Wednesday, July 31, 2019

Berdoa Ketika Solat (Sujud)

Rabu, 28 Zulkaedah 1440H: Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

[Hadis Riwayat al-Bukhari (834)]

Friday, July 26, 2019

Miqat Umrah & Haji

Jumaat, 23 Zulkaedah 1440H": Daripada Ibnu Abbas :

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَّتَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ

Maksudnya :”Sesungguhnya Nabi saw telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi Kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. 

Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah.”

Riwayat al-Bukhari (1524)

Wednesday, July 24, 2019

Sempurnakan Rukun Ibadah Umrah

Rabu, 21 Zulkaedah 1440H: Dari 'Amru bin Dinar r.a., katanya: "Kami pernah bertanya kepada Ibnu 'Umar tentang seorang lelaki yang mengerjakan ibadah umrah, lalu dia tawaf di Baitullah tetapi belum saai antara Safa dan Marwah. Bolehkah dia campur dengan isterinya (tahallul"?") 

Jawab Ibnu 'Umar, "Rasulullah saw. mengerjakan 'umrah, mula-mula beliau tawaf di Baitullah tujuh kali; kemudian solat dua rakaat di Maqam Ibrahim, kemudian saai antara Safa dan Marwah tujuh kali." 

Kata Ibnu 'Umar selanjutnya, "Sesungguhnya Rasulullah saw. adalah ikutan yang baik." 

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1205.

Tuesday, July 23, 2019

Haji - Nafar Awal

Selasa, 20 Zulkaedah 1440H: Bukair ibnu Atha' berkata: "Aku telah mendengar Abdur Rahman ibnu Ya'mur Addiliy berkata: "Aku telah menyaksikan Rasulullah saw wuquf di Arafah, tiba-tiba datang padanya seorang lelaki utusan orang-orang Nejed, orang itu bertanya tentang haji.

Jawab beliau: "Haji ialah harus wuquf di Arafah, barangsiapa yang datang di Arafah di malam hari, sebelum waktu subuh tiba, maka ia telah mendapatkan hajinya. Bermalam di Mina itu tiga hari. 

Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya.
Dan barangsiapa yang menanggunhkan (keberangkatannya dari dua hari itu) ,maka tidak ada dosa pula baginya."

Kemudian beliau membocengkan seseorang dan memberitahukan hal itu pada orang-orang".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2905


Monday, July 22, 2019

Hukum Haji Wanita Secara Bersendirian

Isnin, 19 Zulkaedah 1440H: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram”

Hadis Riwayat Bukhari (1088)

Friday, July 19, 2019

Hari & Solat Jumaat

Jumaat, 16 Zulkaedah 1440H: Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. menyesatkan orang-orang yang sebelum kita tentang hari berkumpul (Jumaat, atau hari besar). 

Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad. 

Lalu Allah tunjuki kita, iaitu pada hari Jumaat. Kerana itu terjadilah beturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar), iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Hari kiamat kelak, mereka pun mengikuti kita juga. Kita yang terakhir ke dunia, tetapi kita yang lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang lain-lain." 

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0808.


Thursday, July 18, 2019

Mencukur Atau Menggunting Rambut

Khamis, 15 Zulkaedah 1440H: Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendoa: "Ya, Allah! Kasihanilah kiranya orang-orang yang mencukur rambut kepalanya." 

Lalu kata orang banyak, "Dan orang-orang yang menggunting rambut, ya, Rasulullah!" 

Sabda Nabi, "Ya, Allah! Kasihanilah kiranya orang-orang yang mencukur rambut kepalanya. " 

Kata mereka, "Dan orang-orang yang menggunting rambut, ya, Rasulullah!" 

Sabda Nabi saw., "Dan orang-orang yang menggunting rambut." 

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0875.


Wednesday, July 17, 2019

Hukum Tanah Haram

Rabu, 14 Zulkaedah 1440H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah saw. bersabda: "Mekah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Mekah telah ditaklukkan. 

Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelumku maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat. 

Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya. 

Maka berkata 'Abbas, "Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangunan rumah." 

Maka sabda Nabi saw., "Melainkan izkhir."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1290.

