Friday, December 30, 2016

Kisah Putera Abu Thalhah

Jumaat, 30 Rabiulawal 1438H: Dari Anas r.a., katanya: "Putera Abu Thalhah sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia; sedangkan Abu Thalhah tidak di rumah ketika itu. Setelah isteri Abu Thalhah tahu bahawa puteranya telah meninggal dunia, maka dipindahkannya mayat anaknya itu ke tepi, kemudian disiapkannya makanan (untuk suaminya yang tidak lama lagi akan pulang).

Ketika Abu Thalhah telah datang, ia bertanya, "Bagaimana halnya sakit anak kita?" 

Isterinya mula-mula diam saja. Kemudian ia menjawab, "Saya harapkan mudah-mudahan ia senang." 

Abu Thalhah mengira bahawa isterinya berkata sebenarnya, lalu ia pergi tidur. Paginya, sesudah ia mandi dan akan berangkat, barulah isterinya memberi tahukan bahawa puteranya telah meninggal dunia. Maka disolatkannya mayat anaknya itu bersama-sama dengan Rasulullah saw. dan diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya tentang kematian anaknya itu. Rasulullah bersabda kepadanya, "Semoga Allah swt. memberi berkah kepada anda berdua pada malam itu."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, December 9, 2016

Apabila Kejahatan Bermaharajalela

Jumaat, 9 Rabiulawal 1438

Balasan Syurga

Jumaat, 9 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Masa dari satu umrah ke umrah berikutnya adalah masa Penghapusan dosa.

Dan ganjaran haji yang mabrur tiada lain hanya syurga."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 8, 2016

Bersihkanlah Harum-Harumanmu

Khamis, 8 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Ya'la r.a., katanya ia pernah mengatakan kepada Umar: 

"Ceritakanlah kepada saya keadaan Nabi saw. ketika wahyu turun kepada beliau."

Kata Umar, "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. dan para sahabat berada di Jikranah, datang seorang laki-laki kepada beliau dan berkata: "Hai, Rasulullah! Bagaimana pendapat Tuan tentang orang yang ihram untuk umrah, padahal dia memakai harum-haruman?"

Nabi diam seketika, dan ketika itu wahyu turun. Umar memberi isyarat kepada Yaala, lalu ia datang dekat. Lalu Rasulullah saw. diselubungi dengan kain dan memasukkan kepalanya ke dalam selubung itu. Kelihatan muka Rasulullah saw. merah dan beliau seperti mendengkur.

Setelah wahyu selesai turun beliau bersabda: "Mana orang yang bertanyakan tentang Umrah"

Laki-laki yang bertanya tadi dihadapkan kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Bersihkanlah harum-harumanmu itu sampai tiga kali dan bukalah bajumu, dan kerjakanlah umrah sebagai mengerjakan haji."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, December 7, 2016

Umrah & Haji Rasulullah

Rabu, 7 Rabiulawal 1438H: Dari Qatadah r.a., katanya dia bertanya kepada Anas: "Berapa kali Nabi saw. mengerjakan 'Umrah?"

Jawabnya, "Empat kali: 'Umrah Hudaibiyah, iaitu bulan Dzul Qaidah ketika beliau dihalangi kaum musyrik; 'Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzul Qa-idah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka; dan Umrah Ji'ranah. iaitu ketika membahagi rampasan, yang menurut dugaanku rampasan Hunain."

Tanya ku, "Berapa kali beliau mengerjakan Haji?"

Jawabnya, "Satu kali."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, December 6, 2016

Ikhlas Kerana Allah

Selasa, 6 Rabiulawal 1438H: Dari 'Itban bin Malik r.a., iaitu seorang sahabat Nabi saw. dari golongan Ansar yang turut dalam peperangan Badar, dia datang kepada Nabi saw. lalu berkata: "Ya, Rasulullah! Aku sudah buta. Sedangkan aku menjadi imam solat bagi wargaku. Apabila hari hujan, air mengalir di lembah antara rumahku dengan rumah-rumah mereka, sehingga aku tak dapat datang ke masjid mengimami mereka solat berjemaah. Kerana itu aku mengharapkan semoga anda sudi datang ke rumahku, lalu di sana anda solat di tempat ku solat dan kemudian menjadikannya Mushalla."

Jawab Rasulullah saw. "Baiklah! Insya Allah aku akan datang."

Besok, ketika hari telah agak siang, Rasulullah saw. dan Abu Bakar Siddiq datang. Beliau minta izin masuk. Lalu ku persilakan. Tanpa duduk lebih dahulu beliau langsung menanyakan. "Di manakah anda sukai aku solat di rumah mu ini?"

Aku menunjuk ke salah satu pujok rumah. Rasulullah berdiri di sana lalu beliau takbir. Kami berdiri di belakang beliau, mengikuti beliau solat dua rakaat. Kemudian memberi salam. Sesudah itu kami jamu beliau dengan hidangan sup daging yang telah kami sediakan untuk beliau. Penduduk kampung berkumpul semuanya ke rumah ku.

Seorang di antaranya bertanya, "Mana Malik bin Dukhsyun?"

Yang lain menjawab, "Dia itu munafik! Dia tidak suka kepada Allah dan Rasul-Nya."

Maka bersabda Rasulullah saw., "Jangan berkata begitu terhadapnya. Bukankah anda telah menyaksikannya mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" dengan ikhlas kerana Allah?"

Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu."

Kami mendapat kesan, bahawa Rasulullah saw. mengarahkan nasihatnya itu kepada orang-orang munafik. Sabda beliau, "Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka bagi orang-orang yang telah mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" dengan ikhlas kerana Allah. "

Hadis Sahih Muslim

Monday, December 5, 2016

Kecuali Hutang

Isnin, 5 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Qatadah r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. berdiri di hadapan para sahabat, lalu bersabda: "Sesungguhnya Jihad fi sabilillah serta iman kepada Allah, adalah amal yang paling utama." 

Maka berdiri seorang lelaki seraya bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" 

Jawab Rasulullah saw., "Hapus, jika engkau mati, sedangkan engkau seorang yang sabar dan ikhlas kerana Allah, engkau mati kerana maju bertempur tidak kerana lari dari pertempuran," 

Kemudian beliau bertanya, "Apa tanyamu tadi? 

