya
(tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah
1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR
Tirmidzi No: 2380)
Monday, June 26, 2023
Puasa Sunat Arafah
Isnin, 7 Zulhijjah 1444H: Puasa Sunat Arafah
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي
أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ
إِلَّا بِعَرَفَة
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat
menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya."
Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah.
(Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji
2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas
3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.
عَنْ
أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ
سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة
Daripada Abu
Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan
kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa
'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)
4.Rasulullah
SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan
ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.
سُئِلَ ابْنُ
عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ
أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ
عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا
أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ
هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ
رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ
مِنْ ابْنِ عُمَر
Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di
'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW
dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar
beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak
berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa
dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa
dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih
Friday, June 23, 2023
Upah Penyembelih dan Petugas Korban
Jumaat, 4 Zulhijjah 1444H: Upah Penyembelih dan Petugas Korban
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى
بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا
وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ
عِنْدِنَا
Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW
mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan
kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan
kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah
untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami
ambilkan dari wang kami sendiri."
(Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1.Antara ibadat yang dituntut pada hari
Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah
ialah melaksanakan Ibadat korban.
2.Daging serta apa-apa sahaja
daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak
seperti fakir miskin juga jiran tetangga.
3.Memberi daging korban
kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja
yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual
beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka.
4.Imam
an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar
kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari
sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada
pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian
korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair,
Beirut).
5.Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab
al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji
dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau
sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan
sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk
penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging
korban yang miskin atau fakir.
6.Hadis ini bukan melarang
memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya
jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan
dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian
korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.
7.Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.
8.Walaupun
begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang
dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran
dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar
al-Fikr, Damsyik.)
9.Antara kesalahan yang sering berlaku semasa
pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban
tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah
dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan.
Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK.
10.Ada
yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil
apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak
membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.
Ingatlah Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Justeru
itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali
mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan
seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan
oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada
penerima lain yang layak.
Thursday, June 22, 2023
Apabila Allah Mencintai Seseorang
Khamis, 3 Zulhijjah 1444H: Beramal Soleh
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا
اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ
صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah
SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka
Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana
membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik
padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal."
(HR Ahmad
No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.
2. Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.
3. Allah memberikan taufik kepada Muslim yang baik untuk ia melakukan amal soleh sehinggalah ia meninggal dunia.
4.Taufik adalah restu Allah berupa terwujudnya amal-amal baik.
Dalam
Kitab Jauharah Tauhid : Taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah
SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara
tersebut berada di dalam dirinya.
5.Taufiq tidak akan diberikan
Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan
diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA
Wednesday, June 21, 2023
Bersegera Dengan Amal Soleh
Rabu, 2 Zulhijjah 1444H: Bersegera Dengan Amal Soleh
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا
بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ
غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ
مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ
السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ
Daripada Abu Hurairah
RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Segeralah melakukan amal soleh
(sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan
kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan
yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit
yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang
menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara
tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling
ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat
dan lebih sukar."
(HR Tirmizi, No: 2306) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Sesungguhnya Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tiada kepada
ada. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Lalu akan dihidupkan
kembali di alam akhirat yang kekal selama-lamanya.
2. Jangan
mensia-siakan waktu yang masih ada sebelum datang penyesalan yang tiada
berguna. Perbanyakan istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan
maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana kita tidak tahu bila
saat kematian akan tiba. Sesungguhnya dengan mengingati kematian
seseorang Muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan.
3. Setiap Muslim hendaklah segera beramal dan memperbaiki agar amal lebih baik sebelum datangnya tujuh perkara berikut :
a) Kemiskinan yang melupakan kewajipan seperti tidak kisah soal halal dan haram.
b) Kekayaan yang menimbulkan rasa angkuh dan sombong.
c) Penyakit berat sehingga sukar untuk beramal soleh.
d) Tua yang menyebabkan nyanyuk dan keuzuran.
e) Kematian mengejut.
f) Kemunculan Dajjal sebagai makhluk jahat.
g) Hari Kiamat yang sangat mengerikan.
Tuesday, June 20, 2023
Taqarub Kepada Allah
Isnin, 1 Zulhijjah 1444H: Taqarub Kepada Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ
تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي
فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي
فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ
إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ
ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ
هَرْوَلَةً
Daripada Abu Hurairah RA berkata, "Nabi SAW bersabda
bahawa Allah telah berfirman: "Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku
terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku.
Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam
diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka
Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka.
Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku
mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri
kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa. Sekiranya
mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya
dalam keadaan berlari (segera)."
(HR Bukhari No: 6856) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1. Allah bersikap seperti sikap hamba
terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir
dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada
ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan
sentiasa mengingati hambaNya.
2. Seseorang yang memuji Allah
dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di
khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak
yang lebih baik dan utama.
