Tuesday, April 30, 2019

Puasa Ketika Bermusafir

Selasa, 24 Syaában 1440H: Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Kami pergi beserta Nabi saw. dalam sebahagian di antara beberapa perjalanan beliau, pada suatu hari yang sangat panas, sehingga ada orang yang meletakkan tangannya di atas kepala kerana sangat panasnya, dan tidak ada di antara kami yang puasa selain Nabi saw. dan Ibnu Rawahah."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0965.

Monday, April 29, 2019

Solat Rasulullah SAW Di Malam Bulan Ramadhan

Isnin, 23 Syaában 1440H: Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul-Malik bin Abusy-Syawarib; mewartakan kepada kami Maslamah bin 'Al qamah, dari Dawud bin Abu Hind, dari Al-Walid bin 'Abdurrahman Al-Jurasyiy, dari Jubair bin Nufair Al-Hadhramiy, dari Abu Dzar, dia berkata:  

"Kami berpuasa Ramadhan bersama Rasulullah SAW. Beliau tidak solat malam di depan kami seharipun dalam bulan itu, sehingga ramadhan tinggal tujuh hari. -Barulah- beliau solat di depan kami (sebagaimana) pada malam ke tujuh hingga lewat sepertiga malam. 

Kemudian pada malam keenam berikutnya, beliau tidak solat sampai malam ke lima berikutnya.

Kemudian beliau solat di depan kami hingga lewat setengah malam. Lalu saya berkata: Ya Rasulullah! Sudilah kirannya engkau menambah solat untuk kami sisa malam ini?" "

Beliau berkata; "Bahwasanya siapa saja yang solat bersama imam hingga selesai, maka sesungguhnya solatnya itu sebanding dengan solat semalam." 

Kemudian pada malam ke empat berikutnya, beliau tidak solat sampai malam ke tiga berikutnya.

Abu Dzar melanjutkan: "Kemudian beliau mengumpulkan istri-istrinya dan keluarganya, dan orang-orang ikut berkumpul."

Abu Dzar melanjutkan: "Kemudian beliau solat di depan -kami hingga- kami khuatir akan terluput dari kemenangan." 

Abu Dzar menjawab; "Makan sahur."

Abu Dzar melanjutkan: "Kemudian beliau tidak solat di depan kami lagi dalam sisa bulan itu."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1327.

Friday, April 26, 2019

Pintu - Pintu Syurga


Jumaat, 20 Syaában 1440H: Dari Abu Hurairah katanya: "Barangsiapa yang senang memberi belanja dua orang isteri di jalan Allah Azza wa Jail, maka dia akan diseru kedalam syurga dari pintu "Nafaqah". 
 
Barangsiapa yang gemar solat, maka dia akan diseru kedalam syurga lewat pintu "As-Shalah". 
 
Barangsiapa yang gemar berjihad, maka dia akan diseru kedalam syurga melalui pintu "Al-Jihad". 
 
 Dan barangsiapa yang gemar bersedekah, maka dia akan diseru kedalam syurga lewat pintu "As-Shadaqah". 
 
Dan barangsiapa yang gemar berpuasa, maka dia akan diseru lewat pintu "Ar-Rayyaan". 
 
Kata Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, bagaimana kalau ada seseorang rajin mengerjakan semua amalan yang engkau sebutkan tadi, apakah dia akan diseru masuk kedalam syurga melalui pintu-pintu itu semua?" 
 
Sabda Rasulullah saw: "Ya, aku harap engkau termasuk salah seorang dari mereka."
 
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2201.

Wednesday, April 24, 2019

Firasat Buruk (Tiyarah)

Rabu, 18 Syaában 1440: Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya."

(Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)

Matan Hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الطِّيَرَةُ مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ
]التخريج: سنن الترمذي ,كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في الطيرة , رقم حديث 1614 , وقَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَحَابِسٍ التَّمِيمِيِّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَعْدٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[


Pengajaran Hadith :

1.Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil daripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.

2.Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).

3.Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadikannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.

Tuesday, April 23, 2019

Perbuataan Yang Membawa Ke Syurga

Selasa, 17 Sya ában 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bertanya:

"Siapakah di antara anda yang berpuasa hari ini?"

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!"

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengiringkan jenazah ke pekuburan hari ini?"

