Monday, May 31, 2021

Musibah Terhapus Dengan Istighfar

 

Isnin, 19 Syawal 1442H: Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
 
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
 
[Riwayat al-Bukhari (6306)]
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎MUSIBAH TERHAPUS DENGAN ISTIGHFAR العظيم كَانَ أستغفرالله غَفَّارًا اسْتَغْفِرُو فَقُلُتُ "Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun." SurahNuh:1 Kata Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A: "MUSIBAH tidak akan turun melainkan disebabkan dosa yang dilakukan dan ja tidak akan diangkat melainkan dengan MEMOHON KEAMPUNAN kepada ALLAH.. ISTIGHAR merupakan antara jalan keluar daripada dugaan dan musibah yang melanda pada manusia kerana dengan ISTIGHFAR manusia akan merasa dekat kepada ALLAH di masa sukar mahupun senang. f jabatan Kemajuan Islam Malaysia TVJakim myjakim‎"‎‎

Friday, May 28, 2021

Pahala Syahid Ketika Wabak

 

Jumaat, 16 Syawal 1442H: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ
 
Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” 
 
Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)
 
 
Daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”
 
Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)
 
 May be an image of one or more people and text

Thursday, May 27, 2021

Doa Tolak Bala

 

Khamis, 15 Syawal 2021H: Daripada seseorang yang mendengar Aban bin Uthman berkata; Aku mendengar Uthman -maksudnya Uthman bin Affan RA, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan:

بِاسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.
 
Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam)."
 
Perawi berkata: "Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadith daripadanya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata, "Kenapa kamu melihat aku? Demi Allah, aku tidak berbohong atas nama Uthman, dan Uthman tidak berbohong atas nama Nabi SAW. Tetapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya."
 
(Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)
 May be an image of text

Tuesday, May 25, 2021

Gerhana Bulan

 

Selasa, 13 Syawal 1442H: Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ
 
Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”
 
Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim
 
 May be an image of textNo photo description available.

Monday, May 24, 2021

Pahala Syahid

 

Isnin, 12 Syawal 1442H: Daripada Anas bin Malik RA bahwa Rasulullah bersabda: "Siapa saja yang bersungguh-sungguh ingin mendapatkan syahid, maka ia akan diberikan pahala (syahid), meskipun ia tidak mendapatkannya."

(HR. Imam Muslim)
 May be an image of ‎text that says "‎"Rasulullah Saw. bertanya (kepada sahabatnya): 'Siapakah orang yang mati syahid di antara kalian?' Mereka menjawab: 'Orang yang gugur di medan perang itulah syahid ya Rasulullah,' Rasulullah Saw bersabda: 'Kalau begitu, sedikit sekali umatku yang mati syahid. Para sahabat bertanya: 'Mereka itu محمد وسلم siapa ya Rasul? 'Jawab Rasulullah Saw: 'Orang yang gugur di medan perang itu syahid, orang yang mati di jalan Allah (bukan karena perang) juga syahid, orang yang tertimpa tha'un tha'u (wabah) pun syahid, orang yang mati karena sakit perut juga syahid, dan orang yang tenggelam adalah syahid" (Hadits Riwayat Muslim).‎"‎

Thursday, May 20, 2021

Syahid

 

Khamis, 8 Syawal 1442H: Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
 
Maksudnya: “Siapa yang terbunuh kerana melindungi hartanya, dia adalah seorang syahid. Sesiapa yang terbunuh kerana melindungi keluarganya, dia adalah seorang syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana melindungi agamanya, dia adalah seorang syahid. Siapa yang terbunuh kerana melindungi dirinya, dia adalah seorang syahid”
 
Sunan al-Nasaie (4095)May be an image of one or more people and text that says "DAN JANGANLAH KAMU MENGATAKAN TERHADAP ORANG- -ORANG YANG GUGUR DI JALAN ALLAH ITU IBAHKAN MEREKA HIDUP TAPI KAMU MENYADA BAQARAH"

Tuesday, May 18, 2021

Doa Qunut Nazilah

Selasa, 6 Syawal 1442H: Qunut Nazilah adalah doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim. Ini berdasarkan kepada satu peristiwa yang pernah berlaku pada sahabat 70 orang sahabat Nabi SAW yang dibunuh di telaga Ma’unah. ketika mereka diutuskan oleh Baginda untuk menyampaikan dakwah. Lalu Nabi membaca qunut dalam solat Subuh selama 30 hari iaitu sebulan. Peristiwa ini direkodkan oleh Anas Bin Malik R.A. Beliau berkata :

 
أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏
 
Maksudnya : “Kabilah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan meminta bantuan Rasulullah SAW untuk menentang musuh. Lalu Baginda memberikan bantuan dengan mengutuskan 70 orang sahabat dari kalangan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai Qurra’ (para qari) di zaman mereka. Mereka mengutip kayu api pada waktu siang hari dan sentiasa menunaikan solat pada waktu malam. Sehinggalah mereka tiba di telaga Ma’unah, kabilah-kabilah tersebut membunuh dan melakukan pengkhianatan terhadap mereka. Berita tersebut sampai kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW melakukan qunut (doa) selama sebulan di mana Baginda berdoa kehancuran ke atas sebahagian kabilah arab di dalam solat subuh. Mereka itu ialah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.”
 
Riwayat Al-Bukhari (4090)
May be an image of one or more people and text

Friday, May 7, 2021

Mengejar Lailatul Qadar

 

Jumaat, 25 Ramadhan 1442H: Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata mengenai malam lailatul qadar, “Demi Allah, aku sungguh mengetahui malam tersebut. Malam tersebut adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kepada kami untuk menghidupkannya dengan shalat malam, yaitu malam ke-27 dari bulan Ramadhan.”

HR. Muslim no. 762.
 May be an image of text that says "Lailatul Qadar "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." Surah al-Qadr, ayat 1-2 Kejarlah lailatul qadar semasa ada kesempatan ini..."

Thursday, May 6, 2021

Bagaimana Melakukan Solat Malam

 

Khamis, 24 Ramadhan 1442H: Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam?

Baginda bersabda: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” 
 
Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
 
May be an image of one or more people and text

Wednesday, May 5, 2021

Banyakkan Amal Di Bulan Ramadhan

 

Rabu, 23 Ramadhan 1442H: Daripada Ibnu Abbas radhiallahanhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
 
Maksudnya: “Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” 
 
(HR Bukhari & Muslim)
 
 May be an image of text that says "¡BARAKAT 6 JANJI ALLAH KEPADA ORANG SELALU BERSEDEKAH 1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah 2. Dapat berteduh di hari kiamat 3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak Dapat Membebaskan- nya dari Siksa Kubur 5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah Menjauhkan Diri dari Api Neraka www.i-barakat.com"

Tuesday, May 4, 2021

Sahur Satu Keberkatan

 

Selasa, 22 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri RA sabda Nabi SAW:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
 
Maksudnya: "Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur.”
 
Riwayat Imam Ahmad (11102) di dalam Musnadnya
 May be an image of text