3. Seseorang yang mendekatkan diri
kepada Allah melalui ibadat dan amal solehnya dengan jarak sejengkal
atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika
seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan
mendatanginya lebih cepat daripada itu.
4. Setiap amalan
seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah
akan menggandakan balasan baik kepadanya. Tambah lagi jika dilakukan
pada 10 pertama Zulhijjah ini.
فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ ١٥٢
“Kerana
itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan
bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku”
(Al-Baqarah : 152)
Monday, June 19, 2023
Amalan Awal Zulhijjah Yang Paling Disukai Allah
Isnin, 30 Zulkeadah 1444H: Amalan Yang Mengatasi Jihad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ أَيَّامٍ
العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ
الأَيَّامِ العَشْرِ فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ
بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"
Daripada
Ibn Abbas dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Tiada hari-hari yang
amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan
hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak
dapat menandinginya?" Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah
tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar
berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (menemui
syahid).
(Abu Daud di dalam Bab Puasa: 2438) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah menyukai orang yang melakukan amal soleh pada 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
2.
Orang yang melakukan amal soleh dalam tempoh ini dapat memberikan
pahala yang lebih besar dari Jihad kecuali orang yang pergi berjihad itu
gugur syahid.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan: Yang
jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah ini
berbanding hari lain ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat
yang besar iaitu solat, puasa, sedekah, korban dan haji. Himpunan
amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain (Fath
al-Bari).
4. Justeru peluang kita yang menemui 10 hari pertama
Zulhijjah ini perlu direbut untuk mempertingkatkan pelbagai amalan
harian kita.
5. Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah
tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran,
zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi
mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni
anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir
miskin dan seumpamanya.
Friday, June 16, 2023
Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah
Jumaat, 27 Zulkaedah 1444H: Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا
لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ
عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ
Daripada
Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW
pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang
Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta.
Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar
bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu
bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan
tergesa-gesa."
(HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.
2.Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.
3.Antara
rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan
ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan
seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh
ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan
melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.
Setiap
Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa
akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan
dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut
ditolak oleh Allah SWT.
Wednesday, June 14, 2023
Permudahkan dan Jangan Menyukarkan
Rabu, 25 Zulkaedah 1444H: Permudahkan dan Jangan Menyukarkan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا
تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا
Daripada Anas bin Malik
dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Permudahkanlah dan jangan menyusahkan,
berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh)."
(HR
Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.
2. Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.
3.
Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak
kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima
dengan baik oleh orang lain.
4. Gunakanlah metod yang pelbagai
dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu
yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan
menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.
5.
Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin
diajar. Islam itu mudah dan tidak menyukarkan penganutnya untuk
beramal. Ada rukhsah yang diberi seperti untuk orang bermusafir
dibolehkan berbuka puasa, solat secara jamak dan qasar dan lain-lain.
Tuesday, June 13, 2023
Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha
Selasa, 24 Zulkaedah 1444H: Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ
آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ
إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا
وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ
بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Daripada
Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang
lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban.
Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk,
kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di
satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan
dirimu dengan melakukannya”
(Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban
2.Mereka
yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang
binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai
saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia
3.Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi.
4.Justeru
itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang
terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan
pengagihan daging yang sempurna.
Monday, June 12, 2023
Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat
Isnin, 23 Zulkeadah 1444H: Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ
بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ
النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Daripada
Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan
al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari
kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya
daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk
memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran
berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari,
kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda
bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan."
(Musnad Ahmad No:
6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.
2.
Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan
memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah
menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang
nafsunya.
3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran
(membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan
menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.
4. Di hari kiamat
nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa
lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain
daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran
dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh
Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan
sebaik-baiknya.
5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan
seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa termasuk di bulan
Ramadan dan puasa sunat pada bulan-bulan lain. Beruntung juga orang yang
membaca al-Quran pada siang dan malam harinya dalam kerangka
mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
حَدَّثَنِي
أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran
kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai
pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih
Friday, June 9, 2023
Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
Jumaat, 20 Zulkaedah 1444H: Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
أَخْبَرَنِي سَعِيدُ
بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا
يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا
وَطُولِ الْأَمَلِ
Telah mengkhabarkan kepadaku Sa'id bin Al
Musayyab bahawa Abu Hurairah RA berkata; saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda: "Hati orang tua masih tetap berjiwa muda dalam dua perkara,
iaitu; mencintai dunia dan panjang angan-angan."
(HR Bukhari No: 5941)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Rasulullah SAW mengingatkan agar berwaspada dengan keinginan hati yang melalaikan dan melekakan.
2.Kenginan
untuk sentiasa muda adalah suatu yang baik jika disalurkan ke tempat
yang betul seperti sentiasa muda dan bersemangat melakukan amal soleh.
