Tuesday, November 30, 2021

Rezeki Haram

 

Selasa, 25 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:

"Manusia yang paling berdukacita pada hari kiamat kelak ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal(haram). Maka ia akan masuk dengan sebab itu ke neraka".
 
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Rezeki Makhluk Dijaga Oleh Allah Dalam al-Quran Allah menggambarkan bahawa rezeki makhluk dijaga oleh Allah. Firman Allah: وَمَامِن Dan tiadalah sesuatupun dari yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Surah Hud: 6) Lafaz "dabbah" yang bermaksud "setiap yang bergerak" seakan menunjukkan manusia harus bergerak dan berusaha lalu Allah menjamin rezeki mereka. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SİSLA‎"‎‎

Monday, November 29, 2021

Memelihara Solat

 

Isnin, 24 Rabiulakhir 1443H: Dalam sebuah hadis yang lain baginda menegaskan, sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan di hari kiamat. 
 
Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. 
 
Dan adalah ia bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat".
 
( Hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)
 May be an image of text that says "Maktabah Imam Hasan al Basri Berkata: Sekiranya solat tidak menghalangmu daripada kemaksiatan dan kemungkaran. Maka hakikatnya engkau belum mendirikan solat. www.maktabahalbakri.com"

Friday, November 26, 2021

Zikir Selepas Solat

 

Jumaat, 20 Rabiulakhir 1443H: Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ
 
Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”
 
Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)
 May be an image of text

Thursday, November 25, 2021

Sentiasalah Beristighfar

 

Khamis, 20 Rabiulakhir 1443H: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang sentiasa beristigfar Allah akan memberikan pelepasan daripada setiap kesusahannya, memberikannya jalan penyelesaian kepada setiap kesempitannya dan Dia akan memberikannya rezeki dari punca-punca yang dia tidak pernah menyangkannya."

(Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah dan lain-lain)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, November 24, 2021

Jauhkan Diri Dari Maksiat

 

Rabu, 19 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi saw telah bersabda:

عَلى المَرْءِ المُسْلِم السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيما أَحَبَّ وكَرِهَ، إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَإذا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طاعَةَ
 
Ertinya: “Atas seorang Islam itu wajib dia dengar dan taat pada perintah yang dia suka dan yang dia tidak suka melainkan bahawa diperintah dengan perkara maksiat. Maka apabila seorang Islam diperintah dengan perkara maksiat maka tidak boleh dengar dan tidak boleh patuh.” 
 
(Hadis riwayat Bukhari)
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Mereka Yang Menahan Diri Dari Maksiat Rasulullah هوسلم memuji mereka yang berjaya menahan diri dari maksiat dalam keadaan dia berpeluang melakukan maksiat tersebut. Sabda Rasulullah وسم وجمال مَنصِب ذاتُ امرأة دَعَتْهُ ورجل الله أخافُ إني فقال: " Dan seorang lelaki yang diajak untuk melakukan maksiat oleh seorang wanita yang cantik dan berkedudukan lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. (Hadis Riwayat al-Bukhari) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎

Tuesday, November 23, 2021

Hak Muslim Ke Atas Muslim Lain

 

Selasa, 18 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
 
Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: 
 
Dikatakan (sahabat bertanya): "Apakah ia wahai Rasulullah SAW? "
 
Rasulullah SAW berkata: "Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”
 
[Riwayat Muslim (2162)
 May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Golongan Yang Menziarahi Orang Sakit Rasulullah bersabda: منادٍ ناداه ،اللهِ في له أَخَا زار أو مريضا، عَادَ مَنْ " Barang siapa yang menziarahi orang sakit, atau menziarahi saudaranya kerana Allah, malaikat akan menyeru mendoakannya: مَنزِل الجنةِ من وتبوَّأتَ ،مَمْشاكَ وطاب طِبْتَ أَنْ Engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat buatmu di syurga." (Hadis Riwayat al-Tirmizi) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎

Monday, November 22, 2021

Tuduhan Kekufuran

 

Isnin, 17 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abu Zar RA, dikatakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
 
Maksudnya: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” 
 
[Riwayat al-Bukhari (6045)]
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Diam Ketika Dicerca al-Imam al-Syafi'i mendidik kita agar tidak menjawab ketika dicerca oleh manusia atau orang yang bodoh. Pada beliau, diam ketika itu adalah satu kemuliaan. Kata al-Syafi'i: جواب اللئيم عن فسكوتي عرضي مسبة في شئت بما قل الكلاب تجيب أن الأسد ضر ما ولكن الجواب عادم أنا ما " Ucapkanlah (kutuklah) semahumu dalam mencerca maruahku. Sesungguhnya diamku adalah satu jawapan balas. Bukan aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak padan untuk si singa menjawab salakan anjing." (Diwan al-Syafi'i) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Friday, November 19, 2021

Lagha Ketika Khutbah

 

Jumaat, 14 Rabiulakhir 1443H: Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat,"Diam" dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu lagha (melakukan perkara yang sia-sia).”