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!"

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda sekalian yang memberi makan orang miskin hari ini?"

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!"

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengunjungi orang sakit hari ini?"

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang dapat melakukan perbuatan-perbuatan itu semuanya, nescaya dia masuk syurga."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0985.

Monday, April 22, 2019

Dialog Antara Rasulllah SAW Bersama Arab Dusun

Isnin, 16 Sya'ban 1440H ; Dari Abu Hurairah katanya: "Ketika Nabi saw sedang duduk bersama para sahabatnya, maka ada seorang Arab Dusun datang seraya bertanya: 

"Siapakah diantara kalian putera Abdul Muthalib?" 

Jawab para sahabat: "Lelaki yang putih kemerah-merahan itu adalah yang engkau tanyakan". 

Kata si Arab dusun: "Aku ingin bertanya kepadamu dengan pertanyaan serius". 

Sabda beliau: "Tanyakan apa yang engkau inginkan".

Kata si Arab dusun: "Dengan nama Tuhanmu dan nama Tuhan orang-orang sebelummu mahupun yang sesudahmu, aku bertanya: Benarkah Allah telah mengutusmu?" 

Sabda beliau: "Benar". 

Tanya si Arab dusun: "Benarkah Allah menyuruh mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam?" 

Sabda beliau: "Benar". 

Tanya si Arab dusun: "Benarkah Allah menyuruh engkau mengumpulkan harta dari kaum kaya untuk dibahagikan kepada kaum fakir miskin diantara kami?" 

Sabda beliau: "Benar". 

Tanya si Arab dusun: "Benarkah Allah mewajibkanmu untuk berpuasa selama sebulan dalam setahun?" 

Sabda beliau: "Benar". 

Tanya si Arab dusun: "Benarkah Allah mewajibkan berhaji bagi setiap orang yang mampu?" 


Sabda beliau: "Benar".

Jawab si Arab dusun: "Kalau demikian, maka aku beriman dan membenarkan sepenuhnya apa yang engkau sampaikan, aku adalah Dhimam ibnu Tsa'labah".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2063.

Friday, April 19, 2019

Solat Sunat Hari Jumaat

Jumaat, 13 Syaában 1440H: Dari Jabir bin Abdillah katanya: "Pada suatu kali ketika nabi saw berpidato di hari Jumaat, maka ada seorang datang masuk ke dalam masjid. Ketika lelaki itu segera duduk, maka nabi bertanya: 

"Apakah engkau sudah mengerjakan dua rakaat solat sunat?" 

Jawab lelaki itu: "Belum". 

Sabda beliau: "Kalau begitu, kerjakanlah solat sunat dua rakaat sebelum kamu duduk."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1383.

Thursday, April 18, 2019

Malam Pertengahan Sya'ban

Khamis, 12 Sya'ban 1440H : Mewartakan kepada kami 'Abdah bin 'Abdullah Al-Khuza'iy dan Muhammad bin 'Abdul-Malik, Abu Bakr, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Yazid bin Harun; memberitakan kepada kami Hajjaj; dari Yahya bin Abu Katsir, dari 'Urwah, dari 'Aisyah, dia berkata: 

"Pada suatu malam, aku kehilangan Nabi SAW. Maka dari itu aku keluar untuk mencarinya. Ternyata beliau berada di kuburan Baqi', kepalanya tengadah ke atas langit. 

Beliau berkata: "Hai 'Aisyah! Apakah engkau takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" '

Aisyah melanjutkan: "Aku telah mengatakan sebelumnya, bukan itu yang aku takutkan. Akan tetapi aku menyangka engkau mendatangi salah seorang istrimu." 

Kemudian beliau berkata: "Sesungguhnya Allah Ta'ala turun ke langit bumi pada malam pertengahan bulan Sya'ban. Dan mengampuni (Hamba-Nya) walaupun lebih banyak dari bilangan bulu kambing (buruan anjing)."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1389.

Wednesday, April 17, 2019

Apabila Tiba Setengah Ramadhan

Rabu, 11 Sya'ban 1440H: Mewartakan kepada kami Ahmad bin 'Abdah, mewartakan kepada kami 'Abdul-'Aziz bin Muhammad. Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar, mewartakan kepada kami Muslim bin Khalid, mereka berdua -yakni 'Abdul-'Aziz dan Muslim- berkata: Mewartakan kepada kami Al-'Ala- bin 'Abdur-Rahman, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda:

"Bila sudah setengah dari Sya'ban, maka tidak ada puasa sehingga datang bulan Ramadhan".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1651.