3.Namun
orang tua yang dikurniakan hati dan keinginan yang sentiasa muda dalam
dua perkara iaitu; Mencintai dunia dan panjang angan-angan adalah dua
perkara yang melalaikan.
4.Tanda cintakan dunia dapat dikenal pasti secara umumnya berdasarkan perkara-perkara ini:
a) Hanya nikmat dunia yang menjadi matlamat dan tumpuan.
b) Lalai atau lupa kepada matlamat terakhir iaitu akhirat.
c)
Mengetepikan agama dalam urusan seharian – baik kerana merasakan bahawa
ia suatu yang menyukarkan atau tidak relevan dengan kehidupan.
Thursday, June 8, 2023
Dunia Adalah Jambatan Akhirat
Khamis, 19 Zulkaedah 1444H: Dunia Adalah Jambatan Akhirat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ
سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا
تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ
وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
Daripada
Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW pernah
memegang bahuku dan bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah
orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Apabila
kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu
pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu
waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu
sebelum matimu."
(HR Bukhari No: 5937) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Dunia adalah jambatan menuju akhirat.
2. Jadikanlah diri kita sebagai seorang musafir. Orang yang bermusafir perlu membawa bekalan yang sepatutnya sebagai bekalan.
3.
Sebagai musafir, kita tidak membawa kesemua yang dimilik. Malah kita
hanya membawa bekalan perjalanan yang penting dan perlu sahaja.
4.
Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak
ketaatan dan amal soleh sebagai bekalan perjalanan menuju akhirat.
5.
Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak
pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.
6.
Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik
mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit
dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.
Wednesday, June 7, 2023
Jalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah
Rabu, 18 Zulkaedah 1444H: Jalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ
اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا
افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ
بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ
الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي
يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي
لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
Daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman; Siapa yang
memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Tidaklah seorang
hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu yang lebih Aku
cintai daripada yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tidaklah seseorang
itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan
amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku sudah
mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk
mendengar, dan pengelihatannya yang ia jadikan untuk melihat dengannya,
dan tangannya yang ia jadikan untuk melakukan sesuatu, dan kakinya yang
dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia memohon kepada Ku, pasti akan
Aku akan memberinya, dan jika meminta perlindungan daripada Ku, pasti
Aku melindunginya."
(HR Bukhari No: 6021) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Wali Allah adalah orang yang taat dan ikhlas dalam beramal, beriman dan bertaqwa, beramal dengan al-Quran dan Sunnah.
2. Orang yang menyakiti mukmin yang bertakwa maka Allah akan membinasakannya.
3. Melaksanakan amal fardhu adalah yang paling afdal dan disukai Allah.
4. Meninggalkan maksiat adalah sebahagian daripada melaksanakan kefardhuan.
5.
Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardhu juga melalui amalan
sunat akan melayakkan seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.
6.
Ibnu Rajab menyatakan: sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardu dan sunat, darjatnya
akan diangkat di sisi Allah. Jika dia bertutur, dia bertutur kerana
Allah. Jika dia melihat, dia melihat kerana Allah.
7. Diantara
penghormatan yang Allah kurniakan kepada orang yang dicintai Allah
ialah Allah akan memperkenankan doanya jika dia meminta.
Tuesday, June 6, 2023
Mukmin Yang Terpelihara
Selasa, 17 Zulkaedah 1444H: Mukmin Yang Terpelihara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ
كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ
كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ
عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ
اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا
كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ
فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا
اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ
اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ
السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ
وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ
يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata;
Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin
dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu
kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang
yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di
dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah
akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong
hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim.
Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan
memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul
di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka
akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta
Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di
sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka
keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).'
(HR
Muslim No: 2699) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia,
nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.
2.
Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan
semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di
dunia dan akhirat.
3. Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
4. Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.
5. Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.
6.
Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran, Allah akan
mengurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta
Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di
sisi-Nya.
7. Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia,
maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti
solat, puasa adalah tanggungjawab kita).
