Monday, September 30, 2019

Keutamaan Solat Berjemaah

Isnin, 1 Safar 1441H: Dari Abdullah r.a., katanya: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah kelak sebagai seorang muslim yang sempurna, maka hendaklah dia selalu solat berjemaah setiap mendengar azan. Kerana Allah telah mengukuhkan hukum-hukum agama kepada Nabi-Nya, di antaranya ialah solat berjemaah itu. 

Andaikata anda solat sendirian di rumah anda, tidak datang ke masjid seperti halnya orang-orang yang tidak datang ini, bererti anda meninggalkan "sunnah nabi" anda. Apabila anda meninggalkan sunnah Nabi, bererti anda sesat. 

Siapa berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia pergi ke salah satu masjid, maka dituliskan Allah baginya untuk setiap langkah yang dilangkahkannya ke masjid itu, pahala satu kebajikan dan diangkat darjatnya satu darjat, serta dihapus daripadanya dosa satu kejahatan. 

Menurut pendapat kami, orang yang tidak suka solat berjemaah ke masjid, ialah orang-orang munafik. Namun begitu, masih ada orang yang pergi solat berjemaah ke masjid, dipapah oleh dua orang lelaki sampai ia ditegakkan dalam saf."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0613.


Friday, September 27, 2019

Hukum Sendawa Di Dalam Solat

Jumaat, 27 Muharam 1440H: Daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:

‎تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏‏ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: "Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat."

Riwayat Al-Tirmizi (2478)

Wednesday, September 25, 2019

Mandi Wajib

Rabu, 25 Muharam 1441H: Daripada Abu Hurairah RA, beliau RA berkata:

أُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَ عُدِّلَتِ الصُّفُوْفُ قِيَامًا فَخَرَجَ إِلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم فَلَمَّا قَامَ فىِ مُصَلاَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ جُنُبٌ فَقَالَ لَنَا: مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَيْنَا وَ رَأْسُهُ يَقْطُرُ فَكَبَّرَ فَصَلَّيْنَا مَعَهُ

Maksudnya: Apabila telah diiqamatkan solat dan saf telah diluruskan, lalu keluarlah Rasulullah SAW kepada kami. Pada ketika Baginda SAW berdiri di tempat solat, Baginda SAW teringat bahawa Baginda SAW berada dalam keadaan berjunub. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami, “Tetaplah di tempat kalian.” 

Kemudian Baginda SAW kembali dan mandi, selepas itu Baginda SAW keluar kepada kami dengan kepala Baginda SAW yang mulia masih menitis air. Lalu Baginda SAW mengangkat takbir dan kami pun bersolat bersamanya.

Hadith riwayat al-Bukhari (275) dan al-Muslim (605)


Tuesday, September 24, 2019

Menghadiri Pengebumian Bukan Islam

Selasa, 24 Muharam 1440H: Berdasarkan kisah kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi ﷺ yang meninggal dunia dan Baginda ﷺ bersabda kepada Ali RA:
 
اذْهَبْ فَوَارِ أَبَاكَ ثُمَّ لاَ تُحْدِثَنَّ شَيْئًا حَتَّى تَأْتِيَنِي

Maksudnya: "Pergilah dan tanamlah ayahmu kemudian jangan kamu lakukan sesuatu sehingga kamu datang menemuiku."

Riwayat Abu Daud (3214) & al-Nasa’ie (2006)

Monday, September 23, 2019

Solat Jamak & Qasar

Isnin, 23 Muharam 1441H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاَةِ فِى سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ فَجَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ قَالَ سَعِيدٌ بِنْ جُبَيْرٍ فَقُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ: مَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

Maksudnya: “Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak."

Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: "Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu?"

Jawabnya: "Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.”

Hadis Riwayat Muslim (705)

Friday, September 20, 2019

Solat Sambil Bersandar

Jumaat, 20 Muharram 1441H: Daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat. Baginda bersabda:

صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”

Riwayat al-Bukhari (1066)

Thursday, September 19, 2019

Hukum Duduk Majlis Yang DiHidang Arak

Khamis, 19 Muharram 1441H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ

Maksudnya: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak."

Riwayat al-Haithami (1/283)

Tuesday, September 17, 2019

Mengikut Imam Sujud Sahwi

Selasa, 17 Muharam 1441H: Daripada Umar R.A, daripada Nabi SAW, sabda Baginda:

لَيْسَ عَلَى مَنْ خَلْفَ الإِمَامِ سَهْوٌ فَإِنْ سَهَا الإِمَامُ فَعَلَيْهِ وَعَلَى مَنْ خَلْفَهُ

Maksudnya: "Tiadalah seseorang yang sembahyang di belakang imam sujud sahwi. Jika sekiranya imam lupa, maka hendaklah imam dan makmum sujud sahwi."

Riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi (2/532) dan al-Daraqutni (1/377)

Friday, September 13, 2019

Mencari Keredhaan Manusia

Jumaat, 13 Muharam 1441H: Daripada Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. 

Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah."

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)


Thursday, September 12, 2019

Terlupa Berwudhu Ketika Solat

Khamis, 12 Muharam 1441H: Rasulullah SAW bersabda:

 إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ

Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna”

Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)

Tuesday, September 10, 2019

Puasa Sunat 10 Muharam

Selasa, 10 Muharam 1441H: Daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏ مَا هَذَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. 

Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”.

Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut."

Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”.

Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

Riwayat al-Bukhari (2004)


Friday, September 6, 2019

Solat Secara Duduk

Jumaat, 6 Muharam 1441H: Nabi SAW bersabda:

من صَلَّى قَائِمًا فهو أَفْضَل ومَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَاعِدِ

Maksudnya: “Sesiapa yang bersolat secara berdiri itulah yang afdhal, dan sesiapa yang bersolat secara duduk dia mendapat separuh pahala solat berdiri dan sesiapa yang bersolat secara mengiring dia mendapat separuh pahala solat duduk.”

Riwayat al-Bukhari (1065)

Thursday, September 5, 2019

Membayar Hutang Arwah

Khamis, 5 Muharam 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

نَفْسُ الْمُؤمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: “Jiwa orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut).”

Riwayat Ibnu Majah (2413), al-Tirmizi (1079) dan al-Baihaqi (6891)

Wednesday, September 4, 2019

Sikap Sombong

Rabu, 4 Muharam 1441H: Dari Abdullah bin Mas’ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan.”

Seorang laki-laki bertanya, “Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus – cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?” 

Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” 

(HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih

Tuesday, September 3, 2019

Rezeki Yang Baik

Selasa, 3 Muharam 1441H: Daripada Abi Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟".

Maksudnya “Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ 

Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’

Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”

Riwayat Muslim (1015)