(Riwayat al-Bukhari)
 
 May be an image of text

Thursday, November 18, 2021

Sahabat Yang Bertakwa

Khamis, 13 Rabiulakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda tentang kebaikan memiliki sahabat: "Setelah orang Mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk memperjuangkan nasib saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. 

 
Mereka memohon: 'Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang masih tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, solat, dan juga haji."

Maka dijawab oleh Allah: 'Keluarkan (dari neraka) orang yang kalian kenal." 
 
Sehingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka. Mukminin ini pun mengeluarkan ramai saudaranya yang telah dibakar di neraka, ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.
 
Kemudian orang Mukmin itu menyatakan kepada Allah: 'Wahai Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan dari neraka, sudah tidak ada yang berbaki."
 
Maka Allah berfirman: 'Kembali lagi (ke neraka), keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.' Maka dikeluarkanlah orang Mukmin dalam jumlah ramai sekali yang diseksa di neraka. 
 
Kemudian mereka menyatakan kepada Allah: 'Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun orang yang Engkau perintahkan agar dibebaskan.'
 
(Hadis riwayat Muslim)
 May be an image of 2 people, headscarf and text that says "Wasiat Imam As-Syafi'i "Jika kamu memiliki sahabat yang selalu membantumu dalam ketaatan, maka gengam erat tangannya. Karena mencari sahabat itu sulit, sedangkan meninggalkannya sangat mudah" (Kitab Hilyah Al-Auliyaa') www.radiomuslim.com memurnikan aqidah menebarkan sunnah"

Tuesday, November 16, 2021

Tipudaya Syaitan

 

Selasa, 11 Rabiulakhir 1443H: Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Syaitan akan datang kepada seorang daripada kamu dan berkata: "Siapa menciptakan ini? Siapa menciptakan ini?"

Hingga dia berkata: "Siapa mencipta Tuhanmu?"
 
"Sekiranya soalan ini sampai, maka dia (orang beriman) hendaklah beristighfar kepada Allah dan berhenti (daripada melayani persoalan itu)."
 
(HR Bukhari)
 May be an image of text that says "JANJI IBLIS Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Surah Al A'raf: Ayat 16-17)"

Monday, November 15, 2021

Ikhlas Dalam Bersedekah

 

Isnin, 10 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
 
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” 
 
(Riwayat al-Bukhari)
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Bersedekah Ketika Kita Susah Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah Apakah sedekah yang paling besar pahalanya? Sabda Rasulullah: الغنى وَتَأمُلُ الفَقْرَ تَخْشى شَحِيحٌ صَحِيحٌ وَأَنْتَ تَصَدَّقَ أَنْ (Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan." (Hadis Riwayat al-Bukhari) DR AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Friday, November 12, 2021

Solat Subuh Berjemaah

 

Jumaat, 16 Rabiulakhir 1443H :Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan Solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”

(Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
 May be an image of 1 person and text

Thursday, November 11, 2021

Pemimpin Yang Adil

 

Khamis, 6 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisiAllah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk disebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu adalah kanan semua, (dan yang dimaksudkan dengan pemimpin yang adil itu adalah) orang-orang yang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang di bebankan kepada mereka."

(Sahih Muslim, no: 1827)
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, November 10, 2021

Bersih Hatinya

 

Rabu, 4 Rabiulakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda : “Setiap orang yang hatinya terpuji dan bicaranya benar”.

Kemudian mereka berkata ‘Orang yang benar ucapannya telah kami pahami maksudnya. Lantas apakah yang dimaksud dengan orang yang bersih hatinya?’ 
 
Rasulullah menjawab : “Dia lah orang yang bertakwa, yang suci hatinya, tidak ada dosa dan kedurhakaan di dalamnya, serta tidak ada pula dendam dan hasad.’ 
 