Friday, June 2, 2023
Bersifat Jujur
Jumaat, 2 Zulkaedah 1444H: Bersifat Jujur
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ،
قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اشْتَرَى
رَجُلٌ مِنْ رَجُلٍ عَقَارًا لَهُ فَوَجَدَ الرَّجُلُ الَّذِي اشْتَرَى
الْعَقَارَ فِي عَقَارِهِ جَرَّةً فِيهَا ذَهَبٌ ، فَقَالَ لَهُ : الَّذِي
اشْتَرَى الْعَقَارَ خُذْ ذَهَبَكَ مِنِّي إِنَّمَا اشْتَرَيْتُ مِنْكَ
الْأَرْضَ وَلَمْ أَبْتَعْ مِنْكَ الذَّهَبَ ، وَقَالَ : الَّذِي لَهُ
الْأَرْضُ إِنَّمَا بِعْتُكَ الْأَرْضَ وَمَا فِيهَا فَتَحَاكَمَا إِلَى
رَجُلٍ ، فَقَالَ : الَّذِي تَحَاكَمَا إِلَيْهِ أَلَكُمَا وَلَدٌ ، قَالَ :
أَحَدُهُمَا لِي غُلَامٌ ، وَقَالَ : الْآخَرُ لِي جَارِيَةٌ ، قَالَ :
أَنْكِحُوا الْغُلَامَ الْجَارِيَةَ وَأَنْفِقُوا عَلَى أَنْفُسِهِمَا
مِنْهُ وَتَصَدَّقَا "
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ada seorang lelaki membeli daripada
seorang lelaki yang lain sebidang tanah yang ada rumah. Lelaki si
pembeli itu kemudiannya terjumpa di dalam rumah tersebut sebuah bejana
yang mengandungi emas. Dia lalu berkata kepada lelaki yang menjual tanah
tersebut, "Engkau ambillah emasmu ini. Aku hanya membeli daripadamu
sebidang tanah ini, bukan aku membeli emas daripadamu." Si lelaki
penjual pula berkata, "Aku sudah menjual kepadamu tanah ini berserta
segala apa yang ada di dalamnya sekali." Mereka berdua lantas bertemu
seorang lelaki yang lain untuk dihakimi. Lelaki yang diminta menjadi
hakim ini lalu bertanya, "Adakah kamu berdua mempunyai anak?" Salah
seorang lelaki itu berkata, "Aku ada anak lelaki". Lelaki kedua pula
berkata, "Aku ada anak perempuan." Lelaki yang menjadi hakim itu
berkata, "Kahwinkahlah anak-anak kamu itu, dan infaqkanlah emas ini
kepada mereka, di samping bersedekahlah juga." (HR Muslim No: 3246)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pentingnya kejujuran di dalam menuntut hak. Orang yang jujur tidak akan rugi kerana sifat jujur membawa keberkatan.
2.
Seorang hakim yang baik perlu bijak membuat keputusan penghakiman. Di
dalam kisah ini, si hakim bukan hanya melihat bagaimana memutuskan emas
tersebut menjadi hak siapa, tetapi beliau memikirkan bagaimana kes
tersebut dapat diselesaikan dengan menghasilkan kebaikan serta
kesejahteraan kepada kedua-dua pihak.
3. Dalam memberi pandangan
atau nasihat, berusahalah seberapa boleh untuk membantu mengukuhkan
persaudaraan, lebih daripada menentukan hak seseorang ke atas yang lain.
4.Orang yang beriman perlu sentiasa bersifat: lebih takut terambil hak orang lain daripada menuntut hak sendiri.
Thursday, June 1, 2023
Orang Sombong Di akhirat
Khamis, 12 Zulkaedah 1444H: Gambaran Orang Sombong Di akhirat
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ
أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ
فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ
نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ
الْخَبَالِ
Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya
dari Nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari
kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari
segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang
bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum
muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal."
(HR
Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.
وَإِذۡ
قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ
إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤
Dan
(ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan
yang kafir. (Surah al-Baqarah: 34).
2.Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. (HR Muslim No:51)
3.Orang
yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka
manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.
4.Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas
5.Orang
yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka
(nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).
6.Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:
وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا
“Dan
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak
akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” (Surah al-Israa’ ayat: 37)
Wednesday, May 31, 2023
Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut
Rabu, 11hb Zulkaedah 1444H: Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ
صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً .
فَقَالَ " لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ
لَمَزَجَتْهُ " . قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ " مَا
أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا "
Daripada
‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu
dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia
(‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda:
“Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika
dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah
(rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan
kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka
bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari
benda-benda keduniaan).”
(Sunan Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1.
Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu
mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai
perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya,
keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau
dunianya termasuk pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’. (Al-Ghazali,
Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)
2.
Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran
dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat.
3.
Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan
satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah RA hanya
mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah (pendek), maka ia
cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya.
4. Berkata
al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu
bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya
disebabkan buruknya perkataan mengumpat itu.
5. Ramai pengguna
laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja
menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak
digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan
umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga
gambar yang dimuat naik serta yang di tularkan.
6. Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّخِرِينَ ٥٦
“Sungguh
besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku
terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh
memperolok-olokkan” [al-Zumar: 56].
Tuesday, May 30, 2023
Muslim Yang Menyelamatkan
Selasa, 10 Zulkaedah 1444H: Muslim Yang Menyelamatkan
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ
مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu
Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?"
Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan
dan tangannya".
(Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2.
Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang
Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan
lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan
perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah
termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina,
mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.
4. Mudahnya orang
pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk
tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat,
memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti
TikTok, FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa
apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab
dihadapan Allah. Firman Allah:
إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا
“Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap
akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang
dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
5. Imam
al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum
muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak
Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum
muslimin dengan baik pula.
6. Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.
Thursday, May 25, 2023
Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Seperti Bayi
Khamis, 5 Zulkaedah 1444H: Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Seperti Bayi
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ
يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه
Daripada Abu Hurairah RA
berkata, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa melaksanakan ibadat haji
semata-mata kerana Allah dan ia tidak menuturkan perkataan keji dan
tidak melakukan kefasikan (keluar dari ketaatan) maka ia akan kembali
seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih dari dosa).
(Sahih
Bukhari No:1690) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Orang
yang melaksanakan ibadah Haji dengan tidak melakukan perkara yang
dilarang akan diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru
dilahirkan.
2.Haji mabrur adalah haji yang dilaksanakan dengan
niat yang ikhlas kerana Allah SWT (bukan kerana hendak melancong,
berjual beli dan seumpamanya). Pelaksanaaan haji dengan kaifiyat (tata
cara) yang betul sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW akan menghasilkan
pahala yang besar (syurga) dan keampunan dosa. Justeru, seseorang yang
mahu melaksanakan ibadah haji mestilah memahami hukum-hukam berkaitan
haji dan menjauhi perkataan yang kotor dan perbuatan fasiq.
3.Apabila
seseorang melaksanakan ibadat haji dan menjauhi apa-apa yang Allah
haramkan, berupa rafats dan fusuq iaitu meninggalkan perbuatan fasik
dengan melakukan ketaatan, dan tidak meninggalkan apa-apa yang Allah
wajibkan, serta tidak melakukan apa yang Allah haramkan - maka ia
kembali dari ibadat haji dalam keadaan bersih dari dosa. Sebagaimana
seseorang keluar dari perut ibunya tanpa membawa dosa, maka orang
memenuhi syarat ini - dia akan bersih dari dosa.
4.Setiap Muslim
yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah segera bertaubat (menyesali
dan meninggalkan perbuatan maksiat) dan bertekad tidak akan mengulangi
dosa-dosa tersebut. Bagi kesalahan dan dosa berkaitan dengan manusia
atau mengambil haknya, hendaklah segera meminta maaf dan mengembalikan
hak-hak mereka sebelum pergi melaksanakan haji. Sesungguhnya haji
merupakan jalan menuju ke syurga dan membebaskan diri daripada api
neraka.
5.Ibadat haji yang dilaksanakan akan menjadi penghapus
dosa apabila dilaksanakan mengikut peraturan dan meninggalkan larangan.
Imam al-Nawawi dalam Al-majmu berkata: “Apabila seseorang ingin
mengerjakan ibadat haji maka ia wajib mempelajari tatacaranya, kerana
tidak sah ibadah dari orang yang tidak mengetahuinya.”
Wednesday, May 24, 2023
Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
Rabu, 4 Zulkaedah 1444H: Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا
إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا
يَعْرِضُ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW
bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu
tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa”
(Musnad Ahmad No: 2721)
Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang berkuasa dan berkemampuan. Jangan ditangguh dengan sengaja.
2. Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan.
3.
Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah
penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat
surat tawaran. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat
dilaksanakan langsung kerana luput masa atau berlaku sesuatu bencana.
4.Jika
ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi;
contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita
berkemampuan, maka elok diusahakan pemergian itu.
Tuesday, May 23, 2023
Kewajipan Ibadah Haji
Selasa, 3 Zulkaedah 1444H: Kewajipan Ibadah Haji
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا
رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ
عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ: أَكَلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ
اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: لَوْ
قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ
Daripada Abu
Hurairah RA, ia berkata, “Rasûlullâh SAW pernah berkhutbah: “Wahai
sekalian manusia, Allâh telah mewajibkan haji bagi kalian, maka
laksanakanlah ibadat haji.” Seorang laki-laki bertanya, “Wahai
Rasûlullâh, apakah setiap tahun (kewajiban mengerjakan ibadat haji)?”
Maka baginda diam, sehingga orang tadi bertanya tiga kali. Kemudian
Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika aku mengatakan ‘ya’, maka tentu wajib
(haji setiap tahun), dan kamu tidak mampu.”
(Sahih Muslim No: 1337)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Ibadat Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukalaf.
2.Kewajipan ibadat haji hanya sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan dan berkuasa.
3.Mereka
yang tiada halangan dari sudut wang ringgit, kesihatan mahupun
kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji, namun masih tidak berusaha
menunaikankannya atas alasan "belum sampai seru" dibimbangi jika
meninggal dunia akan menjadi Yahudi atau Keristian.