Maka diulangnya pertanyaannya, "Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" 

Jawab Rasulullah, "Ya, hapus, jika engkau seorang pejuang yang sabar, ikhlas kerana Allah semata-mata, mati kerana maju bertempur, tidak kerana lari dari pertempuran. Kecuali yang tidak hapus ialah hutang. Begitulah kata Jibril kepada ku."

Hadis Sahih Muslim

Friday, December 2, 2016

Kentut!

Jumaat, 2 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Apabila kamu merasa ada angin dalam perutmu, kemudian kamu ragu apakah angin itu keluar atau tidak, maka janganlah keluar dari masjid sebelum jelas terdengar suara (kentut) atau mencium bau."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 1, 2016

Dilemparkan Ke Neraka

Khamis, 1 Rabiulawal  1438H: Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya dia ditanya orang: "Mengapa Anda tidak menghadap kepada Usman supaya Anda dapat berbicara dengannya?"

Jawab Usamah, "Apakah kamu mengira bahawa aku tidak berani berbicara dengannya kecuali bila kamu dengar?

Demi Allah, aku telah berbicara empat mata dengannya tanpa menyebut-nyebut perkara yang tidak ku sukai, iaitu supaya aku sebagai orang pertama yang memulainya, dan aku tidak pernah berkata kepada seseorang bahawa dia sebagai Amir (penguasa). Sesungguhnya dia adalah orang yang terbaik. Iaitu setelah aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Kelak di hari kiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keldai memutar kilangan.

Maka berkumpul dekatnya penduduk neraka, lalu mereka bertanya, "Hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan yang makruf (baik) dan mencegah yang mungkar?"

Jawabnya, "Ada! Aku menyuruh yang makruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melanggarnya."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, November 30, 2016

Kalaulah Manusia Tahu

Rabu, 30 Safar 1438H: Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.

Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 
1. Orang mati kena tikam.
2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?) 
3. Orang mati tenggelam. 
4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh). 
5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah).

Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya.

Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya.

Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, November 29, 2016

Sebaik-Baik Harta

Selasa, 29 Safar 1438H: Abu Sa'id r.a. menceritakan: "Pada suatu hari Nabi saw. duduk di mimbar dan kami duduk di kelilingnya. Beliau bersabda: "Sesungguhnya apa yang aku khuatirkan terhadap mu sepeninggal ku, ialah berkembangnya semarak dunia dan kemewahannya."

Seseorang bertanya, "Apakah kebaikan membawa kejahatan?"

Nabi saw. diam. Kemudian seseorang berkata kepada laki-laki itu, "Apa yang salah dengan pertanyaanmu, sehingga Nabi sampai tak menjawab?"

Menurut hemat kami, wahyu sedang turun kepada beliau ketika itu. Kata Abu Said, sesudah beliau menyapu keringat lalu beliau bersabda: "Siapa yang bertanya?" Seolah-olah beliau berterima kasih kepada orang itu.

Sabdanya, "Sesungguhnya bukanlah kebaikan yang membawa kejahatan. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di musim hujan, membunuh atau hampir membunuh selain ternak yang memakan rumput hijau. Apabila perutnya kenyang lalu dia memandang ke atas terus menceret terkencing dan makan pula.

Harta itu hijau dan manis. Sebaik-baik harta kepunyaan seorang Muslim ialah yang diberikannya kepada orang miskin, anak yatim dan orang dalam perjalanan."

Selanjutnya beliau bersabda: "Siapa yang mengambil harta itu tanpa suatu hak, sama dengan orang makan, tetapi tidak merasa kenyang. Dan harta itu akan menjadi saksi baginya di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, November 28, 2016

Balasan Bunuh Diri

Isnin, 28 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; 

an siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; 

dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya."

Hadis Sahih Muslim 

Friday, November 25, 2016

Orang Mukmin Minum Dengan Satu Perut

Jumaat, 25 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah saw. kedatangan seorang tetamu orang kafir. Rasulullah saw. menyuruh perah susu seekor kambing untuk sang tetamu lalu diminum habis oleh tetamu tersebut. 

Kemudian beliau suruh perah susu seekor lagi lalu diminumnya habis pula. 

Kemudian disuruhnya perah susu seekor lagi habis pula diminumnya sehingga akhirnya dia meminum habis susu tujuh ekor kambing. 

Esok pagi dia masuk Islam. Rasulullah memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing untuknya. Susu itu diminumnya habis. 

Kemudian disuruh Nabi supaya diperah susu seekor lagi lalu diberikan pula kepadanya tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya. 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang kafir minum dengan tujuh perut."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, November 23, 2016

Beri Ia Madu

Rabu, 23 Safar 1438H: Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut."

Rasul menjawab: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" 

Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan."

Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" 

Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.

Hadis Sahih Bukhari

Monday, November 21, 2016

Imam Untuk Di Ikuti

Isnin, 21 Safar 1438H: Dari 'Aisyah La., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit. Kerana itu para sahabat berdatangan menjenguk beliau. Beliau solat sambil duduk, dan para sahabat solat mengikut beliau sambiI berdiri. 

Lalu Rasulullah memberi isyarat supaya mereka duduk, maka duduklah mereka semuanya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Apabila imam' itu rukuk, rukuk pulalah kamu sekalian. Apabila imam itu bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam itu solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu semuanya."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, November 16, 2016

Hendaklah Solat Apabila Ingat

Rabu, 16 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. kembali dari perang Khaibar, beliau berjalan tengah malam, sehingga beliau mengantuk, lalu beliau berhenti dan rehat untuk tidur. 

Beliau bersabda kepada Bilal, "Bangunkan kami bila waktu Subuh tiba."

Sementara itu Bilal solat seberapa dapat dilakukannya, sedangkan Nabi saw. dan sahabat-sahabat yang lain tidur. Ketika fajar hampir terbit, Bilal bersandar ke kenderaannya menunggu fajar terbit. Tetapi dia sangat mengantuk dan tertidur ketika sedang bersandar itu, sehingga dia tidak dapat membangunkan Rasulullah saw. dan para sahabat yang lain, sampai sinar matahari mengenai mereka. Yang mula-mula terbangun ialah Rasulullah saw. 

