Thursday, December 26, 2019

Doa Hujan

Khamis, 29 Rabiulakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Umm Al-Mu’minin ‘Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W apabila hujan turun baginda membaca :

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia sebagai hujan yang bermanfaat.
Riwayat Al-Nasa’ie (1523)

Manakala apabila hujan telah selesai turun, kita disunatkan untuk membaca :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
Maksudnya : Kami telah diturunkan hujan dengan kelebihan dan rahmat dari Allah.
 Riwayat Muslim (71)

Tuesday, December 24, 2019

Membaca Ayat Yang Berulang Dalam Solat

Selasa, 27 Rabiulakhir 1441H: Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. 

Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” 

Mereka pun bertanya kepada Sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.”

Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.”

Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)

Thursday, December 19, 2019

Jauhi Sikap Suka Berbohong

Khamis, 22 Rabiulakhir 1441H: Abdullah Ibn Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke Neraka.
Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.

Hadith riwayat al-Bukhari: 6094

Wednesday, December 18, 2019

DiCabut Ilmu Dengan Mewafatkan Ulama

Rabu, 21 Rabiulakhir 1441H: Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. 

(HR Bukhari No: 98) Status: Sahih


Tuesday, December 17, 2019

Mencukur Bulu Kaki

Selasa, 20 Rabiulakhir 1441H: Daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: "Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah."

Hadis Riwayat Muslim (2125)


Thursday, December 12, 2019

Menjawab Azan

Khamis, 13 Rabiulakhir 1441H: Diriwayatkan daripada Jabir bin 'Abdillah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ 
حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 
Maksudnya: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ ، وَالْفَضِيلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
"Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad SAW wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan),"'

Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.

Riwayat al-Bukhari (514), Abu Daud (529) dan Ibn Majah (722)


Wednesday, December 11, 2019

Azab Neraka

Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka.

Kemudian dikatakan kepada mereka, “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasakan kesenangan dalam hidupmu?” 

Mereka berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan.” 

Lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia dan dicelupkan sekali ke dalam syurga.

Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu melihat kesusahan dalam hidupmu? Adakah kamu merasakan keburukan?” 

Mereka menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, aku tidak merasakan keburukan dan kesusahan.”

Hadis Riwayat Muslim

Tuesday, December 10, 2019

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Selasa, 13 Rabiulakhir 1441. Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” 

Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.

Riwayat al-Bukhari (7507)

Monday, December 9, 2019

Hasad Yang DiBenarkan

Isnin, 12 Rabiulakhir 1441H: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya."

Sahih al-Bukhari (73)

Thursday, November 28, 2019

Haiwan Yang Harus DiBunuh

Khamis, 24 Rabiulawal 1440H Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: "Allah SWT telah menetapkan ihsan pada setiap perkara. Sekiranya kamu membunuh maka perelokkanlah bunuhan tersebut. Sekiranya kamu menyembelih haiwan maka perelokkanlah sembelihan tersebut dan setiap dari kalian perlu menajamkan pisau dan berikan kerehatan pada sembelihan (bagi mengurangkan kesakitan)."

Riwayat Muslim (1955)

Monday, November 25, 2019

Solat Keadaan Mengantuk

Isnin, 28 Rabiulawal 1441H: Daripada Aisyah R.Anha, Rasullah SAW bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لاَ يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ

Maksudnya: "'Apabila salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga hilang rasa mengantuk, kerana ketika salah seorang dari kalian solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu samada dia sedang meminta ampun daripada Allah SWT atau sedang mencela dirinya sendiri."

Sahih al-Bukhari (212), Sahih Muslim (786), Sunan Abi Dawud (1310), Sunan Tirmizi (355), Al-Muwatto’ Imam Malik (7/3)

Friday, November 22, 2019

Balasan Kebaikan

Jumaat, 25 Rabiulawal 1441H: Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Matan hadith :
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
]صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893[

Pengajaran Hadith :
1.Antara keutamaan dakwah ke jalan Allah SWT ialah menunjukkan kebaikan kepada orang lain sama ada untuk kebaikan di dunia atau di akhirat dan pelakunya akan mendapat ganjaran pahala.
2.Amalan menunjukkan kepada kebaikan merupakan amalan yang boleh dirasai oleh orang lain dan lebih besar manfaatnya berbanding amalan yang manfaatnya hanya terbatas untuk diri sendiri.
3.Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar daripada Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-Nya.

Thursday, November 21, 2019

Bila Membaca Qunut Nazilah

Khamis, 24 Rabiulawal 1441H: Daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

Maksudnya: "Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. 

Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran).
Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. 

Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan."

Hadis Riwayat al-Bukhari (4090)

Wednesday, November 20, 2019

Syak Niat, Semasa Solat

Rabu,23 Rabiulawal 1441H: Daripada Umar bin al-Khattab R.A katanya, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ".

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. 

Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)

Tuesday, November 19, 2019

Ziarah Kerana Allah

Selasa, 22 Rabiulawal 1441H: Daripada Nabi SAW menyebut :

أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى ، فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ ، عَلَى مَدْرَجَتِهِ ، مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ ، قَالَ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قَالَ : أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ ، قَالَ : هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا ؟ قَالَ : لاَ ، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللهِ إِلَيْكَ ، بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Maksudnya : Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju.

Apabila lelaki itu sudah mendekat malaikat itu bertanya : "Ke manakah engkau mahu pergi?"

Jawab lelaki itu : "Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini."'

Malaikat berkata : "Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepada?."

Lelaki itu berkata : "Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah Azza Wa Jalla."

Malaikat itu berkata : "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantara kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.”

Hadis Riwayat Muslim (6714)

Monday, November 18, 2019

Dosa Fitnah

Isnin, 21 Rabiulawal 1441H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya.

Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." 

Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan." 

Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong.

Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?" 

Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0149.

Friday, November 15, 2019

Cara Keluar Dari Solat Berjemaah

Jumaat, 17 Rabiulawal 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ

Maksudnya:" Allah SWT tidak menerima solat mereka yang berhadas sehingga dia berwudhu".

(Hadis riwayat Imam Bukahari, No. 6954)


Thursday, November 14, 2019

Kelebihan Sahabat Rasulullah SAW

Khamis, 17 Rabiulawal 1441H: Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ، ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ، وَلاَ نَصِيفَهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu menghina sahabatku, sekiranya salah seorang daripada kamu menginfaqkan emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu cupak (pahala) seorang pun daripada mereka dan tidak juga separuh daripadanya.”

[Riwayat al-Bukhari (3673)]

Wednesday, November 13, 2019

Bacaan Makmum Mengganggu Jemaah

Rabu, 16 Rabiulawal 1441H: Berita dari Abu Hurairah La. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. 

Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak." 

Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjemaah)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0374.

Tuesday, November 12, 2019

Runtuhnya Ka'bah?

Selasa, 15 Rabiulawal 1441H: Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَأَنِّي بِهِ أَسْوَدَ أَفْحَجَ، يَقْلَعُهَا حَجَرًا حَجَرًا

Maksudnya: “Seakan-akan aku melihatnya seorang yang berkulit hitam dan jauh jarak di antara dua kakinya yang menanggalkan satu per satu batu daripada Ka’abah.” 

[Riwayat al-Bukhari (1595)]

Monday, November 11, 2019

Beza Sertu Dan Samak

Isnin, 14 Rabiulawal 1441H: Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Riwayat Muslim (279)

Friday, November 8, 2019

Solat Jamak Qasar Di Pejabat

Jumaat, 17 Rabiulawal 1441H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاَةِ فِى سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ فَجَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ قَالَ سَعِيدٌ بِنْ جُبَيْرٍ فَقُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ: مَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

Maksudnya: “Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak.

Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: "Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu?"

Jawabnya:"Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.”

Riwayat Muslim (705)

Thursday, November 7, 2019

Gerhana Bukti Kekuasaan Allah

Khamis, 10 Rabiulawal 1441H: Dari Abu Musa RA yang mana beliau berkata:

خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ ‏"‏ إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ‏"‏ ‏.‏

Maksudnya: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid. 

Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat Baginda lakukan di dalam solat. 

Kemudian Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang. Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya.

Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.

Hadis Riwayat Muslim (912)


Wednesday, November 6, 2019

Mengumandangkan Azan

Rabu, 9 Rabiulawal 1441H: Daripada sabda Rasulullah ﷺ : “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 5, 2019

Pembahagian Harta Pusaka

Selasa, 8 Rabiulawal 1441H: Nabi ﷺ bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا ، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)

Monday, November 4, 2019

Ibu Kamu,Ibu Kamu & Bapa Kamu

Isnin, 7 Rabiulawal 1441H:  Daripada Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. 

Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Hadis Riwayat Muslim (2548)

Thursday, October 31, 2019

Apa itu Istidraj?

Khamis, 3 Rabiulawal 1441H: Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ

Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”

Hadis Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4220) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110)