عَنْ أَبِي
أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ لَمْ يَمْنَعْهُ عَنْ الْحَجِّ حَاجَةٌ ظَاهِرَةٌ أَوْ سُلْطَانٌ
جَائِرٌ أَوْ مَرَضٌ حَابِسٌ فَمَاتَ وَلَمْ يَحُجَّ فَلْيَمُتْ إِنْ شَاءَ
يَهُودِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا
Daripada Abu Umamah, ia
berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa tidak terhalang untuk
melakukan haji oleh suatu hajat yang jelas atau oleh penguasa yang zalim
atau penyakit yang menahannya, kemudian ia meninggal dunia dan belum
melakukan haji, boleh jadi ia meninggal dunia dalam keadaan sebagai
Yahudi atau sebagai Nasrani." (HR Darimi No: 1719) Status: Isnad Dhaif
4.Kewajipan
menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan
belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan
dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan.
5.Walaupun
pada tahun ini ada yang masih belum berpeluang untuk mendapat giliran,
paling tidak anda telah berusaha menabung dan mendaftar dengan Tabung
Haji sebagai persiapan menunaikannya.
6.Bagi pandangan Imam Ahmad
Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak
alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau
sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian
daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.
Monday, May 22, 2023
Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir
Isnin, 2 Zulkaedah 1444H: Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir
عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ
عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي
أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ
وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Daripada Salim RA bahawa Ibn
Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir:
“Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan
sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau
mengucapkan:
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Aku
menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran
amalan kamu.”
(HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih
.
Pengajaran:
1.Musafir
adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang
lain. Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh
menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran,
keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam
beribadah sepanjang perjalanan.
2.Justeru, Rasulullah SAW
telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk
diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan
doa kepadanya.
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”
3.
Terdapat juga dalam hadis Riwayat Anas RA, bahawa seorang lelaki telah
datang kepada Nabi SAW memberitahu dia akan bermusafir, lalu Nabi SAW
mendoakannya:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga
Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah
memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” (Sunan Tirmizi
No: 3444) Status: Hadis Sahih
4. Kebiasaannya, bermusafir akan
menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan
harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah
(keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.
5. Sebagai
Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan
kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah
sepanjang perjalanan tersebut.
6. Sempena musim orang bertolak
untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji, doakanlah mereka dengan doa di
atas semoga mereka memperoleh kekuatan dan kemudahan sepanjang berada
di sana dan mendapat haji yang mabrur.
Mari kita doakan Duyufurrahman (tetamu Allah) dengan lafaz:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”
Friday, May 19, 2023
Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang
Jumaat, 28 Syawal 1444H: Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ
فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا
وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada Abu Hurairah RA,
Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk
adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan,
janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi,
serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang
bersaudara." (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana
ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi
dosa besar. Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak
kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu
tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku
tidak mengetahuinya.
2. Islam menyuruh agar tidak mendiamkan
diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau
menasihat dengan hikmah mengikut kemampuan.
3. Muslim dilarang
mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Lebih-lebih lagi isu atau
kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti Tiktok,
FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi
seseorang.
4. Setiap kita juga dilarang saling mendengki,
saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada
pada kita dengan saling bermaafan.
5. Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.
Wednesday, May 17, 2023
Pahala Mengajak Kepada Kebaikan
Rabu, 26 Syawal 1444H: Guru Pemangkin Generasi Madani
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى
هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا
يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ
كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ
ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Daripada Abu Hurairah RA
bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada
kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh
orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan
mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya
tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."
(HR Muslim No: 4831) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.
2.
Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa
melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat.
3. Seorang guru akan sentiasa
berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang
lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang
berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.
4.
Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar,
dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal
dengan apa yang telah diajarkannya itu.
5. Semakin ramai
bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik
dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.
6.
Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat,
dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan
beramal dengannya.
Tuesday, May 16, 2023
Guru dan Pahala Yang Berterusan
Selase, 25 Syawal 1444H: Guru dan Pahala Yang Berterusan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ
الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ
يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka
terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."
(HR
Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.
2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:
a.
Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf,
derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh
makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya
akan tetap berterusan untuk orang yang mati.
b. Ilmu bermanfaat
sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan
hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti
laman sesawang, FB, telegram, whatsapp. Selagi ilmu tersebut
diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan
diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.
c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.
Monday, May 15, 2023
Penyebab Ramai Dihumban Ke Neraka
Isnin, 24 Syawal 1444H: Penyebab Ramai Dihumban Ke Neraka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا
يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَمَا الْأَجْوَفَانِ قَالَ الْفَرْجُ وَالْفَمُ قَالَ أَتَدْرُونَ
أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ
Daripada
Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya
kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang.
Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?"
Maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda: taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik."
(HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka ataupun syurga bergantung pada amalan semasa di dunia.
2. Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca daripada dosa mulut dan kemaluan:
a. Dosa kemaluan seperti berzina, liwat, homoseks, lesbian, gay tidak menjaga auratnya selain mahram dan sebagainya.
b.
Dosa mulut atau lidah seperti makan dan minum dari sumber yang haram,
mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengumpat, memfitnah, menghina,
merendah-rendahkan orang lain, mengadu domba dan lain-lain termasuk
yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan di media sosial.