Ketika beliau terbangun, beliau bertanya, "Mana Bilal?"

Jawab Bilal, "Demi Allah! Aku tertidur, ya Rasulullah."

Sabda Rasulullah saw., "Bersiaplah semua!" 

Lalu mereka siapkan kenderaan mereka. Kemudian Rasulullah saw. mengambil wuduk dan menyuruh Bilal qamat. Setelah Bilal qamat, Nabi saw. mengimami mereka solat Subuh.

Setelah selesai solat, beliau bersabda: "Siapa yang lupa solat, maka hendaklah dia solat apabila ingat." 

Sesungguhnya Allah berfirman: "Tegakkanlah solat untuk mengingat-Ku."

Hadis Sahih Mslim

Friday, November 11, 2016

Berdiri Bersama Imam

Jumaat, 11 Safar 1438H

Friday, November 4, 2016

Mandi Junub

Jumaat, 4 Safar 1438H: Aisyah r.a., isteri Nabi saw. menceritakan: "Apabila Nabi saw. mandi junub, beliau mulai dengan mencuci kedua belah tangannya. 

Sesudah itu beliau berwuduk seperti wuduk untuk solat. 

Kemudian dimasukkannya anak jarinya ke dalam air dan digosok-gosoknya pangkal rambut kepalanya. 

Kemudian disiramkannya air tiga sauk dengan kedua belah tangannya ke kepalanya dan sesudah itu disiramnya seluruh tubuhnya."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, October 31, 2016

Bagai Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Isnin, 30 Muharram 1438H: Dari Abu Musa ra., dari Nabi saw. sabdanya: "Perumpamaan agama yang aku diutus Allah 'Azza wa lalla dengannya iaitu berupa petunjuk dan ilmu. ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi. 

Di antaranya ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air maka tumbuhlah padang rumput yang subur. 

Di antaranya pula ada yang jatuh ke tanah keras sehingga air tergenang kerananya. Lalu air itu dimanfaatkan orang banyak untuk minum, menyiram kebun dan berternak. 

Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. 

Seperti itulah perumpamaan orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat daripadanya, belajar dan mengajarkan, dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima petunjuk Allah yang aku diutus dengannya."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, October 27, 2016

Berwuduk Dengan Air Dari Ujung Jari Rasulullah saw

Khamis, 26 Muharam 1438H: Anas bin Malik r.a. bercerita: "Saya melihat Rasulullah saw. dan ketika itu waktu Asar telah tiba. Orang banyak mencari air untuk berwuduk, tetapi mereka tidak memperolehnya. 

Tiba-tiba ada seseorang membawakan air untuk Rasulullah saw. berwuduk.Rasulullah meletakkan tangannya ke dalam bejana tempat air itu, dan menyuruh orang semuanya berwuduk dari situ.

Kata Anas, "Saya lihat air keluar dari ujung-ujung jari beliau, sehingga semua orang dapat berwuduk dengan air itu."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, October 26, 2016

Air Terbit Dari Jari-Jari Nabi

Rabu, 23 Muharam 1438H: Dari Anas r.a. katanya: "Nabi saw. pernah menyuruh orang membawakan bejana berisi air kepadanya. Maka dibawakan orang sebuah kendi, berisi air sedikit. Lalu Nabi memasukkan jari beliau ke dalam air itu." 

Kata Anas (selanjutnya), "Saya melihat air terbit dari jari-jari beliau." 

Kata Anas (lagi), "Saya taksir, ada kira-kira tujuh atau lapan puluh orang berwuduk dengan air itu."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, October 25, 2016

Turunnya Ayat Tayammum

Selasa, 24 Muharam 1438H: Berita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., katanya: "Kami pergi bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Ketika sampai di Baidak, atau Dzatul Jisy, kalungku putus. Rasulullah saw. berhenti mencari kalungku itu dan rombongan pun berhenti pula bersama beliau. Di tempat itu tidak ada air. 

Beberapa orang datang kepada Abu Bakar mengatakan, "Tidakkah anda lihat apa yang diperbuat 'Aisyah? Dia memaksa Rasulullah saw. dan rombongan berhenti di tempat yang tidak berair, padahal mereka tidak pula membawa air."

Maka datanglah Abu Bakar (ayah 'Aisyah) kepada 'Aisyah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang tidur dengan kepala beliau terletak di atas paha 'Aisyah Kata Abu Bakar, " Engkau menahan Rasulullah saw. dan rombongan di tempat yang tidak berair padahal mereka tidak membawa air."

Kata 'Aisyah, "Aku dimarahi oleh ayahku (Abu Bakar), dan berbagailah ucapannya kepada ku, sehingga ditusuknya pinggangku dengan tangannya, tapi untunglah aku tidak bergerak kerana Rasulullah saw. sedang tidur di pahaku."

Rasulullah saw. bangun tatkala hari telah pagi dan justru air tidak ada. Maka diturunkan Allah ayat tayammum ("Kalau kamu tidak memperoleh air, tayammumlah kamu dengan tanah yang bersih, sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu" - Al Maidah : 6). Lalu mereka tayammum.

Berkata Usaid bin Hudair, "Bukankah itu keberkatan mu yang pertama, hai keluarga Abu Bakar?"

Kata 'Aisyah pula, " Setelah itu ku suruh berdiri unta tunggangan ku, maka jumpa kalungku di bawahnya."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, October 24, 2016

Memancar Air Di Kolam Hudaibiyah

Isnin, 23 Muharam 1438H: Dari Bara', r.a. katanya: Kamu memandang kemenangan itu waktu menaklukkan Mekah. Memang menaklukkan Mekah itu suatu kemenangan. Kami memandang kemenangan itu ialah baiah Ridwan pada hari peperangan Hudaibiyah.

Kami bersama Nabi s.a.w. seribu empat ratus orang. Hudaibiyah itu suatu kolam, lalu kami ambil airnya dan tidak kami tinggalkan setitis pun di dalamnya.

Maka sampailah berita demikian pada Nabi s.a.w., lalu beliau datang ke kolam itu, terus beliau duduk di pinggirnya. Dan beliau meminta satu bejana air, lalu beliau berwuduk dan berkumur-kumur sambil memohonkan doa. Lalu beliau curahkan air itu ke dalam kolam tadi.

