Thursday, December 17, 2020

Solat Zuhur Atau Asar Dua Rakaat?

 

Khamis, 2 Jamadilawal 1442H: Diriwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius.

Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
 
أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ
 
Maksudnya: "Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?"
 
Jawab Rasulullah SAW: "Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?."
 
Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi.
 
Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya
 
 Image may contain: ‎text that says "‎للفتاوي الكافي 601 l Fatwa Imam melakukan solat Zuhur tiga rakaat ANTARA SYARAT SAH QUDWAH (MENGIKUT IMAM) •Makmum perlu mengikut (mutaba ah) perbuatan imam. SITUASI .Imam terlupa rukun dan terus duduk bertasyahhud akhir pada rakaat ketiga. SUBHANALLAH. SYEIKH MUHAMMAD AL-ZUHAILI: •Jika terlupa perbuatan solat (rukun), lalu meninggalkannya, atau mengubahnya, maka makmum sunat untuk bertasbih bagi memaklumkan imam. " Jika imam tidak bangun dan meneruskan Kesimpulannya: tasyahhud akhir, maka wajib bagi makmum untuk niat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan menghabiskan solat secara sendirian.,, SOLAT ZUHUR RAKAAT pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp www.muftiwp.gov.my utlayahPersekutuan‎"‎

Wednesday, December 16, 2020

Hisab

 

Rabu, 1 Jamadilawal 1441H: Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ أَحَدٌ يُحَاسَبُ إِلَّا هَلَكَ ". قَالَتْ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ، أَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : {فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ} {فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا}؟ قَالَ : ذَاكِ الْعَرْضُ يُعْرَضُونَ، وَمَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ هَلَكَ
 
Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang dihisab kecuali akan celaka. Saidatina Aisyah RAnha berkata: aku berkata: Wahai Rasulullah SAW, Allah SWT telah menjadikan aku tebus bagimu, bukankah Allah SWT berfirman: “Kemudian sesiapa yang diberikan kitab ‘amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan dihisab dengan mudah dan ringan.”
 
Rasulullah SAW bersabda: “Itu ialah pembentangan amal kebaikan mereka yang dibentangkan. Barangsiapa yang dibincangkan kitab amalannya dengan dihisab, maka akan celaka.
 
Hadith riwayat al-Bukhari (4939) dan Muslim (2876)
 
 No photo description available.

Tuesday, December 15, 2020

Imam Melakukan Solat Zuhur @ Asar Tiga Rakaat

 

Selasa, 29 Rabiulakhir 1442H: Diriwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius.

Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
 
أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ
 
Maksudnya: "Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?"
 
Jawab Rasulullah SAW: " Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?."
 
Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi.
 
Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya
 Image may contain: ‎text that says "‎للفتاوي الكافي 601 l Fatwa Imam melakukan solat Zuhur tiga rakaat ANTARA SYARAT SAH QUDWAH (MENGIKUT IMAM) •Makmum perlu mengikut (mutaba ah) perbuatan imam. SITUASI .Imam terlupa rukun dan terus duduk bertasyahhud akhir pada rakaat ketiga. SUBHANALLAH. SYEIKH MUHAMMAD AL-ZUHAILI: •Jika terlupa perbuatan solat (rukun), lalu meninggalkannya, atau mengubahnya, maka makmum sunat untuk bertasbih bagi memaklumkan imam. " Jika imam tidak bangun dan meneruskan Kesimpulannya: tasyahhud akhir, maka wajib bagi makmum untuk niat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan menghabiskan solat secara sendirian.,, SOLAT ZUHUR RAKAAT pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp www.muftiwp.gov.my utlayahPersekutuan‎"‎

Thursday, December 10, 2020

Mengingati Allah

Khamis, 25 Rabiulakhir 1442H: Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, Allah SWT telah berfirman :

“Apabila hamba-Ku mengingati-Ku sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian. Dan apabila dia mengingati-Ku di hadapan khalayak ramai, nescaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingati-Ku.” 
 
