Thursday, September 30, 2021

Mencintai Rasulullah Lebih Dari Mencintai Diri Sendiri

 

Khamis, 23 Safar 1443H: Daripada Abdullah bin Hisyam Radiallahuanhu bahawa beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, sementara baginda memegang tangan Umar bin Khatthab Radiallahuanhu, maka Umar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri."

Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: "Tidak, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hinggalah kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri."
 
Umar berkata kepada baginda: "Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
 
Nabi bersabda: "Saat ini wahai Umar (benarlah cinta kamu)".
 
(Riwayat al-Bukhari)
 May be an image of text that says "Bagaimana Kita Mencintai Allah Dan Rasulullah? Jika Anda Mencintai Allah, Ikuti Tuntunan Rasulullah Jauhilah Kesyirikan dan Bid' ah dalam perkara agama Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampun dosa kalian. (QS. Ali Imran: 31). Tidaklah beriman seorang diantara kalian sehingga aku lebih ia cintai dari pada cintanya kepada orang tuanya, anaknya, dan seluruh manusia. (HR Bukhari.) Tauhid Poster"

Wednesday, September 29, 2021

Jangan Mencela Sahabatku

 Rabu, 22 Safar 1443H: Baginda. Nabi SAW bersabda :

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
 
Maksudnya : “Jangan kalian mencela para sahabatku. Jika salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebanyak bukit uhud, ia tidak akan capai segantang infak yang dilakukan oleh para Sahabat. Bahkan tidak sampai separuh pun.”
 
Riwayat Al-Bukhari (3673) & Muslim (6651
 
 May be an image of ‎text that says "‎KESETIAAN DAN KETEGUHAN SAHABAT RASULULLAH عه وستِام وست AI-Midaad bin Aswad mengatakan: "Wahai Rasulullah! Kami tidaklah seperti sahabat nabi Musa yang mengatakan kepada Nabi Musa: Pergilah engkau dan Tuhan engkau berperang, kami akan duduk di sini. Melainkan kami akan mengatakan 'Kemanapun tuan berkehendak, silahkan, kami akan berperang menyertai tuan di sebelah kiri-kanan dan di depan dan di belakang tuan.' AhmadiyahID‎"‎

Tuesday, September 28, 2021

Dunia Atau Akhirat Menjadi Niat Utamanya

 

Selasa, 21 Safar 1443H: Dari Zayd  bin Tsabit (Seorang Sahabat Nabi S.A.W), beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya.

Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.”
 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 
 May be an image of text

Monday, September 27, 2021

Jika Allah SWT Mencintai Seseorang

 

Isnin, 20 Safar 1443H: Dari Abu Hurairah ra berkata, "Bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala jika mencintai seseorang, maka Allah akan memanggil Jibril , '(wahai Jibril) Sesungguhnya Allah mencintai fulan maka cintailah dia, sehingga Jibril pun mencintainya.

Kemudian Jibril memanggil seluruh penghuni langit seraya berseru, 'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia, maka penghuni langit pun mencintainya, sehingga orang tersebut diterima oleh penduduk bumi." 
 
(HR. Al-Bukhari)
 
 May be an image of one or more people and text that says "Rasa Seronok Melakukan Ibadah Sabda Rasulullah " Sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat seseorang, dia akan menyucikan hati hamba tersebut sebelum kematiannya. Lalu sahabat bertanya: Bagaimana Allah menyucikan hati tersebut? Sabda Rasulullah: Dengan mengilhamkan baginya (rasa seronok) untuk melakukan amal soleh sehingga dia meninggal. " (Hadis riwayat al-T abrani) Dr. Ahmad Sanusi azmi UNIVERSITI SAINS SLAM MALAYSIA f"

Friday, September 24, 2021

Kelebihan Hari Jumaat

 

Jumaat, 17 Safar 1443H: Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. 
 
Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagi mana dia tidak meminta sesuatu yang haram. 
 
Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”
 
[Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Melebihkan Ibadah Hari Jumaat Rasulullah SAW menyifatkan hari jumaat sebagai hari yang paling baik dalam seminggu. Dengan itu sebahagian ulama memberikan fokus untuk lebih beribadah pada hari Jumaat. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: للعبادة فيه يُتفرغ أنْ يُستحب الذي اليوم إنه " Hari Jumaat adalah hari yang diharuskan buat kita untuk menyendiri dalam memfokuskan masa untuk beribadah. (lbn al-Qayyim Zad al-Ma'd) DR. AHMAD SANUSI AZMI MAJLIS ULAMA ISMA DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI isma DR AHMAD SANUSI‎"‎‎

Thursday, September 23, 2021

Syurga Untuk Orang Yang Berjihad

 