Kemudian dalam kolam itu memancar air yang dipenuhi berapa saja keperluan kami dan binatang kenderaan kami.

Hadis Sahih Bukhari

Friday, October 21, 2016

Ummul Quran (Fatihah)

Jumaat, 20 Muharam 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). 

Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?" 

Jawabnya, "Bacalah perlahan-lahan! 

Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Allah Ta'ala berfirman: "Solat itu Ku bagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan 'Alhamdu lillahi rabhil 'alamin', maka Allah Ta'ala menjawab, 'Hamadani 'abdi' (Hamba Ku memujiKu). 

Apabila dia mengucapkan 'Arrahmanirrahim' (yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Atsna 'alayya 'abdi' (HambaKu menyanjung Ku). 

Apabila dia mengucapkan 'Maliki yawmiddin' (Maha Penguasa hari kemudian), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Majjadani 'abdi' (HambaKu mengagungkanKu), atau 'Fawwadha ilayya 'abdi. (HambaKu berserah diri kepada Ku)

Apabila dia mengucapkan 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasla'in' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong), maka Allah ta'ala menjawab, 'Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagianKu dan bahagian HambaKu, Untuk hamba-Ku apa yang dimintanya)

Apabila dia mengucapkan 'Ihdinash shirathal mustaqim, shirathalladzina an 'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladhdhaallin' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat), maka jawab Allah ta'ala, 'Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hambaKu, untuknya apa yang dimintanya).

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, October 20, 2016

Surat Al Fatihah & Surat Al Baqarah (ayat:284-286)

Khamis, 19 Muharam 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Jibril sedang duduk di samping Nabi saw., tiba-tiba kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata : "Nah! Inilah pintu langit dibukakan hari ini, di mana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru hari ini." 

Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril, "Inilah malaikat turun ke bumi, di mana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru hari ini." 

Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembirakanlah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturunkan kepada mu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu: surat Al Fatihah dan ayat-ayat penutup surat Al Baqarah (ayat: 284 - 286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari keduanya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, October 19, 2016

Surah AlFatihah

Rabu, 18 Muharam 1438H: Dari Abu Sa'id AI Khuuri ra. katanya: "Beberapa orang sahabat melakukan perjalanan jauh dan berhenti untuk istirehat pada salah satu perkampungan 'Arab, lalu mereka minta dijamu oleh penduduk kampung itu. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka. 

Penduduk bertanya kepada para sahabat, "Adakah di antara Tuan-tuan yang pandai mentera? Ketua kampung kami digigit serangga." 

Menjawab seorang sahabat, "Ya, ada! 

Kemudian dia mendatangi ketua kampung itu dan mementerainya dengan membacakan surah Al-Fatihah. Maka, ketua kampung itu pun sembuh. Kemudian sahabat itu diberi upah lebih kurang tiga puluh ekor kambing. Tetapi dia enggan menerima seraya mengatakan, "Tunggu! Aku akan Menanyakannya lebih dahulu kepada Nabi saw., apakah aku boleh menerimanya." 

Lalu dia datang kepada Nabi saw. menanyakan hal itu, katanya, "Ya, Rasulullah! Demi Allah, aku telah mementerai seseorang dengan membacakan surat Al Fatihah." 

Beliau tersenyum mendengar cerita sahabatnya dan bertanya, "Bagaimana engkau tahu Al-Fatihah itu mentera?" 

Kemudian sabda beliau pula "Terimalah pemberian mereka itu dan masukkan sahamku bersama-sama denganmu."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, October 18, 2016

Solat Rasulullah SAW

Selasa, 17 Muharam 1438H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memulai solat beliau dengan takbir. Sesudah itu beliau baca surat Al Fatihah. 

Apabila beliau rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). 

Apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau tidak sujud sebelum dia berdiri lurus lebih dahulu. 

Apabila beliau mengangkat kepala dari sujud (pertama), beliau tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. 

Tiap-tiap selesai dua rakaat, beliau membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Beliau melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. 

Dan beliau menyudahi solat dengan membaca salam."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, October 17, 2016

Bacaan Dalam Solat

Isnin, 16 Muharam 1438H: Dari 'Atha' r.a., katanya Abu Hurairah berujar: "Dalam setiap solat, Rasulullah saw. selalu membaca bacaan (ayat). Kerana itu, bacaan yang dinyaringkannya kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya kami perlahankan pula kepada mu."

Lalu seorang lelaki bertanya, "Bagaimana kalau tidak ku tambah lagi bacaanku selain membaca Al Fatihah?"

Jawabnya, "Jika anda tambah lebih baik, jika tidak, maka Al Fatihah sudah cukup."

Hadis Sahih Muslim

Friday, October 14, 2016

Solat Witir

Jumaat, 13 Muharam 1438H: Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang takut tidak terbangun di akhir malam, maka solat witirlah di awalnya. 

Tetapi siapa yang penuh harapannya akan terbangun tengah malam, sebaiknyalah dia witir di akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan para malaikat, dan itulah yang lebih baik."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, October 13, 2016

Bayi Pertama Lahir Dalam Islam

Khamis, 12 Muharam 1438H: Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: 

"Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Mekah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. 

Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. 

Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, October 12, 2016

Waktu Sihat & Lapang

Rabu, 11 Muharam 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu: waktu sihat dan waktu lapang."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, September 30, 2016

Matahari Dan Bulan

Jumaat, 28 Zulhijjah 1437H: Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. 

Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. 

Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat rakaat yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada rakaat yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan.

Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendoalah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah."

Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hambaNya yang berzina, atau ummatNya yang berzina."

"Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, September 29, 2016

Tangan Yang Di Atas

Khamis, 27 Zulhijjah 1437H: Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya ketika Rasullullah saw. sedang di atas mimbar, beliau menerangkan perihal sedekah. 'iffah dari perihal minta-minta. 

Sabda beliau, "Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas iaitu tangan yang memberi dan tangan yang di bawah iaitu tangan yang meminta."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 28, 2016

Sedekah Yang Terbaik

Rabu, 26 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: 

"Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung-jawabmu!"

