Friday, July 30, 2021

Malas Berselawat Tanda Kebakhilan

 

Jumaat, 21 Zulhijjah 1442H: Abu Hurairah ra berkata,Rasulullah SAW telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.”

[ HR At-Tirmizi-3440 ]
 
Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.”
 
[Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]
 May be an image of one or more people and headscarf

Thursday, July 29, 2021

Cinta Dunia & Cinta Akhirat

 

Khamis, 19 Zulhijjah 1442H: Dari Zain bin Tsabit (Seorang Sahabat Nabi S.A.W), beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya.

Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.”
 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 May be an image of ‎text that says "‎KITA HARTA DUNIA :ثَلاث ،مالِي مالِي العَبْدُ "يقولُ النبي عن هريرة أبي لِلنَّاسِ" وتارِكُهُ ،ذاهِبٌ فَهو ذلكَ سِوَى وما فافْتَنَى أغطى فأبلَى Hurairah meriwayatkan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang manusia berkata, Hartaku, hartaku. Padahal tidak ada harta baginya apa yang makan sehingga habis, apa yang pakai hingga lusuh, iasedekahkan dan mendapatkan pahalanya. Adapun semua yang selain daripada itu akan hilang dan akan ditinggalkan menjadi milik orang lain.' Muslim] Kita atas hanya meninggalkan dunia ini dahulu, hilang serta bencana Maka untuk bekalan yang jadikan akhirat yang kekal abadi, ulhijjah 1442H 22-7-2021 Abu YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN Drbasitpsd 553029619714 03072010136461‎"‎

Wednesday, July 28, 2021

Pendusta

 

Rabu, 18 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
 
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.
 
[Riwayat Muslim (4482)
 May be an image of text

Tuesday, July 27, 2021

Sekiranya Allah Menginginkan Kebaikan

 

Selasa, 17 Zulhijjah 1441H: Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
 
Maksudnya: "Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal."
 
Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
 
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142
 May be an image of text

Monday, July 26, 2021

Berbicara Tanpa Disedari Syurga Atau Neraka?

 

Isnin, 16 Zulhijjah 1442H: Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
 
Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredhaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. 
 
Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” 
 
(Hadis Riwayat Bukhari)
 
 May be an image of text

Friday, July 23, 2021

Korban Rasulullah SAW

 

Jumaat, 13 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا
 
Maksudnya: "Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya."
 
Hadith riwayat Muslim: (1218)
 May be an image of text

Thursday, July 22, 2021

Hari Menetap Di Mina

 

Khamis, 12 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda,

أَعْظَمَ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ
 
Maknanya : ''Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban,kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan Zulhijjah.''
 
Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra
 
 May be an image of text that says "KENAPA DISEBUT HARI TASYRIK? Imam Nawawi rahimahullah berkata: Disebut tasyrik karena tasyrik itu berarti mendendeng atau menjemur daging kurban di terik matahari. [Syarh Shahih Muslim, 8: 18] Maksudnya adalah menjemur daging kurban di terik matahari, karena di masa silam tidak ada pendingin atau freezer seperti saat ini. Yang ada, supaya daging itu awet, daging tersebut dijemur atau didendeng."

Wednesday, July 21, 2021

Hari Makan & Minum

 

Rabu, 11 Zulhijjah 1442H: Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
 
Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”
 
Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad
 
* Hari Arafah - bagi yg menunaikan Ibadat Haji selain drp itu digalakkan berpuasa pada Hari Arafah.
 
 May be an image of one or more people and text

Friday, July 16, 2021

Menjual Kulit Hewan Qurban

 

Jumaat, 6 Zulhijjah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menjual kulit hewan qurbannya maka qurbannya tidak diterima.”