3.
Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa mulut yang diterjemahkan
dalam bentuk tulisan. Memperkatakan serta forward sesuatu yang
mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di
media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa
terdetik dihatinya bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis dan
diviral akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah.
4.
Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadis ini ialah
menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan
urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada
ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]
5. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan.
6. Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki.
Thursday, May 11, 2023
Jangan Saling Bermusuh
Khamis, 20 Syawal 1444H: Jangan Saling Bermusuh
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا
تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ
اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ
ثَلَاثَةِ أَيَّام
Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan
saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan
jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang
Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"
(Sahih Bukhari
No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka
1. Sifat iri hati dan cemburu kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim
2. Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ
الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka
bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
3. Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan
4. Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.
Wednesday, May 10, 2023
Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut
Rabu, 19 Syawal 1444H: Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa kasih sayang tidak akan
dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)."
(Sunan
Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
2. Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.
3.
Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) termasuk
segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,
akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan
menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan
silaturahim.
4. Salman al-Farisi menyatakan: Jika sifat kasih
sayang dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka
jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam
keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.
Monday, May 8, 2023
Tunaikan Permintaan
Isnin, 17 Sywal 1444H: Tunaikan Permintaan
عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ سَمِعْتُ
جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ مَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قَطُّ فَقَالَ لَا
Daripada
Ibn al-Munkadir, aku mendengar Jabir RA berkata; "Nabi SAW tidak pernah
apabila diminta sesuatu lalu baginda berkata; "Tidak."
(Sahih Bukhari
No: 5687) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW adalah seorang pemurah
2. Rasulullah SAW juga tidak pernah menghampakan harapan dan permintaan orang lain
3. Rasulullah SAW menunaikan permintaan orang lain tanpa merasa bimbang kehabisan harta.
Ayuh kita mencontohi sifat pemurah Rasulullah SAW.
Friday, May 5, 2023
Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara
Jumaat, 14 Syawal 1444H: Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ
فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا
وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada Abu Hurairah RA,
Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk
adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan,
janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi,
serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang
bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain
2. Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)
3. Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.
4. Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci.
5.
Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.
Menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari
kelemahan orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak
membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia daripada
melakukan maksiat.
Wednesday, April 19, 2023
Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan
Rabu, 28 Ramadhan 1444H: Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ
أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ
يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ
الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hurairah RA,
ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang
disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak
mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan,
kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi
(celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua
(lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.”
(Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama
baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas
junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW:
الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. No: 3469]. Status: Hadis Sahih
2.
Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk
melaksanakan ibadat puasa di siang hari dan menghidupkan malam hari
dengan pelbagai ibadat di malam hari.
3. Alangkah ruginya kita
jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat
di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya,
solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain,
tilawah, bersahur dan berdoa diwaktu sahur, bersedekah sebagai instrumen
pengampunan dosa-dosa yang lalu.
4. Memuliakan kedua orang tua
bererti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik
kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya
[Al-Israa': 23]:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا
إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ
الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا
تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Rabb-mu telah
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Rugi mereka
yang masih ada orang tua tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak
menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala
keperluan mereka. Santunilah keduanya dengan sebaik mungkin.
5.
Marilah kita muhasabah apakah ibadat puasa kita serta menghidupkan
ibadat malam hari yang dilakukan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu.
Jika
ada dosa kita sepanjang ramadan berbentuk fitnah, umpatan dan
sebagainya yang berkaitan dengan orang lain, mohonlah kemaafan. Moga
kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang celaka.
6. Semoga Ramadan yang kita lalui benar-benar menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan kita kembali kepada fitrah bersih dari dosa.
Tuesday, April 18, 2023
Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
Selasa, 27 Ramadhan 1444H: Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ …. لِلصَّائِمِ
فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ
.....
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda… Bagi orang
yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan
kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti….
(H.R. Muslim No : 1945)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bagi orang puasa,
mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka kerana dapat makan dan
minum serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di
siang hari.
2. Kegembiraan kedua apabila dapat bertemu Allah
kelak. Ia hanya akan terhasil dari puasa yang dilakukan dengan penuh
keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap
keredhaan Allah. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang
hakiki di akhirat dengan ganjaran keampunan.
3. Bukan sekadar
rasa nikmat selepas menahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani.
Tapi yang kita inginkan juga nikmat rohani. Hubungan dan ikatan kita
dengan Allah SWT menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar
bertunjangkan keikhlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.
4.
Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan
melatih mulut, pandangan dan segala pancaindera yang lain agar akur
kepada perintah Allah.
5. Mohon jauh dari puasa yang sia-sia.
Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita.
Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa
kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah,
mengumpat, menghina, dedah aib, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan
perkara yang tidak betul menerusi WhatsApp, Telegram, FB serta
bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada
guna seluruh puasanya".
Monday, April 17, 2023
Zakat Fitrah Menyucikan
Isnin 26 Ramadhan 1444H: Zakat Fitrah Menyucikan
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً
لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ
أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا
بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Daripada Ibnu
Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu
pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang
sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia
adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang
membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti
sedekah biasa.
(Sunan Abi Daud No: 1609) Maktabah Asriyyah Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Zakat fitrah menjadi
pembersih (penampal kekurangan-kekurangan puasa seseorang sepanjang
Ramadhan) yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau
perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan
seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji
putih.
2. Zakat fitrah bertujuan untuk memastikan orang miskin
mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan
Aidil Fitri dalam suasana kecukupan bersama seluruh umat Islam yang
lain. Islam tidak ingin melihat di hari pertama Syawal ada orang yang
meminta-minta padahal di kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam
suasana kecukupan.
3. Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari
1hb Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Eidil Fitri pada 1hb Syawal.
sama ada secara online mahupun kepada amil yang dilantik.
4.
Zakat fitrah yang dikeluarkan selepas solat sunat hari raya eid fitri
tidak menjadi zakat tetapi hanya menjadi sedekah biasa. Dia tetap
menanggong dosa kerana tidak membayar zakat pada masa yang ditetapkan.
5. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:
a. Islam
b.
Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia
sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.
c.
Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga
siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang
berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya)
merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Walaupun nilai
lebihan hanya bernilai cukup untuk zakatnya seperti RM 7.00 Jika tidak
mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang
ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah
Friday, April 14, 2023
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
Jumaat, 23 Ramadhan 1444H: Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
قَالَتْ عَائِشَةُ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي
غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW
lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang
tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009)
Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2.
Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah
iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran,
sedekah, berzikir, solat sunat seperti solat duha, solat tahajud, solat
tasbih dan lain-lain.
a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan
3.
Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan
ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
4.
Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu
terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu
siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan
qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan
melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah
memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if
Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)
5. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
a.
Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada
di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan
tempatnya.
b. Banyakkan Iktikaf. Usahakan pada sepuluh terakhir
bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke
Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat
tarawikh.
c. Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur
adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah
ini, doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Juga doa
kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan di
seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan
musibah mereka
Thursday, April 13, 2023
Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar
Khamis, 22 Ramadhan 1444H: Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ
أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Daripada
Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada
Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam
tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?”
Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul
‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun
dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah
segala kesalahanku”
(Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah.
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.
2.
Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di
sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul
qadar.
3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya
Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi
pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”
Wednesday, April 12, 2023
Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
Rabu, 21 Ramadhan 1444H: Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Daripada
Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada
sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul
Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No:
1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.
2.
Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh
lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik
daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)
"malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).
3.
Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu
lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia
dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan.
4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
5.
Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid,
tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun
kepada Allah.
6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah
menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada
Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil
apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam
untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah juga. Imam Malik merekodkan
dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang
bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam
berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan
malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie
rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’
dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh
kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
Thursday, April 6, 2023
Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat
Khamis, 15 Ramadhan 1444H: Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ
بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ
النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Daripada
Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan
al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari
kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya
daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk
memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran
berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari,
kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda
bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No:
6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.
2.
Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan
memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah
menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang
nafsunya.
3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran
(membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan
menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.
4. Di hari kiamat
nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa
lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain
daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran
dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh
Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan
sebaik-baiknya.
5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan
seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan
tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya disamping melakukan
amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili, Rasulullah SAW bersabda:
حَدَّثَنِي
أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran
kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai
pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih
6.
Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah
kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha
mentadabur, memahami dan mengamalkannya.
7. Rebut peluang
bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang
Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli
yang lain.
Wednesday, April 5, 2023
Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan
Rabu, 14 Ramadhan 1444H: Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan
عَنْ ابْنِ
عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ
رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ
سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Daripada Ibnu
Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah
melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah
menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui
baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW
memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila
Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan
melebihi angin yang berhembus." (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub
Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ramadhan
adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan
kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan
merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala
kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa
seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan
sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah
dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik
perubahan ke arah yang lebih baik.
2. Antara amalan kebaikan
yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah
bersedekah dan bertadarus al-Qur’an. Setiap Muslim dituntut membaca
al-Qur’an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia
ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Qur’an akan
meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan.
3.
Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh
keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur
al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan
serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya
digandakan.
4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan
secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain
kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi -
menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota
masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
5.
Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang
ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan
kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu
mendatangkan manfaat dan pahala.
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (an-Nahl: 96)
6. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.
Tuesday, April 4, 2023
Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa
Selasa, 13 Ramadhan 1444H: Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(Riwayat al-Bukhari)
- Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.
- Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)