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, September 27, 2016

Apabila Kejahatan Bermaharajalela

Selasa, 25 Zulhijjah 1437H:

Bersedekah Atas Nama Yang Telah Meninggal

Selasa, 25 Zulhijjah 1437H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Rauh bin 'Ubadah memberitahukan kepada kami, Zakariyya bin Ishaq memberitahukan kepada kami dimana ia berkata:

" 'Amr bin Dinar menceritakan kepadaku (yang berasal) dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya ada seseorang bertanya: "Wahai RasuluUah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia apakah ada gunanya bila saya bersedekah untuk atas namanya?"

Beliau menjawab: "Ya, ada"
.
Orang itu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai sebidang kebun maka saya persaksikan kepada engkau bahawasanya saya mensedekahkannya untuk atas nama ibuku."

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan. Dalam masalah ini para ulamak mempunyai pendapat, dimana mereka berkata; "Tidak ada sesuatu yang bisa sampai kepada orang yang telah meninggal dunia kecuali sedekah dan doa."

Sebahagian ulama' meriwayatkan hadis ini dari 'Amr bin Dinar dari 'Ikrimah dari Nabi s.a.w. secara mursal.

Hadis Sunan At-Termizi

Friday, September 23, 2016

Kelebihan Sedekah

Jumaat, 21 Zulhijjah 1437H: Uqbah bin Mukram Al-Buhri menceritakan kepada kami, 'Abdullah bin Muu Al-Khazzaz memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Yunus bin 'Ubaid dari Al-Haun dari Anas bin Malik dimana ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh sedekah itu dapat menghilangkan amarah Tuhan dan dapat menolak (cara) mati yang buruk." la (Abu 'Ita) berkata: "
Dari riwayat ini, hadis tersebut adalah hadis gharib".
Hadis Sunan At Termizi

Hisab

Jumaat, 21 Zulhijjah 1437H:

Thursday, September 22, 2016

Panggilan Kafir

Khamis, 20 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Dzar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: 
"Siapa yang mendakwa orang lain sebagai bapanya, padahal dia tahu bahawa itu bukan bapanya, maka dia itu kafir.

Dan siapa yang mendakwa sesuatu yang bukan miliknya, maka orang itu tidak termasuk golongan kita (muslim); maka tempatnya ialah di neraka.

Dan siapa yang memanggil seseorang dengan panggilan "kafir" atau "musuh Allah", padahal orang yang dipanggilnya itu bukan demikian, maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, September 21, 2016

Sedekah Baginya

Rabu, 19 Zulhijjah 1437H: Dari Jabir r.a.,katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. masuk ke kebun Ummu Mubasysyir Al Anshari. Maka bertanya Nabi saw. kepadanya, "Siapa yang menanam pohon kurma ini, orang Islam atau kafir?" 

Jawab Ummu Mubasysyir, "Orang Islam!" 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Tidak seorang pun orang muslim yang bercucuk-tanam atau bertani, kemudian hasil tanamannya itu dimakan orang atau binatang, nescaya semuanya itu menjadi sedekah baginya."

Hadis Sahih Muslim

Allah Melihat Hati Dan Amalan Kamu

Rabu, 19 Zulhijjah 1437

Monday, September 19, 2016

Bukan Umatku

Isnin, 17 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang tidak mematuhi Imam dan memencil dari jemaah, lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. 

Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik kesukuan(kebangsaan), dia bukanlah umat ku. 

Dan siapa keluar dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku."

Hadis Sahih Muslim

Friday, September 9, 2016

Puasa Sunat Hari Arafah

Jumaat, 6 Zulhijjah 1437H:

Thursday, September 8, 2016

Al Maidah,3

Khamis, 6 Zulhijjah 1437H: Dari Tariq bin Syihab r.a.: Beberapa orang Yahudi berkata: "Kalau sekiranya ayat ini diturunkan kepada kami, tentu kami jadikan hari itu suatu hari raya". 

Umar bertanya: "Apakah ayat itu?" 

Jawab mereka: "Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu. dan Aku senang Islam menjadi agamamu". (Al Maidah, 3) 

Kata Umar: "Saya tahu di tempat mana ayat itu turun. Ayat itu turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang wuquf di Arafah "

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 7, 2016

Tuesday, September 6, 2016

Haji Itu Adalah Arafah

Selasa, 4 Zulhijjah 1437H: Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id dan 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami di mana keduanya berkata: "Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Bukair bin 'Atha' dari 'Abdur Rahman bin Ya'mar "bahawasanya orang-orang dari penduduk Najd mendatangi Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda berada di 'Arafah, kemudian mereka bertanya kepada baginda, baginda lantas menyuruh seorang penyeru untuk menyerukan:
"Haji itu adalah 'Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam 'Arafah sebelum fajar terbit maka ia telah mendapatkan haji.
Hari-hari Mina itu adalah tiga hari, barangsiapa yang bersegera (meninggalkannya) dalam dua hari maka ia tidak mendapatkan dosa; dan barangsiapa yang mengakhirkan (sampai tiga hari) maka ia tidak mendapatkan dosa".
Muhammad berkata: "Yahya memberi tambahan: "Dan baginda menyusulkan seseorang kemudian ia berseru dengan kalimat tersebut."
Hadis Sunan At-Termizi

Monday, September 5, 2016

Kesempurnaan Haiwan Kurban

Isnin, 3 Zulhijjah 1437H: Dari Syuraih ibnu Nu'man dari Ali ra berkata: 

"Rasulullah saw menyuruh kami supaya memperhatikan mata dan telinga ternak korban yang hendak disembelih untuk kurban, dan beliau melarang kami menyembelih ternak korban yang terputus telinganya, terputus hujung telinganya, terputus anggota badan lainnya atau yang lubang telinganya cacat."

Hadis Sunan An-Nasai

Friday, September 2, 2016

Dilarang Mengambil Upah Kurban

Jumaat, 1 Zulhijjah 1437H: Dari 'Ali r.a., katanya: 

"Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri."

Hadis Sahih Muslim .