Tuesday, April 16, 2019

Puasa Ketika Melihat Anak Bulan

Selasa, 10 Sya'ban 1440H: Dari Manshur dari Rib'iy katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Jika kalian melihat hilal Ramadhan, maka berpuasalah dan jika kalian melihat hilal Syawal, maka berbukalah. 

Dan jika kalian terhalang oleh mendung, maka genapkan bulan Sya'ban hingga 30 hari, kecuali jika kalian melihat hilal Ramadhan sebelumnya dan genapkan puasa Ramadhan 30 hari kecuali jika kalian melihat hilal Syawal sebelumnya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2095.

Monday, April 15, 2019

Puasa Isnin - Khamis


Isnin, 9 Sya'ban 1440H: Dari Khalid bin Juber bin Nufair katanya: "Ada seorang yang bertanya pada Aisyah tentang puasa yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw. 
 
Jawab Aisyah: "Biasanya Rasulullah saw melakukan puasa di bulan Sya'ban sebulan penuh dan beliau lebih mengutamakan puasa Isnin - Khamis."
 
 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2152.

Friday, April 12, 2019

Nabi SAW Banyak Berpuasa Sunat DiBulan Sya'ban,.

Jumaat, 6 Sya'ban 1440H: Dari 'Aisyah,Ummul Mukminin r.a., katanya: "Rasulullah saw. sering puasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya.

Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. 

Dan aku tidak pernah melihat beliau puasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. 

Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1125.

Thursday, April 11, 2019

Berpuasa Di Hari Syak (Melihat Anak Bulan)

Khamis, 5 Syaában 1440H: Dari Abu Yunus dari Simaak katanya: "Ketika aku berkunjung ke tempat Ikrimah dihari yang masih diragukan, kudapati dia sedang makan roti dicampur dengan susu dan sayuran, maka dia mempersilakan aku untuk ikut makan. 

Kataku: "Sekarang aku sedang berpuasa Ramadhan". 

Kata Ikrimah: "Demi Allah, aku minta sebaiknya engkau batalkan puasamu"

Aku tetap menolaknya dengan mengucapkan subhanallah sebanyak dua kali. Ketika Ikrimah tetap memaksaku dengan bersumpah, maka aku berkata: "Adakah engkau mempunyai dalil?" 

Jawab Ikrimah: "Aku pernah mendengar Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah saw telah bersabda: "Berpuasalah dan berbukalah berdasarkan ru'yah yang dapat kamu lihat. Dan Jika kamu sampai terhalang oleh mendung atau kabut, maka genapkan bulan Sya'ban menjadi 30 hari. Jangan kamu mendahului berpuasa Ramadhan sedang kamu sedang berada di bulan Sya'ban."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2155.

Wednesday, April 10, 2019

Amalan Manusia DiAturkan DIbulan Sya'ban.

Rabu, 4 Sya'ban 1440H: Kata Abu Said Al-Maqburi: "Aku telah diberitahu oleh Usamah ibnu Zaid bahawasanya ia pernah berkata pada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, belum pernah aku melihat engkau memperbanyak puasa sunnah di bulan-bulan lain lebih dari yang engkau lakukan di bulan Sya'ban, mengapa demikian?" 

Sabda beliau saw: "Yang sedemikian itu dikeranakan banyak orang yang melupakan keafdalan bulan Sya'ban yang berada di bulan Rajab dan Ramadhan. Di bulan itu semua amalan manusia diaturkan kepada Allah Rabbul 'Aalamiin, kerana itu aku ingin bila amalanku diaturkan kepada Allah, sedang aku didalam keadaan berpuasa."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2318.

Tuesday, April 9, 2019

Puasa Sunat Apabila Tiba Setengah Bulan Sya'ban

Selasa, 3 Syaában 1440H: Qutaibah menceritakan kepada kami, 'Abdul 'Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'la bin 'Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah di mana ia berkata: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila setengah dari bulan Sya'ban masih tersisa maka janganlah kamu sekalian berpuasa."

Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah itu adalah hadis hasan sahih yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini dalam lafal yang seperti ini." 

Menurut sebahagian ulama', yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah seseorang yang tidak biasa berpuasa kemudian dalam sisa bulan Sya'ban yang tinggal sedikit itu dia berpuasa untuk menyambut bulan Ramadan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. seperti hadis tersebut di atas; iaitu hadis yang menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti:

"Janganlah kamu sekalian mendahului bulan Ramadan dengan puasa kecuali bila memang puasa itu bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang di antara kamu sekalian."
Yang ditunjukkan dalam hadis ini ialah tidak disukai sengaja berpuasa kerana menyambut bulan Ramadan."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0735.

Monday, April 8, 2019

Puasa Sunat Bulan Sya'ban

Isnin, 2 Sya'ban 1440H: Bundar menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami dari Mahdi dari Sufyan dari Manshur dari Salim bin Abul Ja'd dari Abu Salamah dari Ummu Salamah di mana ia berkata: "Saya tidak melihat Nabi s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan." 

Di dalam bab ini terdapat hadis dari 'Aisyah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ummu Salamah ini adalah hadis hasan." 

Hadis ini diriwayatkan pula dari Abu Salamah dari 'Aisyah bahawasanya ia berkata: "Saya tidak melihat Nabi s.a.w. lebih banyak berpuasa dalam satu bulan melebihi pada bulan Sya'ban, di mana beliau berpuasa pada bulan Sya'ban kecuali sedikit saja (yang tidak) bahkan baginda berpuasa seluruh bulan Sya'ban."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0733.

Thursday, April 4, 2019

Balasan Meringankan Sipiutang

Khamis, 28 Rejab 1440H: Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Beberapa orang malaikat bertemu dengan roh seseorang yang sebelum kamu, lalu mereka bertanya, "Kebajikan apa sajakah yang pernah anda lakukan?" 

Jawab orang (roh) itu, "Tidak ada!"

Kata para malaikat, "Cubalah anda ingat-ingat!"

Jawab orang itu, "Memang, aku pernah memberi piutang kepada orang ramai,lalu ku perintahkan kepada pegawai-pegawaiku supaya memberi tangguh kepada orang-orang yang kesukaran, serta memberi kelonggaran bagi orang-orang yang berkecukupan."

Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada para malaikat, "Beri kelapangan pula dia!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1524.

Wednesday, April 3, 2019

Peristiwa Israk & Mikraj

Rabu, 27 Rejab 1440H: Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abdurrazaq memberitahukan kepada kami, Makmar memberitahukan kepada kami dari Zuhri ia berkata : Said bin Musayyib memberitahukan kepada kami, dari Abu Hurairah, ia berkata : 

Nabi SAW, bersabda :"Ketika saya diisrakkan saya bertemu Musa, 

Abu Hurairah berkata : Nabi mensifatinya. Dia adalah seorang lelaki, rawi berkata : saya menerka kepadanya, Rasulullah SAW bersabda :"Dia adalah seorang lelaki yang sedang dan lurus rambut kepala nya, seakan-akan dia adalah lelaki dari bangsa "Syanuah" (bangsa Yaman) 

Rasulullah SAW. bersabda :"Saya berjumpa dengan Isa, Abu Hurairah berkata : Rasulullah mensifatinya, Rasulullah bersabda : Dia adalah sedang perawakannya dan agak kemerah-merahan, seakan-akan dia baru keluar dari tempat mandi.

Saya melihat Ibrahim, Rasulullah SAW bersabda :"Saya paling mirip keturunannya dengan dia", kemudian sabdanya : saya diberi dua bejana (gelas) yang satu berisi susu dan yang lainnya khamar(arak), dia berkata ke padaku; ambillah antara keduanya apa yang kamu sukai, saya mengambil susu dan saya meminumnya, maka dia berkata kepada ku : engkau ditunjuk kan kepada fitrah atau (rawi ragu) engkau sesuai dengan fitrah ! adapun jikalau engkau mengambil khamar umatmu akan sesat".

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4238.

Tuesday, April 2, 2019

Doa Yang Tidak DiPerkenankan Allah

Selasa, 16 Rejab 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: 

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." 

Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" 

Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355.