Friday, December 20, 2013

Lima Kunci Hal Ghaib

Jumaat, 20 Safar 1435H: Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Lima kunci hal yang ghaib, tiada mengetahuinya selain dari Allah: 

1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 
2. Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi besok melainkan Allah. 
3. Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 
4. Tiada mengetahui seseorang di negeri mana dia akan meninggal dunia melainkan Allah. 
5. Dan tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, December 19, 2013

Kunci Yang Ghaib Ada Lima

Khamis, 16 Safar 1435H: Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
 
"Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.: 

1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok. 
2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan. 
3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok. 
4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan 
5. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, December 18, 2013

Beriman Dengan Allah, Beriman Dengan Bintang-Bintang

Rabu, 15 Safar 1435H: Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., katanya: 

"Rasulullah saw. mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malam hujan turun. Setelah selesai solat, Nabi saw. menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda: "Tahukah Anda sekalian, apa yang telah difirmankan Tuhan Anda?" 

Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu." 

Sabda Nabi saw., "Allah berfirman: Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, di antaranya ada mukmin, dan ada pula yang kafir." 

Siapa yang berkata, "Hari hujan kerana kurnia dan rahmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) denganKu, kafir dengan bintang-bintang." 

Dan siapa yang berkata, "Hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir denganKu, iman dengan bintang-bintang."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, December 17, 2013

Tidak Ada Pantang Larang di Bulan Shafar."

Selasa, 14 Safar 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan tidak ada mayat berkeliaran menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada pantang larang di bulan Shafar."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, December 11, 2013

Luruskan saf!

Rabu, 8 Safar 1435H: Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya:

"Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku: Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya, dan tumit dengan tumit."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, December 10, 2013

Luruskan Safmu!

Sealasa, 7 Safar 1435H: Berita dari Nu'man bin Basyir r.a. , mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Luruskan saf (barisan)mu! . Atau Allah akan mempertikaikan arah mukamu (berpecah belah) nanti?"

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, December 6, 2013

Tiga Keutamaan Besar

Jumaat, 3 Safar 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 
"Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. 

Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. 

Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. "

Hadis Sahih Muslim.

Monday, December 2, 2013

Imam Untuk Diikuti

Isnin,28 Muharram 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahawa beliau bersabda: 

"Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu menyalahinya. 
Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. 
Apabila dia membaca Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. 
Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya. 
Dan luruskan saf (barisan) dalam solat; sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat."

Hadis Sahih Bukhari.