Jangan Membuang Bulu & Kuku

Jumaat, 1 Zulhijjah 1437H

Thursday, September 1, 2016

Kelebihan Beramal 10 Hari Awal Zulhijjah

Khamis, 29 Zulkaedah 1437H

Berniat Nazar Kurban

Khamis, 29 Zulkaedah 1437H: Mewartakan kepada kami Hatim bin Bakr Adh-Dhabbiy, yaitu Abu 'Amr, mewartakan kepada kami Muhammad bin Bakr Al-Bursaniy. Dan mewartakan kepada kami Muhammad bin Sa'id bin Yazid bin Ibrahim, mewartakan kepada kami Qutaibah dan Yahya bin Katsir, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Syu'bah, dari Malik bin Anas, dari 'Amr bin Muslim, dari Sa'id bin Al Musayyab, dari Ummu Salamah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 

"Barangsiapa di antara kamu sekalian melihat hilal bulan Dzul Hijjah, kemudian bemiat nazar kurban, maka kerana itu dia tidak boleh mendekati rambut/bulu, dan tidak boleh mendekati kukunya sama sekali".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3.

Tuesday, August 30, 2016

Kesempurnaan Bintang Kurban

Selasa, 27 Zulkaedah 1437H: Dari Hujayyah ibnu 'Ady ia berkata: Aku mendengar Ali ra berkata: 

"Rasulullah saw telah menyuruh kami memperhatikan kesempurnaan mata dan telinga ternak kurban."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4222.

Monday, August 29, 2016

Sembelihan Korban Selepas Solat 'Id

Isnin, 26 Zulkaedah 1437H: Dari Al Bara' r.a. katanya: "Pakcikku Abu Burdah menyembelih korbannya sebelum solat hari raya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Itu hanya kambing untuk daging makanan (bukan kurban)."

Jawab Pakcik, "Ya, Rasulullah! Kambingku hanya tinggal seekor kambing muda."

Sabda Nabi saw., "(Kali ini) engkau boleh berkorban dengan itu, tetapi tidak mencukupi bagi yang lain-lain."

Kemudian beliau melanjutkan sabdanya "Siapa menyembelih korban sebelum solat 'Id, dia hanya menyembelih untuk dirinya sendiri (tidak menyembelih kurban), dan siapa menyembelih sesudah solat 'Id maka sempurnalah ibadatnya dan dia telah melaksanakan sunnah kaum muslimin dengan tepat."

Hadis Sahih Muslim

Friday, August 26, 2016

Anging Menjilat Muntahnya

Jumaat, 23 Zulkaedah 1437H: Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya:"Aku pernah menghibahkan (menyumbangkan) seekor kuda bagus kepada seorang prajurit yang berjuang fi sabilillah, tetapi disia-siakan oleh prajurit itu. Aku menduga, mungkin dia mahu menjualnya kembali dengan harga murah.
Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah aku boleh membelinya kembali?"
Sabda beliau, "Jangan engkau beli, dan jangan engkau ungkit-ungkit kembali sedekah yang telah engkau berikan. Siapa yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."
Hadis Sahih Muslim

Thursday, August 25, 2016

Doa Tolak Bala Rasulullah saw

Khamis, 22 Zulkaedah 1437H

Mengambil Kembali Sedekah

Khamis, 22 Zulkaedah 1437H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda:
"Perumpamaan orang yang mengambil sedekah (pemberian)nya kembali, tak ubahnya seperti anjing muntah, kemudian di makannya kembali muntahnya itu."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, August 24, 2016

Pertanyaan Abu Dzar

Rabu, 21 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?" 

Jawab beliau: "Iman dengan Allah dan jihad di jalanNya." 

Tanya ku, "Budak yang bagaimanakah yang paling utama?" 

Jawab Rasulullah saw., "Yang disenangi majikannya, dan yang paling mahal harganya." 

Tanya ku, "Jika aku tidak sanggup?" 

Jawab Rasulullah saw., "Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tak sanggup menyelesaikannya." 

Tanya ku, "Bagaimana pendapat Anda, jika aku tak sanggup melakukan sesuatu?" 

Jawab Nabi saw., "Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk diri mu sendiri."

Hadis Sahih Muslim .

Tuesday, August 23, 2016

Jangan Menunggu

Selasa, 20 Zulkaedah 1437H

Hati Yang Bersih

Selasa, 20 Zulkaedah 1437H: Dari Mu'awiyah r.a., katanya: "Hindarilah hadis-hadis palsu, kecuali hadis-hadis pada masa Umar bin Khaththab. Sesungguhnya Umar sangat ditakuti orang mengenai hukum-hukum Allah, apalagi mengenai hadis-hadis palsu, (kerana tindakannya tegas). Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : 

"Siapa yang dikehendaki Allah menjadi (orang) baik, maka diberi-Nya orang itu pengetahuan yang dalam tentang agama." 

Dan aku mendengar pula Rasulullah saw. bersabda: "Aku ini adalah seorang bendahara. Maka siapa yang kuberi (sedekah) dan diterimanya dengan hati bersih, maka dia akan beroleh berkat dari harta itu. Tetapi siapa yang kuberi kerana meminta-minta dan rakus, maka dia seperti orang makan yang tak pernah kenyang."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, August 22, 2016

Ganjaran Kebaikan

Isnin, 19 Zulkaedah 1437H

Sedekahlah Ala Kadarnya

Isnin, 19 Zulkaedah 1437H: Dari Asma' binti Abu Bakar Siddiq r.a., katanya dia mendatangi Nabi saw., lalu dia bertanya: 

"Ya, Nabi Allah! Aku tidak punya apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepada ku (untuk belanja rumah tangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?" 

Jawab Nabi saw., "Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu, dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepada mu, dan akan kikir kepada mu."

Hadis Sahih Muslim .

