Rabu, 17 Sya'ban 1442H: Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila memasuki waktu malam, atau ketika senja, maka tahanlah anak-anak kalian (agar tidak keluar rumah) kerana syaitan-syaitan sedang berkeliaran ketika itu.
Jika waktu malam telah berlalu beberapa ketika, maka lepaskanlah mereka. Kuncilah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup.
Tutuplah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah. Tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah walaupun hanya dengan meletakkan sesuatu (sebatang ranting kayu kecil) di atasnya, dan matikanlah lampu-lampu kalian.”
(Sahih Al-Bukhari, no. 5623)
![May be an image of 1 person and text that says "للفتاوي الكافى 483 al-Fatwa Adakah jin berupaya menggerakkan sesuatu? Firman Allah SWT: "Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". [Surahal-Naml:39] Sahibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: dan syaitan mampu untuk memberi kesan terhadap perkara-perkara fizikal jika diizinkan Allah SWT. Kita disuruh beriman dengan kewujudan mereka tanpa menokoktambah sehingga menimbulkan kepercayaan khurafat dan tahyul." SUMBER: #1390 ADAKAH MENGGERAKKAN SESUATU? @drzul_albakri O @drzulkifi.albakri Mufti Wilayah Persekutuan fMufti Wilayah www.muftiwp.gov.my"](https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-0/p526x296/164143045_3712615765502360_6876487532259398451_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-3&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=tPG3l-K2gOgAX9oGBLT&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&tp=6&oh=8ee4d9d3e2f2891d8c6c7d2899e2480c&oe=608A416C)