(HR. Ibnu Majah dan Ath-Thabarani)
 May be an image of 1 person and text that says "Apakah Hati Sudah Tertutup? Ayat-ayat al-Quran sering menjadikan sahabat termenung, menangis dan berfikir tentang mesej yang disampaikan. Bagaimana reaksi hati kita untuk al-Quran? Firman Allah: " Adakah mereka sengaja tidak (berusaha) memahami dan memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Surah Muhammad: 24) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SAINSA"

Tuesday, November 9, 2021

Taubat Yang Diterima

 

Selasa, 4 Rabiulakhir 1443H: Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah bin Umar bin Khathab (semoga Allah meridhai keduanya) dari Nabi beliau bersabda: “Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongannya".

(HR. Tirmidzi dan beliau katakan haditsnya hasan).
 
Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam juga bersabda:
 
مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ. (رواه مسلم)
 
“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, niscaya Allah akan menerima taubatnya.” 
 
(HR. Muslim)
 
 May be an image of text

Monday, November 8, 2021

Katakanlah Insya Allah

Isnin. 3 Rabiulakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda, ''Berkata Sulaiman bin Daud as: Malam ini aku akan berkeliling mengunjungi 70 perempuan, tiap perempuan kelak akan melahirkan seorang anak yang kelak akan berperang di jalan Allah.'' 

 
Sulaiman ditegur malaikat, ''Katakanlah Insya Allah.'' 
 
Sulaiman tanpa mengucapkan insya Allah mengunjungi 70 perempuan itu dan ternyata tidak seorang pun di antara wanita-wanita itu yang melahirkan anak, kecuali seorang wanita yang melahirkan seorang setengah manusia. 
 
Demi Allah yang nyawaku ada di Tangan-Nya, seandainya Sulaiman mengucapkan kata insya Allah niscaya ia tidak gagal dan akan tercapai hajatnya.” 
 
(HR Bukhari dan Muslim).
 
 May be an image of text that says "BIMBINGAN ISLAM Kata 'Insyaallah' Bukan Senjata Untuk Melarikan Diri Atau Untuk Menolak "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, 'Sesungguhnya kau akan mengerjakan itu besok pagi', kecuali (dengan menyebut), 'Insyaallah'..". (QS Al-Kahfi: 23-24) bimbinganislam.com Bimbinganislam bimb_slam tausıyahbimbinganislam Bias"

Wednesday, November 3, 2021

Bantu Orang, Allah Bantu Kita

 Rabu, 27 Rabiulawal 1443H: Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 

 
Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. 
 
Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. 
 
Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 
 
(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
 
 May be an image of ‎text that says "‎Bantu Orang, Allah Bantu Kita Rasulullah berpesan kepada kita bahawa sekiranya kita membantu orang lain, Allah akan bantu permudahkan urusan kita. Sabda Rasulullah: الْعَبْدِ عَوْنِ فِي وَالله أَخِي عَوْن فِي الْعَبْدُ كَانَ مَا " Dan Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya. (Hadis Riwayat Muslim) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA هவி ÛN‎"‎

Tuesday, November 2, 2021

Panjang Umur, Baik Amalnya

 

Selasa, 26 Rabiulawal 1443H: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidakkah aku beritahukan kepada kamu tentang orang yang paling baik di antara kamu?”

Mereka (para sahabat) menjawab, “Ya wahai Rasûlullâh”. 
 
Beliau bersabda, “Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling panjang umurnya di antara kamu dan paling baik amalnya”. 
 
[HR. Ahmad; Ibnu Hibbân; dan al-Baihaqi. Dishahihkan oleh al-Albâni dalam Shahîh at-Targhîb wat Tarhîb, 3/312,)
 May be an image of text

Monday, November 1, 2021

Masa Semakin Singkat

 

Isnin, 25 Rabiulawal 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ
 
Maksudnya: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.”
 
[Riwayat al-Bukhari (1036)]
 May be an image of ‎text that says "‎Kenapa Masa Semakin Singkat? Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa apabila semakin dekat hari kiamat nanti, manusia akan merasakan masa semakin singkat. Sabda Rasulullah: الزَّمَانُ يَتَقَارَب حَتَّى السَّاعَةُ تَقُومُ لا كَالشَّهْرِ السَّنَةُ فَتَكُونَ Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, (seakan-akan) Masa setahun tersebut jadi seperti sebulan sahaja.. (Hadis Riwayat al-Bukhari) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