Friday, August 19, 2016

Berkat Kebajikan

Jumaat, 16 Zulkaedah 1437H: Hakim bin Hizam r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:
"Bagaimanakah pendapat Anda tentang perbuatan-perbuatan baik yang pernah ku lakukan pada masa Jahiliyah, seperti sedekah, memerdekakan budak dan menghubungkan silaturrahim, apakah semuanya itu mendapat pahala atau tidak?"
Jawab Rasulullah saw., "Anda masuk Islam berkat kebajikan-kebajikan yang telah Anda lakukan sebelumnya."
Hadis Sahih Muslim

Thursday, August 18, 2016

Suasana Di Padang Masyhar

Khamis, 18 Zulkaedah 1437H

Tempayan Berisi Emas

Khamis, 15 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang laki-laki membeli sebidang tanah dan menemukan sebuah tempayan yang berisi emas dalam tanah itu.
Katanya kepada si penjual: "Ambillah emasmu, kerana hanya tanah yang saya beli dari engkau dan saya tiada membeli emas".
Kata yang punya tanah: "Tanah itu serta isinya telah saya jual kepada engkau".
Keduanya lalu meminta putusan kepada seseorang."
Kata orang itu: "Adakah kamu berdua mempunyai anak?"
Seorang di antara mereka berkata: "Ya, saya mempunyai anak laki-laki".
Kata yang seorang lagi: "Ya, saya mempunyai anak perempuan".
Kata hakim tadi: "Kahwinkanlah anak perempuan itu dengan anak laki-laki ini dan belanjailah keduanya dari harta itu dan bersedekahlah.".

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, August 17, 2016

Perbuatan Yang Baik

Rabu, 17 Zulkaedah 1437H

Sedekah Kewajiban Setiap Orang Islam

Rabu, 14 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Musa al-'Aysaari r.a katanya: Nabi saw berkata: "Setiap orang Islam berkewajiban untuk bersedekah."
Para sahabat bertanya: "Kalau tidak ada apa-apa?"
Rasul menjawab: "Ia berusaha dengan kedua tangannya, lalu ia mendapat manfaat bagi dirinya dan ia bersedekah."
Mereka bertanya: "Kalau ia tidak sanggup, atau tidak melakukannya?"
Rasul menjawab: "Ia membantu orang yang menderita dan memerlukan bantuan."
Mereka bertanya: "Kalau tidak lakukannya?"
Rasul menjawab: "Ia menyuruh melakukan kebaikan."
Mereka bertanya: "Kalau ia tidak melakukannya?"
Beliau menjawab: "Ia menahan diri untuk tidak melakukan kejahatan. Itu bererti sedekah baginya."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, August 16, 2016

Bacalah AlQuran

Selasa, 13 Zulkaedah 1437H

Sedekah Atau Hadiah

Selasa, 13 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu:
"Apakah hadiah atau sedekah?" 
Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya.
Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama."
Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 12, 2016

Bersedekahlah Kamu Segera!

Jumaat, 9 Zulkaedah 1437H: Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : 

"Bersedekahlah kamu segera! Kerana dikhuatirkan akan terjadi kelak, seorang lelaki pergi ke mana-mana membawa sedekahnya, tetapi dijawab oleh orang yang hendak diberinya sedekah, "Kalaulah kelmarin engkau datang, aku terima sedekahmu. Sekarang aku tidak perlu lagi kepada sedekahmu itu. Akhirnya orang itu benar-benar tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu."

Hadis Sahih Muslim 

Kaedah Dalam Pergaulan

Jumaat, 9 Zulkaedah 1437H

Thursday, August 11, 2016

Jangan Hina Pemberi Sedekah

Khamis, 8 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu.

Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riak semata-mata."

Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat:, "(Orang-orang munafik, yaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih. " (At-Taubah : 79).

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, August 10, 2016

Berbuat Kezaliman

Rabu, 7 Zulkaedah 1437H

Friday, August 5, 2016

Sedekah Yang Terbaik

Jumaat, 2 Zulkaedah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: 

"Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung-jawabmu!"

Hadis Sahih Bukhari

Bacalah Al Quran

Jumaat, 2 Zulkaedah 1437H

Thursday, August 4, 2016

Sedekah Yang Besar Pahalanya

Khamis, 1 Zulkedah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: 

"Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?" 

Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."

Hadis Sahih Muslim 

Setiap Amalan Akan DiHisab


Wednesday, August 3, 2016

Sama Nilainya Dengan Solat Dhuaa

Rabu, 29 Syawal 1437H: Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: 

"Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

Hadis Sahih Muslim 

Adab Sebelum Tidur

Rabu, 29 Syawal 1437H

Tuesday, August 2, 2016

Setiap Anggota Bersedekah

Selasa, 28 Syawal 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. 

Iaitu, seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. 

Menolong orang naik kenderaan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun sedekah. 

Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. 

Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat, sedekah. 

Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah."

Hadis Sahih Muslim

Monday, August 1, 2016

Kemanisan Iman

Isnin, 27 Syawal 1437H


Friday, July 29, 2016

Dua Golongan Penduduk Neraka

Jumaat, 24 Syawal 1437H

Friday, July 22, 2016

Kelebihan Sedekah

Jumaat, 17 Syawal 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang laki-laki berkata: "Saya akan bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang banyak memperkatakan, "Ada pula orang bersedekah kepada pencuri." Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." 

Lalu ia keluar membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur. Orang banyak memperkatakan, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur." Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." 

Ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang banyak memperkatakan pula, "Rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga." Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita lacur dan kepada orang kaya." 

Kemudian ia bermimpi. Rasanya ada malaikat yang mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan ia berhenti mencuri. 

Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia berhenti melacur. 

Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, July 21, 2016

Tetamu Tidak Di Undang

Khamis, 16 Syawal 1437H: Dari Abu Masuud r.a., katanya: "Seorang laki-laki Ansar yang bergelar Abu Syuaib datang. Lalu ia berkata kepada pembantunya yang menjual daging, "Sediakan untukku makanan yang cukup untuk lima orang!"

Aku bermaksud hendak mengundang Nabi saw. dan beliau termasuk orang yang kelima, kerana aku mengerti dari wajah beliau, bahawa beliau sedang lapar.

Maka diundangnya lah mereka semua, dan seorang laki-laki datang mengikut beserta mereka.” Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya orang ini datang mengikut saja dengan kami. Jika engkau mengizinkannya, izinkanlah, dan jika engkau menghendaki supaya ia pergi, ia pun akan pergi."

Kata Abu Syuaib, "Jangan! (Jangan pergi!). Bahkan aku mengizinkannya (untuk makan bersama-sama dengan Tuan-tuan). "

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, July 20, 2016

Syurga Ar-Rayyan

Rabu, 15 Syawal 1437H: Mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahaman bin Ibrahim AdDimasyqiy, mewartakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik, mewartakan kepadaku Hisyam bin Sa'ed, dari Abu Hazim, dari Sahl bin Sa'ed, bahawasanya Nabi SAW. bersabda:

"Sesungguhnya di dalam syurga ada pintu yang disebut Ar-Rayyan, yang manusia akan diundang pada hari kiamat, dengan ucapan: Dimanakah orang yang berpuasa?

