Wednesday, April 28, 2021

Sahur Dengan Tamar

 

Rabu, 16 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ
Maksudnya: "Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar."
 
Riwayat Abu Dawud (2345)
 May be a cartoon of text

Tuesday, April 27, 2021

Masa Sebelum Tamat Sahur

 

Selasa, 15 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً
 
Maksudnya: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? 
 
Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat."
 
Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)May be a cartoon of ‎1 person and ‎text that says "‎الفتوى ارشاد Irsyad I-Fatwa 356 Keberkatan pada sahur Rasulullah bersabda: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan". [Riwayat /-Bukhari (1923)] Keberkatan bersahur terbahagi kepada dua: Keberkatan Syar'iyyah keberkatan mengikut sunnah Rasulullah SAW, diganjarkan pahala serta waktu ini adalah waktu mustajab doa. Keberkatan Badaniyah dengan bersahur ia membekalkar tenaga untuk badan, menguatkan semangat berpuasa, dan menahan diri dari perbuatan tidak baik. Suhibus Sumahah Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan Kami nasihatkan supaya bangunlah bersahur walaupun dengan sebiji tamar ataupun segelas air." "‎"‎‎

Monday, April 26, 2021

Pahala Memberi Makan Orang Berbuka

 

Isnin, 14 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ
 
Maksudnya: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya."
 
Lalu ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’.
 
Maka Rasulullah S.A.W menjawab: ‘’Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’’.
 
Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)May be an image of headscarf and text

Friday, April 23, 2021

Solat Tarawih Berjemaah

 

Jumaat, 11 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh A’isyah R.anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
 
Maksudnya: "Sesiapa yang melakukan qiyam bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan ganjaran untuknya qiyam sepanjang malam."
 
Riwayat Ibn Majah (1327)May be an image of one or more people and text

Thursday, April 22, 2021

Amalan Yang DiCintai Allah

 

Khamis, 10 Ramadhan 1442H: Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ
 
Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”
 
Riwayat Muslim (1780)May be an image of text that says "01 Bangun sahur tanpa mendirikan sekurangnya 02 Meninggal -kan hari hari bulan Ramadan tanpa BER SEDEKAH 03 Menunggu waktu berbuka tanpa MEMOHON DOA SOLAT 05 Langsung tidak membuka /membaca /mendengar AL-QURAN 04 Menghabis kan waktu pagi ptg BERBARING DANTIDUR atas alasan letihpuasa letih puasa zzZ 5 KERUGIAN ORANG BERPUASA @littlekubb_"

Tuesday, April 20, 2021

Solat Malam

 

Selasa, 8 Ramadhan 1442H Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah RA berkata:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا
 
Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. 
 
[Riwayat alMay be an image of text that says "detikcom RASULULLAH SAW BERSABDA: "Barang siapa mengerjakan sholat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lampau." (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim) NASKAH TIM HIKMAH DETIKCOM SUMBER BULUGHUL MARAM INFOGRAFIS: DETIKCOM"-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)]

Monday, April 19, 2021

Makan Atau Solat Maghrib Dulu

 

Isnin, 7 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ عَلَى الطَّعَامِ فَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ، وَإِنْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ
 
Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu berada di hadapan hidangan makan maka janganlah dia bersegera sehinggalah dia menyelesaikan hajatnya dari makanan tersebut, meskipun solat telah didirikan."
 
Riwayat Al-Bukhari (674)May be an image of one or more people and text

Friday, April 16, 2021

Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja

 

Jumaat, 4 Ramadhan 1442H: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berbuka sehari dari (puasa) bulan Ramadhân bukan dengan (alasan) keringanan yang Allâh berikan kepadanya, maka tidak akan diterima darinya (walaupun dia berpuasa) setahun semuanya."

[HR. Ahmad, no. 9002; Abu Dâwud, no. 2396; Ibnu Khuzaimah, no.1987; dll]
 May be an image of one or more people and text that says "Suhibus Sumahahı Dato' Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: SHELLNICE NICE "Orang yang sengaja berbuka atau meninggalkan puasa Ramadhan adalah berdosa besar kerana dia telah meninggalkan salah satu dari rukun Islam. Dengan apa cara sekalipun, dia hendaklah menggantikan puasa tersebut","

Thursday, April 15, 2021

Terlupa, Sedang Dia Berpuasa

 

Khamis, 3 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
 
Maksudnya: :"Sesiapa yang terlupa, sedang dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum ."
 