(HR. Hakim & Baihaqi; Hadis ini dishahihkan oleh Al Bani)
 
*Manakala golongan faqir dibolehkan untuk menjual daging yang diberikan kepadanya.
 May be an image of text that says "KEBAIKAN DARI SETIAP HELAI BULU HEWAN QURBAN Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: "Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?" Rasulullah meniawab: "Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim." Mereka menjawab: "Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?" Rasulullah menjawab: "Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan. Mereka menjawab: "Kalau bulu-bulunya? Rasulullah menjawab: "Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan." [HR. Ahmad dan ibn Majah] @lmizakat_"

Wednesday, July 14, 2021

Bersihkan Jiwa Dengan Berkorban

 

Rabu, 4 Zulhijjah 1442H: Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
 
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
 
[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
 May be an image of text that says "Meraih taqwa melalui ibadah Qurban Menyembelih qurban adalah suatu ibadah yang mulia dan bentuk pendekatan diri pada Allah, bahkan seringkali ibadah qurban digandengkan dengan ibadah shalat. Allah Ta'ala berfirman, "Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berqurbanlah." (QS. Al Kautsar: 2) Web konsultasi: Pesantren:"

Tuesday, July 13, 2021

Keistimewaan 10 Awal Zulhijjah

 

Selasa, 3 Zulhijjah 1442H: Daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
 
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."
 
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?
 
"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
 
Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
 May be an image of one or more people, people standing and text

Monday, July 12, 2021

Ibadat Qurban - Larangan Memotong Kuku Dan Rambut.

Isnin, 2 Zulhijjah 1442H: Daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban."
 
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
 May be an image of text

Friday, July 9, 2021

Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat

 

Jumaat, 28 Zulkaedah 1442H: Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali).Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." 

 Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. 
 
Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."
 
(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
 
 May be an image of text that says "Jom Perbanyakkan Selawat Perbanyakkan ah berselawat ke atasku pada setiap Hari Jumaat Sesungguhnya selawat dibaca oleh umatku akan dibentangkan kpdku pada setiapHari Jumaat Barangsiapa yg paling byk berselawat ke atasku maka dia akan berada paling hampir dgnku (di dalamsyurga) (HRALBAHAQ HADIS HASANJ HAHMISA FEC-O AEL A.L.C"

Thursday, July 8, 2021

Siapakah Manusia Terbaik?

Khamis, 27 Zulkaedah 1442H: 
1)Daripada Abi Bakrah RA berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?

Rasulullah SAW menjawab:
مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
Maksudnya: “Siapa yang usianya dan baik amalannya.” 
 
[Riwayat al-Tirmizi (2330)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
 
2)Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” 
 
[Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
 May be an image of tree and text

Wednesday, July 7, 2021

Kuasa Menyebabkan Penyesalan

Rabu, 26 Zulkaedah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. 

 
Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat)."
 
(Sahih al-Bukhari, no: 7148)
 May be an image of text

Tuesday, July 6, 2021

Wasiat Rasulullah Kepada Abu Dzar

Selasa, 25 Zulkaedah 1442H: Dari Abu Dzar RA , ia menceritakan, "Aku pernah berkata pada Rasulullah SAW , 'Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat! Rasulullah SAW bersabda, 'Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Ta'ala, karena takwa adalah akar dari setiap urusan."

 
Aku berkata lagi, 'Wahai Rasulullah , tambahkan wasiat untukku!' Rasulullah pun bersabda: "Hendaklah engkau membaca Al-Qur'an , karena sesungguhnya Al-Qur'an itu Nur (cahaya) bagimu di muka bumi dan bekal yang disimpan di langit". 
 
(HR. Ibnu Habban)
 No photo description available.

Monday, July 5, 2021

Manusia Yang Terbaik

Isnin, 24 Zulkaedah 1442H: *Daripada Abi Bakrah RA berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?"

 Rasulullah SAW menjawab:
مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
Maksudnya: “Siapa yang usianya dan baik amalannya.”
 
[Riwayat al-Tirmizi (2330)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
 
 
*Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.”
 
[Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
 May be an image of tree and text