(Hadith Riwayat Thabarani r.h).
 
 Image may contain: ‎text that says "‎Berfikir tentang Allah Firman Allah SWT: "Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah /-Syura: tenang dan الله Firman Allah SWT golongan yang beriman itu hati dengan mengingat Allah mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang" /SurahAr-Ra'd:28) Salibus Samahaı Zulkifli Mohamad Al-Bakri Sekiranya berfikir tentang Allah SWT itu merujuk kepada berfikir tentang zat Allah maka hal ini adalah dilarang. Namun sekiranya berfikir tentang Allah itu dengan cara melakukan zikrullah dan pembacaan Al-Quran maka hal ini adalah dituntut, SUMBER: AL-KAFI #1410 HUKUM BERFIKIR TENTANG ALLAH O @drzulkifli.albakri ejabat Mufti Wilayah www.muftiwp.gov.my‎"‎

Monday, December 7, 2020

Sifat Sujud Nabi

 

Isnin, 22 Rabiulakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Wa’il bin Hujr RA:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم إِذَا سَجَدَ وَضَعَ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
 
Maksudnya: "Aku telah melihat Nabi ﷺ ketika ingin sujud, Baginda ﷺ meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan ketika ingin bangun dari sujud mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya."
 
Riwayat Abu Daud (838), Al-Tirmizi (268)[1], Al-Nasa’ie (1089) & Ibn Majah (882).
 
 No photo description available.

Wednesday, December 2, 2020

Zikir Kepada Allah Sebaik-Baik Amalan

Rabu, 17 Rabiulakhir 1442H; Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ " قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
 
Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? 
 
Kata Makki: "Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu."

 Para sahabat berkata: "Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! "
 
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.”
 
[Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]
 Image may contain: ‎text that says "‎Hukum berzikir dalam hati للفتاوى الكافي 631 al-Fatwa Firman Allah S.W.T: "Dan ingatlah Tuhan kamu dalam diri kamu secara rendah dan penuh takut. 205)) Berzikir di dalam hati juga merupakan suatu perkara yang dituntut. Apabila mengingati Allah S.W.T di dalam hati, maka hadir perasaan takut dan rendah diri kepada Allah S.W.T. Kesimpulannya: "Berzikir di dalam hati merujuk kepada mengingati Allah S.W.T serta merasai kebesaran dan kekuasaan-Nya. la merupakan sunnah yang dituntut di sisi syarak dan diberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya. #1720| HUKUM BERZIKIR DALAM HATI pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp www.muftiwp.gov.my Mufti‎"‎

Tuesday, December 1, 2020

Jangan Lalai Ketika Berdoa

 Selasa, 16 Rabiulakhir 1442H: Daripada Abi Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:

 
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
 
Maksudnya: "Berdoalah kamu kepada Allah dalam hal keadaan kamu yakin dengan penerimaan Tuhan. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak menerima doa daripada hati orang yang lalai."
 
Riwayat al-Tirmizi (3479), al-Hakim (1817) dan Ibn Hibban (1/372)
 
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Bagaimana mendapatkan doa mustajab للفتاوي الكافي 206 Salibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: 1. Berdoa dengan Penuh Harap dan Yakin Firman Allah SWT: "Sesungguhnyapa para Nabi sentiasa bersegera dalam melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut." 3. Istiqamah dalam berdoa 2. Memuji Allah Sebelum Berdoa Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat pujian kpd Allah SWT daripada ayat hingga kemudian diikuti ayat dgn permintaan. Sabda Nabi 券: Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, hendaklah dia doa pada masa kemewahan kesenangan." [Riwayatal-Tirmizi (3382)] fMufti Persekutuan BAGAIMANA MENDAPATKAN @drzulkifli.albakri www.muftiwp.gov.my‎"‎‎