Barangsiapa yang termasuk golongan orang yang memperbanyak puasa, maka dia akan memasukinya.

Dan barangsiapa yang memasukinya, maka dia tidak bakal haus untuk selamanya".

Hadis Sunan Ibnu Majjah

Tuesday, July 19, 2016

Makan Atau Tidak ?

Selasa, 14 Syawal 1437H: Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila kamu diundang ke suatu jamuan makan, hendaklah kamu perkenankan. Jika kamu mahu makan silakan, dan jika tidak, tidak apa-apa."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, July 18, 2016

Jawablah: "Aku Puasa!"

Isnin, 13 Syawal 1437H: Dari Zuhari r.a., katanya Nabi saw. bersabda: 

"Apabila kamu diundang orang makan, padahal kamu puasa, jawablah: "Aku puasa!"

Hadis Sahih Muslim

Thursday, July 14, 2016

Penuhilah Undangan Sekalipun Berpuasa

Khamis, 9 Syawal 1437H: Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Penuhilah suatu undangan apabila kamu memang diundang menghadirinya.

Kata Nafi', 'Abdullah bin 'Umar memang selalu mendatangi setiap undangan, baik undangan pesta perkahwinan atau tidak; bahkan sekalipun dia sedang puasa."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, July 13, 2016

Mendatangi Undangan

Rabu, 8 Sywal 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, apabila yang diundang ke pesta itu hanya orang-orang kaya saja, tanpa mengikut-sertakan orang-orang miskin. Siapa yang tidak mendatangi suatu undangan, sesungguhnya dia mendurhakai Allah dan Rasul-Nya."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, July 12, 2016

Orang Yang Berpuasa...

Selasa, 7 Syawal 1437H: Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah bepergian bersama-sama dengan Nabi saw. Tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka, dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, July 11, 2016

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Isnin, 6 Syawal 1437H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami, Sa'id bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub di mana ia berkata: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka yang demikian itu adalah puasa satu tahun." 

Di dalam ini terdapat hadis dari Jabir, Abu Hurairah dan Tsauban. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Ayyub itu adalah hadis hasan sahih. Orang ramai senang mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal kerana adanya hadis tersebut." 

Ibnul Mubarak mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu baik sebagaimana halnya puasa tiga hari pada setiap bulan. Ibnul Mubarak berkata: "Diriwayatkan dalam sebahagian hadis: "Puasa ini dihubungkan dengan bulan Ramadan." Ibnul Mubarak memilih agar enam hari itu adalah permulaan bulan; diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawasanya ia berkata: "Apabila seseorang mengerjakan puasa enam hari dari bulan Syawal itu secara terpisah-pisah maka hal itu boleh." 

Abu 'Isa berkata: " 'Abdul 'Aziz bin Muhammad meriwayatkan hadis ini dari Shafwan bin Sulaim dan Sa'd bin Sa'd dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub dari Nabi s.a.w. dengan hadis seperti tersebut di atas. Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Warqa' bin 'Umar dari Sa'd bin Sa'id. Sa'd bin Sa'id adalah saudara Yahya bin Sa'id Al-Anshari. Sebahagian ahli hadis membicarakan tentang Sa'd bin Sa'id dari segi hafalannya."

Hadis Sunan At-Termizi

Friday, July 1, 2016

Solat Malam Pada Malam Lailatul Qadar

Jumaat, 26 Ramadhan 1437H: Dari Salam ibnu Abdur Rahman berkata Abu Hurairah ra menceritakan padaku, bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Barang siapa mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan, kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dia akan diampuni dari segala dosanya yang telah lalu. Dan barang siapa yang solat malam pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap redha Allah, dia akan diampuni dari segala dosanya yang telah lalu."

(Hadis Sunan An-Nasai)

Thursday, June 30, 2016

Lailatul Qadar Malam Ganjil

Khamis, 25 Ramadhan 1437H: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Isma-ii bin 'Ulayyah, dari Hisyam Ad-Dastawaiy, dari Yahya bin Abu Katsir, dari Abu Salamah, dari Abu Sa'id AlKhudriy, dia berkata: Kami ber-i'tikaf bersama Rasulullah SAW. pada hari sepuluh yang tengah bulan Ramadhan. 

Beliau SAW. bersabda: "Sesungguhnya aku telah diperlihatkan Lailatul-Qadar, maka aku telah dilupakannya. Maka dari itu, carilah oleh kalian akan Lailatul-Qadar pada sepuluh terakhir Ramadhan di malam yang ganjil".

Hadis Sunan Ibnu Majjah 

Solat 'Id Bersama Rasulullah Saw

Dari Jabir bin' Abdullah r.a., katanya: "Aku hadir solat 'Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari raya. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. 

Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita. Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. 

Sabda beliau, "Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.

Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; "Kenapa begitu, ya, Rasulullah?" 

Jawab Rasulullah, "Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami." 

Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, June 29, 2016

Iktikaf 10 Hari Terakhir

Rabu, 24 Ramadhan 1437H: Dari Abu Sa'id Al Khudri: "Pada mulanya Rasulullah saw beriktikaf pada sepuluh hari kedua hingga pada malam kedua puluh.

Kemudian beliau dan orang-orang yang ikut iktikaf pulang ke rumahnya masing-masing. Kemudian beliau kembali pada malam kedua puluh satunya.

Di saat itu beliau berpidato; "Tadinya aku hanya ingin iktikaf pada 10 hari yang kedua saja, tapi akhirnya aku ingin melanjutkan iktikaf pada 10 hari yang terakhir ini. Kerana itu, mereka yang ikut iktikaf bersamaku, hendaknya mereka melanjutkan iktikafnya. Aku telah diperlihatkan malam "Lailatul Qadar" pada malam ini, tetapi aku terlupa, kerana itu carilah "Lailatul Qadar" di malam-malam ganjil di 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Dan aku terlihat, sujud di atas air dan tanah".

Hadis Sunan An-Nasai