Khamis, 16 Safar 1443H: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang berjihad pada jalan-Nya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 May be an image of ‎text that says "‎Daripada Ali RA berkata: Berkata Rasulullah SAW: Sesungguhnya di Syurga ada bilik-bilik, luarnya terlihat dari dalam & dalamnya terlihat dari luar. Seorang Badui menghampiri baginda, lalu bertanya: Itu untuk siapa, wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Bagi yang baik ucapannya, memberi makan, sentiasa b rpuasa, solat malam untuk Allah saat orang lai n tidur. [HR. Tirmidzi No.2450] TUUT لنلز 翻 Kata #AAM: Marilah beramal dengan panduan hadis ini nampak mudah je nak dapat syurga. Semoga Allah jadikan kita semuanya dari kalangan ahlinya. Halaqah DR ABU ANASMADANI JAKARTA 10/7/2018 AHU SYURGA URGA YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN 553029619714 BANKISLAM 03072010136461‎"‎

Wednesday, September 22, 2021

Mukmin Yang Paling Bijak

 Rabu, 15 Safar 1443H: 1.Dari Abu Hurairah ra. pula, berkata: Rasulullah Shalla Allahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Perbanyaklah kalian mengingat kepada sesuatu yang melenyapkan semua kelezatan, yaitu maut.”

(HR. Tirmidzi)
 
2.Dari Ibnu Umar bahwa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang laki-laki Anshar kepada beliau, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" 
 
Beliau menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya."
 
Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" 
 
Beliau menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak." 
 
(HR. Ibnu Majah) [No. 4259 Maktabatul Maarif Riyadh] Hasan.
 
 May be an image of one or more people and text that says "Kematian Adalah Sebuah Peringatan Û Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan amalan kamu. Perhatikan bagaimana Allah mengaitkan kematian dengan amalan kebajikan yang kita lakukan. la mengingatkan kepada kita apakah amalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kehidupan di hari akhirat kelak. DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE f DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI"

Tuesday, September 21, 2021

Diampun Dosa Sebanyak Buih di Lautan

 

Selasa, 14 Safar 1443H: Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Abu Zar al-Ghifari bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya mendapat pahala yang banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Mereka mempunyai harta yang lebih yang mereka boleh bersedekah dengannya sedangkan kami tidak mempunyai harta untuk kami bersedekah dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang boleh menyamakan darjatmu dengan orang-orang yang sudah mendahuluimu dan orang-orang yang datang sesudah kamu tidak akan dapat menyamaimu kecuali sesiapa yang beramal seperti amalan engkau?”
 
Abu Zar berkata: “Tentu ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, bertasbih (Subhanallah) 33 kali dan kamu mengkhatamkannya dengan “laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah lahul mulku wa lahul hamduwa huwa ‘ala kulli syai’in qodir” maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” 
 
(Riwayat Abu Dawud)
 May be an image of text that says "CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN RUAS JARI Kaedah Mengira Tasbih dengan Jari Tangan...sat pusingan tepat 33 kali 26 20 28 Abdullah bin 'Amr berkata: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jari menggunakan tangan kanannya." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi (4/255), ia menghasankannya.) www.dartaibah.com SELAMAT BERAMAL~~ ~~ ۸^ Remy2015 facebook.com/AbuAnasMadani, abuanasmadani.blogspot.com"

Monday, September 20, 2021

Amalan Yang Tertolak

Isnin, 13 Safar 1443H: Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak."

 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
 
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak."
 
( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab (الصلح آتاب) bab (جور صلح على اصطلحوا إذا باب) nombor 2550. (nombor 1718 (باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور) bab (آتاب الأقضية) Al-Imam Muslim dalam kitab
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Adakah Amalan Kita Diterima? Firman Allah ناْمُنَقِينَ اللَهُ إِنَّيتَقَبَلُ " Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertaqwa (Surah al-Maidah: 27) " Amalan yang datang daripada jiwa yang bertakwa, suci dan ikhlas kerana Allah sahaja yang akan diterima di sisi Allah. Bukan amalan yang datang dengan sifat menunjuk dan tidak ikhlas. " DR. AHMAD SANUSI AZMI MAJLIS ULAMA ISMA DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI isma DR AHMAD SANUSI‎"‎‎

Tuesday, September 14, 2021

Kasih Sayang Allah Melebihi KemurkaanNya

 

Selasa, 6 Safar 1443H: Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa Salam bersabda: "Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahwa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku."