Riwayat Imam Muslim (1155)
 May be an image of text

Wednesday, April 14, 2021

Doa Orang Berpuasa

 

Rabu, 2 Ramadhan 1442H: Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
 
Maksudnya: "Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi."
 
Hadith Riwayat Tirmizi (3598)
 May be an image of text

Tuesday, April 13, 2021

Niat Puasa Ramadhan

Selasa, 1 Ramadhan 1442H: Diriwayatkan oleh Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut)."
 
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.
 
 May be an image of one or more people

Monday, April 12, 2021

Berpuasa Kerana Iman & Ketaatan Kepada Allah

 Isnin, 29 Sya'aban 1442H: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith:
1.Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
 
2.Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.
 
3.Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 
 
 May be an image of one or more people and text
 

Friday, April 9, 2021

Hari Yang Diharamkan Berpuasa

 

Jumaat, 26 Sya'ban 1442H: Diriwayat daripada Silah beliau berkata :

كُنَّا عِنْدَ عَمَّارٍ فِي الْيَوْمِ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَأُتِيَ بِشَاةٍ فَتَنَحَّى بَعْضُ الْقَوْمِ فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ هَذَا الْيَوْمَ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم
 
Maksudnya : " Kami berada di sisi ‘Ammar (bin Yasir R.A) pada hari syak. Kemudian beliau dihidangkan dengan daging kambing, maka sebahagian orang menjauhkan diri dari memakannya. 
 
Lalu ‘Ammar berkata : ‘’Sesiapa yang berpuasa pada hari ini (hari syak) sesungguhnya dia telah menderhakai Abu al-Qasim S.A.W’’.
 
Riwayat Abu Daud May be an image of text that says "PUASA HARAM Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan. (Sumber Rujukan :Kitab "Indahnya Hidup Bersyariat" Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)"(2334)

Thursday, April 8, 2021

Larangan Berpuasa Di Hari Syak

 

Khamis, 25 Sya'ban 1442H: Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

لاَ تَقَدَّمُوا صَوْمَ رَمَضَانَ بِيَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ صَوْمًا يَصُومُهُ رَجُلٌ فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الصَّوْمَ
 
Maksudnya : "Janganlah kamu mendahulukan puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari (sebelumnya) melainkan seseorang yang berpuasa lalu hari tersebut jatuh pada hari dia berpuasa, maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut."
 
Riwayat Abu Daud (2335)
 May be an image of sky and text that says "Larangan puasa di hari syak "Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan erpuasa satu atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang sudah terbiasa berpuasa (sunnah) maka hendaknya dia berpuasa.' [HR. Bukharidan Muslim] @ikhwantegal"

Wednesday, April 7, 2021

Berkhayal Ketika Solat

 

Rabu, 24 Sya'ban 1442H: Dalam hadis riwayat Uthman bin Affan R.A., Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu`ku ini kemudian bersolat dua rakaat, dalam keadaan dia tidak sibuk berbicara dengan dirinya (berkhayal, monolog, dll) dalam kedua-dua rakaat itu, maka akan diampunkan apa yang terdahulu daripada dosanya.”
 
Riwayat Bukhari (159)May be a cartoon of ‎one or more people and ‎text that says "‎للفتا الكافي 204 Syak tentang niat, semasa solat ASAR ? KE TADI ZOHOR HMMM... Kaedah Fiqh: Keyakinar tidak hilang dengan syak. Ibn Nujaim berkata: Syak tidak mungkin mengangkat keyakinan yang sebelumnya. Sulibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad menyit menyimpulkan: Bakri Keyakinan yang sudah wujud sebelum itu, tidak dihapuskan oleh syak yang datang kemudian. Justeru, solatnya sah." fMufti Persekutuan SUMBER #1009 SEMASA SOLAT, DATANG TENTANG NIAT SOLAT Wilayah Hukum‎"‎‎

Tuesday, April 6, 2021

Mendahului Imam Dalam Solat

 

Selasa, 23 Sya'ban 1442H: Diriwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ - أَوْ: لاَ يَخْشَى أَحَدُكُمْ - إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ، أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ، أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ
 
Maksudnya: “Tidakkah salah seorang dari kalian takut, atau apakah salah seorang dari kalian tidak takut, jika ia mengangkat kepalanya sebelum Imam, Allah akan menjadikan kepalanya seperti kepala keldai, atau Allah akan menjadikan rupanya seperti bentuk keledai?"
 
