Thursday, November 26, 2020

Mencari Redha Allah

Khamis, 19 Rabiulakhir 1442H: Daripada Abi Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya.

Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah."
 
Diriwayatkan oleh al-Tabrani.
 
 Image may contain: one or more people and text

Wednesday, November 25, 2020

Berbuat Baik Kepada Makhluk Hidup

 

Rabu, 9 Rabiulakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.
 
Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. 
 
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” 
 
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 
 
(HR Muslim)

Tuesday, November 17, 2020

Memperelokan Solat

Selasa, 1 Rabiulakhir 1442H: Nabi S.A.W bersabda,

 
اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ
 
Maksudnya: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. 
 
Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
 
Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd
 
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Bacaan makmum terlalu kuat serta mengganggu للفتاوي الكافي 202 Sabda Nabi Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain." [Riwayat bn Majah (2341)] Suhibus Sumahuh Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: Makruh bagi makmum membaca kuat semasa solat berjemaah. Jika makmum membaca kuat sehingga mengacau bacaan makmum lain, maka hukumnya adalah haram. Tidak haram mahupun makruh jika tidak mengganggu orang lain. Disunatkan makmum menguatkan suara apabila mengucapkan amin selepas bacaan al-Fatihah Imam dalam solat jahriyyah serta sewaktu qunut. fMufti Wilayah Persekutuan SUMBER: AL-KAFI #1005 MAKMUM MEMBACA TERLALU KUAT SEHINGGA MENGGANGGU @drzulkifli.albakri Mufti Wilayah Persekutuan www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Tuesday, November 10, 2020

Doa Qunut

 

Selasa, 24 Rabiulawal 1442H: Diriwayatkan oleh Abi Rafi’:

صَلَّيْتُ خَلْفَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَنَتَ بَعْدَ الرُّكُوعِ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَجَهَرَ بِالدُّعَاءِ
 
Maksudnya: “Aku telah solat dibelakang Umar bin al-Khattab RA, maka beliau berqunut selepas daripada ruku’ dan beliau mengangkat kedua tangan dengan menguatkan suara ketika berdoa.” 
 
[Riwayat al-Baihaqi (3150)][Imam al-Baihaqi menyatakan riwayat daripada Umar bin al-Khattab ini adalah sahih]
 
 Image may contain: 1 person, text

Monday, November 9, 2020

Mangangkat Tangan Ketika Berdoa Qunut

 

Selasa, 23 Rabiulawal 1442H: Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”. 
 
[Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]
 
 Image may contain: 1 person

Friday, November 6, 2020

Umat Yang Enggan Masuk Syurga

 

Jumaat, 20 Rabiulawal 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" 
 
Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga."
 
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)
 
 No photo description available.

Thursday, November 5, 2020

Bertoleransi Dalam Berjual Beli

 

Khamis, 19 Rabiulawa 1442H: Diriwayatkan oleh Jabir Bin ‘Abdullah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى
 
Maksudnya: “Allah merahmati seseorang yang bertoleransi ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut hutang.”
 
Riwayat al-Bukhari (2076)
 Image may contain: one or more people and text

Wednesday, November 4, 2020

Menipu Dalam Perniagaan

 

Rabu, 18 Rabiulawal 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مَرّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ، فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً. فَقَالَ: "مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطّعَامِ؟" قَالَ: أَصَابَتْهُ السّمَاءُ يَا رَسُولَ اللّهِ! قَالَ: "أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النّاسُ، مَنْ غَشّ فَلَيْسَ مِنّي".
 
Maksudnya: “Bahawa Rasul SAW melalui setumpuk makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah. 
 
Maka Baginda pun bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” 
 
Pemilik makanan menjawab: “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” 
 
Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah ini di atas supaya manusia dapat melihatnya, siapa yang menipu, maka dia bukan dariku.”
 
Riwayat Muslim (102) dan al-Tirmizi (1315)
 
 Image may contain: 1 person

Tuesday, November 3, 2020

Perniaga Yang Bebuat Baik Dan Jujur

 Selasa, 17 Rabiulawal 1442H: Diriwayatkan daripada Rifa’ah RA, katanya:

 
أَنَّهُ خَرَجَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَى الْمُصَلَّى فَرَأَى النَّاسَ يَتَبَايَعُونَ فَقَالَ ‏"‏ يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ ‏"‏‏.‏ فَاسْتَجَابُوا لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَرَفَعُوا أَعْنَاقَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ إِلَيْهِ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا إِلاَّ مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَيُقَالُ إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ رِفَاعَةَ أَيْضًا ‏.‏
 
Maksudnya: “Suatu ketika dia keluar bersama Nabi SAW ke tempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. 
 
Baginda bersabda: Wahai para peniaga! 
 
Mereka menyahut penggilan Nabi SAW itu sambil menjenguk ke arah Baginda. 
 
Nabi SAW bersabda: "Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.”
 
Riwayat al-Tirmizi (1210)
 
 Image may contain: ‎text that says "‎PELBAGAI HUKUM FATWA Hukum Menipu Untuk Tujuan Marketing Peniaga jujur dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin dan para syahid" Dan Allah telah meng- halalkan jual beli dan mengharamkan riba Riwayat al-Tirmizi (1208) (Surah al-Baqarah: 275) Sahibus Samakah Dato' Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menyimpulkan Marketing hukumnya harus ika bebas daripada perkara haram. Penipuan adalah ditegah dalam sebarang urusan khususnya perniagaan. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang. Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya hingga disebutkan secara kedudukan para peniaga di syurga. PHGE159 (Surah al-Mutaffifin: 1) RIRE HURUM MENIPU UNTUK drsul_albakui @draufuf.albakr الفتوي رشاد‎"‎

Monday, November 2, 2020

Kelebihan Berselawat

 

Isnin, 16 Rabiulawal 1442H. Sabda Nabi SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
 
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)
 
 Image may contain: text