(Hadits Riwayat al-Bukhari)
 May be an image of ‎text that says "‎SUBURKAN KASIH SAYANG KERANA ALLAH Orang yang BERKASIHSAYANG kerana ALLAH, Orang yang saling BERZIARAH kerana ALLAH, Orang yang saling BERBELANJA kerana ALLAH, Orang yang saling BERSAHABAT kerana ALLAH, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-KU (HADIS RIWAYAT AHMAD) MUSAFIR m/s 303 Petikan Buku Musafir Menuju ALLAH #KaryaBestari #MusafMenujuAllah #LoveAllah Hatagah 3 حلقاة DR ABU ANASPIADANI YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN Maybank 553029619714 BANKCISLAM 03072010136461‎"‎

Monday, September 13, 2021

Dunia Ini Hanya Pinjaman

 

Isnin, 5 Safar 1443H: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﺑْﻦُ ﺁﺩَﻡَ ﻣَﺎﻟِﻰ ﻣَﺎﻟِﻰ – ﻗَﺎﻝَ – ﻭَﻫَﻞْ ﻟَﻚَ ﻳَﺎ ﺍﺑْﻦَ ﺁﺩَﻡَ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﻟِﻚَ ﺇِﻻَّ ﻣَﺎ ﺃَﻛَﻠْﺖَ ﻓَﺄَﻓْﻨَﻴْﺖَ ﺃَﻭْ ﻟَﺒِﺴْﺖَ ﻓَﺄَﺑْﻠَﻴْﺖَ ﺃَﻭْ ﺗَﺼَﺪَّﻗْﺖَ ﻓَﺄَﻣْﻀَﻴْﺖَ
 
“Manusia berkata, “Hartaku-hartaku.” Beliau bersabda, “Wahai manusia, apakah benar engkau memiliki harta? Bukankah yang engkau makan akan lenyap begitu saja? Bukankah pakaian yang engkau kenakan juga akan usang? Bukankah yang engkau sedekahkan akan berlalu begitu saja? ” 
 
(HR. Muslim no. 2958)
 
Riwayat yang lain,
 
ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﻣَﺎﻟِﻰ ﻣَﺎﻟِﻰ ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﻟَﻪُ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﻟِﻪِ ﺛَﻼَﺙٌ ﻣَﺎ ﺃَﻛَﻞَ ﻓَﺄَﻓْﻨَﻰ ﺃَﻭْ ﻟَﺒِﺲَ ﻓَﺄَﺑْﻠَﻰ ﺃَﻭْ ﺃَﻋْﻄَﻰ ﻓَﺎﻗْﺘَﻨَﻰ ﻭَﻣَﺎ ﺳِﻮَﻯ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻬُﻮَ ﺫَﺍﻫِﺐٌ ﻭَﺗَﺎﺭِﻛُﻪُ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ
 
“Hamba berkata, “Harta-hartaku.” Bukankah hartanya itu hanyalah tiga: yang ia makan dan akan sirna, yang ia kenakan dan akan usang, yang ia beri yang sebenarnya harta yang ia kumpulkan. Harta selain itu akan sirna dan diberi pada orang-orang yang ia tinggalkan ”.
 
(HR. Muslim no. 2959)
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎DUNIA HANYA PINJAMAN! tbnu Mas'ud r.a Berkata: فالضيف ،عارية، وماله ضيف إلا الدنيا أحدفي أصبح ما والعارية مرتحل، Hidup kamu di dunia ini bagai seorang tetamu, hartamu hanyalah pinjaman. Tetamu akan pergi, pinjaman mesti dipulangkan". Luddah as-sobirin, 1861 群園 Kata #AAM: Demikianlah hidup kita, maka bersedialah untuk berangkat pergi dengan bekalan (amal) yang cukup dan uruslah harta agar kekal menjadi hak kita sepanjang masa, (walaupun selepas kematian) dengan WAQAF infaq fi sabilillah. Halaqah ملقاة DRABU ANASMADANI YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN Maybank 553029619714 BANKISLAM 03072010136461 DANTAIRAH‎"‎‎

Friday, September 10, 2021

Sambungan Silaturrahim

 

Jumaat, 3 Safar 1443h: 1.Dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Anas bin Malik bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa ingin lapangkan pintu rizqi untuknya dan dipanjangkan umurnya hendaknya ia menyambung tali silaturahmi."

(HR. Bukhari) [Shahih No.5986 Versi Fathul Bari].
 
2.Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam beliau bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia menyambung tali silaturrahmi, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia berkata baik atau diam." 
 
(HR. Bukhari) [Shahih No.6138 versi Fathul Bari]
 
 May be an image of text

Thursday, September 9, 2021

Selemah-Lemah Iman

 

Khamis, 2 Safar 1443H: Daripada abu Sa’id al Khudri R.A berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
 
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. 
 
Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. 
 
Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya.
 
Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.”
 
[Riwayat Muslim (78)]
 
 May be an image of text

Wednesday, September 8, 2021

Belitan Syaitan Ketika Tidur

Rabu, 1 Safar 1443H: Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian ketika dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu syaitan akan mengatakan:
 
Malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak. Jika dia bangun dan berzikir mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. 
 
Kemudian jika ia berwuduk maka lepas lagi satu ikatan berikutnya. 
 
Kemudian jika ia mendirikan solat, lepaslah ikatan terakhir. 
 
Di pagi harinya dia akan bersemangat dan segar yang mententeramkan jiwa. 
 
Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya jadi kotor (merasa tidak segar) dan menjadi malas “. 
 
(HR Bukhari, no: 1074) Status: Hadis Sahih.
 

 May be an image of text

Tuesday, September 7, 2021

Perbanyakkan Solat Sunat Di Rumah

 

Rabu, 29 Muharram 1443H: Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” 
 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 
 May be an image of text that says "MUFTI PERL Perlis. Berzikir isnad SUNNAH MEMPERBANYAKKAN SOLAT SUNAT DI RUMAH DARIPADA JABIR RA BAHAWA RASULULLAH SAW TELAH BERSABDA: "APABILA SESEORANG KAMU TELAH MENUNAIKAN SOLAT (FARDHU) DI MASJID, MAKA HENDAKLAH JUGA DIA JADIKAN RUMAHNYA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA SOLATNYA, MAKA ALLAH AKAN MENGURNIAKAN KEBAIKAN DALAM RUMAHNYA MELALUI SOLAT TERSEBUT". (RIWAYAT MUSLIM) 田田"

Monday, September 6, 2021

Mendoakan Sesama Muslim

 

Isnin, 28 Muharram 1443H: Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
 
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. 
 
[Riwayat Muslim (4914)]
 May be an image of one or more people, monument and text

Friday, September 3, 2021

Tiga Ikatan Syaitan Ketika Tidur

 

Jumaat, 25 Muharram 1443H: Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian ketika dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu syaitan akan mengatakan:

Malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak. Jika dia bangun dan berzikir mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. 
 
Kemudian jika ia berwuduk maka lepas lagi satu ikatan berikutnya. 
 
Kemudian jika ia mendirikan solat, lepaslah ikatan terakhir. 
 
Di pagi harinya dia akan bersemangat dan segar yang mententeramkan jiwa. 
 
Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya jadi kotor (merasa tidak segar) dan menjadi malas “. 
 
(HR Bukhari, no: 1074) Status: Hadis Sahih.
 May be an image of text
 

Thursday, September 2, 2021

Amalan Yang Disukai Allah

 

Khamis, 24 Muharram 1443H: Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 May be an image of ‎text that says "‎Golongan Muhsinin al-Quran menjelaskan bahawa Allah mencintai golongan Muhsinin. Perkataan muhsin diambil dari lafaz Ihsan yang membawa maksud bersungguh menyempurnakan kebaikan. Firman Allah: ١١٥ الْمُحْسِنِينَ اللّهَيحِبُ " dan baikilah (sempurnakan segala usaha) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah menyayangi orang yang berusaha menyempurnakan amalannya. (Surah al-Baarah: 195) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA UnevErsm SANSBRAMALAYSIA‎"‎

Wednesday, September 1, 2021

Ramai Wanita Menjadi Penghuni Neraka

 

Rabu, 23 Muharram 1443H: Nabi SAW bahawa Baginda pernah bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ‏‏.‏ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ‏.‏ قَالَ ‏ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ ‏‏.‏ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِيَ مَا تُصَلِّي وَتُفْطِرُ فِي رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ
 
Maksudnya: "Wahai sekalian wanita, banyakkanlah bersedeqah dan istighfar, kerana aku melihat wanita banyak yang menjadi penghuni neraka."
 
Seorang wanita yang bijak berkata: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” 
 
Nabi SAW menjawab “Kerana kalian banyak berkata yang buruk dan tidak berterima kasih kepada suami kalian. Aku juga melihat kalian kurang dari sudut dan agama, tapi pada sama aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki yang berakal dibandingkan kalian."
 
Wanita itu bertanya lagi “Apa maksud kurang sudut aqal dan agama itu?” 
 
Nabi menjawab “Kurang dari sudut aqal boleh dilihat dari sudut kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki, manakala kurang dari sudut agama ialah ada hari-hari tertentu kalian tidak solat dan berpuasa”.
 
Sahih al-Bukhari (304), Sahih Muslim (79) dan Sunan Ibn Majah (4003
 
 May be an image of text