Thursday, April 28, 2022

Kelebihan Qiamullail Ramadhan

Khamis, 26 Ramadhan 1443H: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:

Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Wednesday, April 27, 2022

Satu Malam Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Rabu, 25 Ramadhan 1443H: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Dari Abu Hurairah R.A. menyatakan,“Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa di bulan itu. 

Dalam bulan itu dibukalah pintu-pintu langit, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. 

Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. 

Siapa yang tidak memperoleh kebaikan di malam itu, maka ia tidak memperoleh kebaikan apa pun”.

(Hadis Shahih, Riwayat al-Nasa`i: 2079 dan Ahmad: 8631. dengan redaksi hadis dari al-Nasa’i)

Tuesday, April 26, 2022

Malam Al Qadar

Selasa, 24 Ramadhan 1443h:  Firman Allah SWT:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”. [al-Qadr, 1-3]

Kesungguhan Nabi SAW Pada Sepuluh Malam Terakhir

Antara hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:

  • Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]

Antara riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:

  • Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 2009]

Wednesday, April 20, 2022

Kelebihan Bulan Ramadhan

Rabu, 18 Ramadhan 1443H : Diriwayat lain, daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:Apabila datang awal malam daripada bulan Ramadhan,dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang ganas, ditutup pintu-pintu neraka sehingga tidak dibuka satu pintu pun daripadanya dan dibuka pintu-pintu syurga sehingga tidak ditutup satu pintu pun daripadanya."

Lalu penyeru menyeru, “Wahai orang yang inginkan kebaikan, lakukanlah. Wahai orang yang inginkan kejahatan, kurangkanlah. Di sisi Allah, ramai orang yang dibebaskan daripada neraka dan begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadhan)."

Riwayat Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan Imam Al-Baihaqi. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Al-Hakim,Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Al-Baghawi, Imam Abdur Razzaq, Imam Al-Ajuri, Imam Abu Thahir dan Imam Ibnu Syahin

Friday, April 15, 2022

Tiga Doa Malaikat & Di Amin Oleh Rasulullah SAW

Jumaat, 13 Ramadhan 1443H: Daripada Sayyidina Abu Hurairah:Sesungguhnya Rasulullah menaiki mimbar (padasuatu hari), lalu Baginda berkata, Amin(perkenankanlah Ya Allah), amin, amin.”  

Ditanyakankepada Baginda, Wahai Rasulullah, apakah yangmembuatkan Tuan mengatakan kata-kata ini?”  

Lalu Baginda menjawab, “Jibril berkata kepadaku, “Semoga Allah menghina seorang hamba atau menjauhkannya daripada rahmat-Nya, yang memasuki Ramadhan,tetapi dia tidak diampunkan (dosa-dosanya). 

 Lalu aku(Rasulullah ) katakan, Amin.”  

Kemudiandia(Jibril)berkata, “Terhinalah seorang hamba atau jauhlah diadaripada rahmat-Nya, yang sempat bersama keduaorang tuanya yang masih hidup atau salah seorangdaripada keduanya (masih hidup), tetapi ia tidakmemasukkannya ke syurga.”  

Lalu aku katakan, Amin.”

 Kemudian dia (Jibril) berkata, Terhinalah seoranghamba atau jauhlah dia daripada rahmat-Nya, ketikanamamu disebut di sisinya, dia tidak berselawat kepadamu.” 

Lalu aku katakan, Amin.” 

Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah.

Thursday, April 14, 2022

Ramadhan Bulan Yang DiBerkati

Rabu, 12 Ramadhan 1443H: Daripada Sayyidina Abu Hurairah, Nabi bersabda:Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu,suatu bulan yang diberkati. Allah mewajibkan puasa keatas kamu dalamnya. Di dalamnya, dibuka pintu-pintusyurga, ditutup pintu-pintu neraka Jahim dan dibelenggusyaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebihbaik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dihalangdaripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnyadia memang terhalang.”

Riwayat Imam Ahmad, Imam Ishaq bin Rahawaih (Rahuyah), ImamAn-Nasai, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Abd binHumaid dan Imam Ath-Thabrani

Wednesday, April 13, 2022

Amaran Kepada Yang Berpuasa

 Rabu, 11 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

"‏ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ‏"

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalan yang keji, maka Allah tidak berhajat pada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya

Riwayat al-Bukhari (1903)

Monday, April 11, 2022

Berserdekah Di Bulan Ramadhan

 Isnin, 9 Ramadhan 143H: Riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari (3554)

Thursday, April 7, 2022

Sebaik-Baik Sahur Adalah Tamar

Khamis, 5 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ

Maksudnya: "Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar."

Riwayat Abu Dawud (2345)

Wednesday, April 6, 2022

Berbezaan Puasa Orang Islam Dengan Puasa Ahli Kitab

 Rabu, 4 Ramadhan 1443h: Diriwayatkan oleh "Amr bin al-'As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."

Riwayat Muslim (1096)

Tuesday, April 5, 2022

Waktu Sahur

 Selasa, 3 Ramadhan 1443H: Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat."

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

Monday, April 4, 2022

Kelebihan Bersahur

Isnin, 2 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."

Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Friday, April 1, 2022

Kelebihan Solat Jumaat

 Jumaat, 28 Syaaban 1443: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. 

[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]