Izkhir – Tumbuhan (rumput) wangi yang digunakan di kuburan dan mewangikan rumah)

Tuesday, July 16, 2019

Pengertian Haji Dan Umrah

Selasa, 13 Zulkaedah 1440: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: 

"(Pahala) satu kali Umrah sampai Umrah (berikutnya, dapat) menghapus dosa yang terjadi antara keduanya. Dan Haji yang mabrur (diterima Allah) tiada balasannya melainkan syurga."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0879

Monday, July 15, 2019

Berselawat Ketika Terlupa

Isnin, 12 Zulkaedah 1440H; Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

[Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

Friday, July 12, 2019

Taubat & Syarat-Syaratnya.

Jumaat, 9 Zulkaedah 1440H: Dari Abi Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda;“Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam setiap harinya.” 

Thursday, July 11, 2019

Zikir Mendaki & Menurun Bukit

Khamis, 8 Zulkaedah 1440H: Diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah:


كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا، وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا‏

Maksudnya: "Adalah kami ketika mendaki telah bertakbir dan jika sedang turun (dari kawasan berbukit) telah bertasbih."

Hadis Riwayat Al-Bukhari (2993)

Wednesday, July 10, 2019

Kelebihan Membaca Al Quran

Rabu, 7 Zulkaedah 1440H: Dari Abdullah Bin Mas’ud. Nabi saw bersabda :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya :” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan.
Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Hadis Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan

Tuesday, July 9, 2019

Tahallul Haji & Umrah

Selasa, 6 Zulkaedah 1440H: Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Ya Allah, rahmatilah orang yang menggunduli kepalanya (dalam haji)."

Sebagian sahabat bertanya, "Bagaimana dengan mereka yang hanya mencukur sebagian rambutnya, ya Rasulallah?" 

Rasulullah SAW menjawab, "Ya Allah, rahmatilah orang yang menggunduli kepalanya (dalam haji)." 

Sebagian sahabat bertanya lagi, "Bagaimana dengan mereka yang hanya mencukur sebagian rambutnya, ya Rasulallah?" 

Rasulullah SAW bersabda, "Ya Allah, rahmatilah orang yang mencukur sebagian rambutnya." 

(Hadis Riwayat Bukhari)

 Image may contain: 1 person, text

Monday, July 8, 2019

Talbiah & Waktunya

Isnin, 5 Zulkaedah 1440H: Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Hadis Riwayat Muslim (1184)

Friday, July 5, 2019

Menyapu Dahli & Muka Selepas Solat

Jumaat, 2 Zulkaedah 1440H: Daripada Abu Said al-Khudri berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya."

Hadis Riwayat al-Bukhari

Thursday, July 4, 2019

Tidur Meniarap

Khamis, 1 Zulkedah 1440H: Daripada Abdullah bin Zain al-Mazini:

رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَلْقِيًا فِي المَسْجِدِ، وَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الأُخْرَى


Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW baring terlentang di dalam masjid, sambil meletak salah satu kakinya atas kaki yang lain (bersilang).

Hadis riwayat Bukhari (475) dan Sahih Muslim (2100)

Wednesday, July 3, 2019

Menyebut Tasmi Sewaktu Bangkit Dari Rukuk

Rabu, 29 Syawal 1440H: Daripada Abu Hurairah RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏.‏ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya: Imam dijadikan untuk diikuti, maka bertakbirlah ketika dia bertakbir, dan rukuk apabila dia rukuk, dan apabila dia menyebut ‘sami’a Allah liman hamidah’, hendaklah kamu menyebut ‘Allahumma Rabbana laka al-Hamd’.

Hadis Riwayat Muslim (417)

Tuesday, July 2, 2019

Doa Selepas Azan & Iqamah

Selasa, 28 Syawal 1440H: Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat."

(Hadis Sahih Bukhari: 614)

Monday, July 1, 2019

Menahan Membuang Hadas Ketika Solat

Isnin, 27 Syawal 1440H :Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ

Maksudnya: "Tidak ada solat ketika hadirnya makanan, dan tidak ada solat juga dalam keadaan seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar."

Hadith Riwayat Muslim (No 560)