Riwayat al-Bukhari (691) dan Muslim (427)May be an illustration of one or more people and text that says "Tarjih Menjawab Posisi Makmum Masbuk MUHAMMADIYAH.ID Tanya: Jika saya ingin gabung berjama' ah dengan orang yang sedang salat sendirian, bagaimana caranya dan dimana saya harus memposisikan diri? Jawab: Caranya, tepuk pundak orang yang sedang salat dan berdirilah sebelah kanannya, sehingga posisi mam berada sebelah kita, sesuai hadis: "Diriwayatkan dari Khuzaifah al-Yaman,i berkata: mendatangi Nabi Saw pada suatu malam, kemudian beliau berwudhu dan mendirikan lalu saya mendatanginya ikut salat dan berdiri sebelah kirinya, lalu beliau menempatkan saya sebelah kanannya. @Muhammadiyah Lensamu www.muhammadiyah.ic Persyarikatan Muhammadiyah Sumber: Buku Sumber:Bukutanyajawabagamajd6 tanya jawab agama jilid"

Monday, April 5, 2021

Imam Itu Untuk Diikuti

 

Isnin, 22 Sya'ban 1442H: Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ اْلإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، فَقُولُوا: "رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ"، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا.
(رواه البخاري)
 
Maksudnya: “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbir maka kamu ikutlah bertakbir dan jika dia ruku‘ maka kamu ikutlah ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu bangkitlah dan jika dia membaca: “ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ” maka kamu bacalah: “ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ ” dan jika dia sujud maka kamu sujudlah.”
 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
 
 May be an image of text that says "Tarjih Menjawab MUHAMMADIYAH.ID Makmum Tidak Sempat Membaca Alfatihah Tanya: Hendak salat magrib berjamaah, namun saat rakaat pertama imam sudah ruku, lantas saya tidak sempat membaca Alfatihah, apakah salat saya sah? Jawab: Kerjakan apa yang sedang imam kerjakan (jangan lupa dahului dengan takbir), jika masih mendapat ruku, hitungannya berarti satu raka' at. Karena posisi sebagai makmum, maka bacaan Alfatihah yang tidak sempat tadi sudah terwakilkan oleh imam. Sumber: Buku Tanya Jawab Agama jilid Persyarikatan Muhammadiyah @Muhammadiyah I @Lensamu www.muhammadiyah.id"

Friday, April 2, 2021

Solat Sunat Selepas Asar

 

Jumaat, 19 Sya'ban 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah dari melakukan solat (sunat) selepas solat Asar sehingga tenggelamnya matahari dan solat selepas subuh sehingga terbitnya matahari."
 
Riwayat Muslim (825)May be an image of text

Thursday, April 1, 2021

Balasan Meringankan Kesusahan Seorang Mukmin

 

Khamis, 18 Sya'ban 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat.
 
Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. 
 
Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. 
 
Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya."
 
Riwayat Muslim (2699)May be an image of text that says "FATWA BERKENAAN PENGGUNAAN WANG DARIPADA TABUNG ANAK YATIM DAN KEBAJIKAN DI MASJID-MASJID Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-121 yang bersidang pada 2 November 2019: 1. Wang tabung anak yatim perlu diasingkan daripada tabung kebajikan. 2. Wang daripada tabung anak yatim di masjid-masjic bagi Wilayah Persekutuan hendaklah disalurkan untuk kegunaan anak yatim sahaja. 3. Wang daripada tabung kebajikan boleh disalurkan untuk kegunaan kebajikan seperti ibu tunggal dan fakir miskin. www.muftiwp.gov.my STATUS: DIWARTAKAN 30 NOVEMBER 2020 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan"