Wednesday, March 31, 2021

Apabila Tiba Senja & Waktu Malam

 

Rabu, 17 Sya'ban 1442H: Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila memasuki waktu malam, atau ketika senja, maka tahanlah anak-anak kalian (agar tidak keluar rumah) kerana syaitan-syaitan sedang berkeliaran ketika itu.

Jika waktu malam telah berlalu beberapa ketika, maka lepaskanlah mereka. Kuncilah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup. 
 
Tutuplah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah. Tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah walaupun hanya dengan meletakkan sesuatu (sebatang ranting kayu kecil) di atasnya, dan matikanlah lampu-lampu kalian.”
 
(Sahih Al-Bukhari, no. 5623)
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎للفتاوي الكافى 483 al-Fatwa Adakah jin berupaya menggerakkan sesuatu? Firman Allah SWT: "Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". [Surahal-Naml:39] Sahibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: dan syaitan mampu untuk memberi kesan terhadap perkara-perkara fizikal jika diizinkan Allah SWT. Kita disuruh beriman dengan kewujudan mereka tanpa menokoktambah sehingga menimbulkan kepercayaan khurafat dan tahyul." SUMBER: #1390 ADAKAH MENGGERAKKAN SESUATU? @drzul_albakri O @drzulkifi.albakri Mufti Wilayah Persekutuan fMufti Wilayah www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Friday, March 26, 2021

Anggota Sujud Dalam Solat

Jumaat, 12 Sya'ban 1442H: Nabi SAW bersabda;

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ، وَالْيَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
 
Maksudnya: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.”
 
Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490)May be an image of one or more people and text

Thursday, March 25, 2021

Empat Tanda Kebahagian & Kedukaan

 

Khamis, 11 Sya'ban 1442H: Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A, Rasulullah SAW bersabda:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ
 
Maksudnya: "Empat tanda kebahagiaan; Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. 
 
Manakala empat tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.”
 
Riwayat Imam Ahmad (1448) dan Ibnu Hibban (4032)No photo description available.

Wednesday, March 24, 2021

Imam Meringankan Solat

 Rabu, 10 Sya'ban 1442H: Daripada Anas bin Malik RA:

مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامٍ قَطُّ أخَفَّ صَلَاةً، وَلَا أَتَمَّ مِنَ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، وَإِنْ كَانَ لَيَسْمَعُ بكاءَ الصَّبيِّ، فيُخَفِّفُ مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَنَ أمُّهُ
 
Maksudnya: “Aku tidak pernah solat dibelakang imam yang lebih ringan dan lebih sempurna daripada solat di belakang Nabi SAW. Apabila Baginda mendengar suara bayi menangis, maka Baginda akan meringankan solat tersebut kerana dibimbangi akan menyusahkan ibunya”
 
Riwayat al-Bukhari (708) dan Muslim (469)May be an image of 1 person and text

Tuesday, March 23, 2021

Sempurnakan Wudhuk

 

Selasa, 9 Sya'ban 1442H: Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ
 
Maksudnya: Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah. Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air. Sebahagian orang tergesa-gesa berwudhuk kerana takut waktu Asar akan habis. Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering, tidak disentuh oleh air. 
 
Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk kamu dengan baik."
 
Hadith riwayat Muslim: (593)
 
 May be an image of text that says "8 Pintu Surga terbuka setelah berwudhu Dari 'Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu 'anhu; ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Siapa yang berwudhu dengan memperbagus wudhunya lalu ia mengucapkan 'ASY-HADU ALLA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKALAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN 'ABDUHU WA ROSULUH, ALLOHUMMAJ'ALNII MINATTAWWAABIINA WAJ'ALNII MINAL MUTATHOHHIRIIN' អងពាព dengan ia membacanya melainkan akan dibukakan baginya delapan pintu surga, ia akan masuk lewat pintu mana saja yang ia mau." (HR. Tirmidzi, no. 55. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)"

Friday, March 19, 2021

Kelebihan Bulan Sya'ban

 

Jumaat, 6 Sya'ban 1442H: Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : "ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ".
 
Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.
 
[Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]
 May be an image of text

Wednesday, March 17, 2021

Roh Orang Mati Boleh Pulang?

 Rabu, 3 Sya'ban 1442H: Daripada Jabir RA:

 
قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَا جَابِرُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَحْيَا أَبَاكَ، فَقَالَ لَهُ: تَمَنَّ عَلَيَّ، فَقَالَ: أُرَدُّ إِلَى الدُّنْيَا، فَأُقْتَلُ مَرَّةً أُخْرَى، فَقَالَ: إِنِّي قَضَيْتُ، أَنَّهُمْ إِلَيْهَا لَا يُرْجَعُونَ
 
Maksudnya: Telah berkata kepadaku Rasulullah ﷺ: Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jal telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. 
 
Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi."
 
Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa nereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”
 
Riwayat Ahmad (14881). Komentar Syeikh Syu’aib al-Arnout: Sanad-sanadnya hasan.
 May be an image of 1 person and text

Tuesday, March 16, 2021

Emas Dan Sutera

 

Selasa, 2 Sya'ban 1442H: Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
 
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: "Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki."
 
Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya
 
 
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا
 
Maksudnya: "Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku."
 
Hadis riwayat Imam Ahmad (19502)
 May be an image of text

Monday, March 15, 2021

Berpuasa Di Bulan Sya'ban

 Isnin, 1 Sya'ban 1442H: Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يصومُ حتَّى نقولَ لا يُفطِرُ ويُفطِرُ حتَّى نقولَ لا يصومُ وما رأيتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ استَكملَ صيامَ شَهرٍ قطُّ إلَّا رمضانَ وما رأيتُه في شَهرٍ أكثرَ صيامًا منهُ في شعبانَ
 
Maksudnya: “Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami katakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). 
 
Dan baginda SAW apabila berbuka sehingga kami katakan bahawa beliau akan terus berbuka (tidak berpuasa terus). 
 
Dan aku tidak melihat baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. 
 
Dan aku juga tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda SAW berpuasa pada bulan Sya’ban”.
 
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1833 dan Muslim no. Hadith 1956]
 May be an image of text that says "Puasa KITA BANYAKKAN AYUH DI BULAN Syaban Daripada Usamah bin Zaid R.A beliau berkata; "Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya'ban?" Baginda bersabda; "Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan-bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al- Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa." (Riwayat Nasa'i Hadith No. 2317)"

Friday, March 12, 2021

Peristiwa Israk Mi'Raj

 

Jumaat, 28 Rejab 1442H: Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa isra’ dan mi’raj, Baginda menyebut juga ,“ Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?. 
Nabi SAW menjawab : Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. 
Kata Nabi Musa : Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu. 
Kata Nabi SAW : Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Nabi SAW menyebut : Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. 
 
Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata : Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?. 
 
Kata Nabi SAW : Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu. 
 
Nabi SAW bersabda : "Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru : Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.”
 
Riwayat Al-Bukhari (3887)
 May be an image of monument and text

Thursday, March 11, 2021

Cemburu Saidatina Aisyah R.Anha

 

Khamis, 27 Rejab 1442H: Daripada Aisyah R.Anha:

قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنِّي لأَعْلَمُ إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً وَإِذَا كُنْتِ عَلَىَّ غَضْبَى ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ فَقُلْتُ وَمِنْ أَيْنَ تَعْرِفُ ذَلِكَ قَالَ ‏" أَمَّا إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً فَإِنَّكِ تَقُولِينَ لاَ وَرَبِّ مُحَمَّدٍ وَإِذَا كُنْتِ غَضْبَى قُلْتِ لاَ وَرَبِّ إِبْرَاهِيمَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ قُلْتُ أَجَلْ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَهْجُرُ إِلاَّ اسْمَكَ
Maksudnya: Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Aku tahu apabila kamu gembira denganku, dan apabila kamu marah padaku”. 
 
Aku bertanya: “Bagaimana kamu mengetahuinya?”
 
Baginda SAW menjawab: “Apabila kamu gembira, kamu akan berkata ‘Tidak, demi Tuhan Muhammad’, dan apabila kamu marah, kamu akan berkata ‘Tidak, demi Tuhan Ibrahim’. 
 
Lalu aku berkata: “Benar, wahai Rasulullah, aku tidak menyebut namamu sewaktu aku marah padamu”.
 
Sahih Muslim (2439)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, March 10, 2021

Lima Fitrah

 

Rabu, 26 Rejab 1442: Diriwayatkan oleh Abdu Hurairah RA , bahawa Nabi SAW bersabda:

الفطرةُ خمسٌ - أو خمسٌ منَ الفطرةِ- الختانُ، والاستحدادُ، ونَتفُ الإبطِ، وتقليمُ الأظفارِ، وقصُّ الشَّاربِ
 
Maksudnya: “Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”.
 
[Riwayat al-Bukhari, no. hadith 5439]
 May be an image of ‎text that says "‎للفتاوي الكافي 520 Al-Kaffl al-Fatera Adakah bulu dan kuku yang dipotong perlu ditanam? MAZHAB SYAFI'E Anggota-anggota badan yang terpisah daripada badan seperti tangan dan kaki, tidak wajib dimandi atau disolatkan Memadai hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Kuku dan rambut yang dipotong oleh orang yang masih hidup sunat ditanam. Suhibus Sumahah Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: "Kuku atau rambut yang sudah dipotong sunat ditanam. Ini bertepatan dengan anjuran Islam agar menjaga kebersihan persekitaran., SUMBER: L-KAFI BENARKAH BULU KUKU YANG DIPOTONG PERLU DITANAM @drzul_albakri O @drzulkifili.albakri Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan www.muftiwp.gov.my fMufti Wilayah Persekutuan‎"‎

Tuesday, March 9, 2021

Membaca Al Quran Berulangkali Di Dalam Solat

 

Selasa, 25 Rejab 1442H: Diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
 
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. 
 
Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” 
 
Mereka pun bertanya kepada Sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.”
 
Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.”
 
Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)
 May be an image of 1 person and text

Monday, March 8, 2021

Mencium Tangan Orang Alim

 

Isnin, 24 Rejab 1442H: Daripada Usamah bin Syuraik, dia berkata:

قمنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبَّلنا يده
 
Maksudnya: "Kami pergi kepada Nabi SAW dan mencium tangan Baginda."
 
Riwayat Ibn al-Muqri’ dalam Al-Rukhsah fi Taqbil al-Yad, hal. 58. Menurut Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/57), sanad bagi hadith ini baik.
 
 
Diriwayatkan juga bahawa para sahabat mencium tangan sesama mereka. Ibn Jad’an meriwayatkan:
 
قَالَ ثَابِتٌ لأَنَسٍ‏:‏ أَمَسَسْتَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بِيَدِكَ‏؟‏ قَالَ‏:‏ نَعَمْ، فَقَبَّلَهَا‏
 
Maksudnya: Thabit R.A bertanya kepada Anas R.A: "Adakah kamu memegang Nabi Muhammad SAW dengan tanganmu? 
 
Anas menjawab “Ya”. 
 
Maka Tsabit pun mencium tangan beliau.
 
Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (974)
 
 
Imam al-Baihaqi pula meriwayatkan:
 
لَمَّا قَدِمَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ الشَّامَ اسْتَقْبَلَهُ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فَقَبَّلَ يَدَهُ ثُمَّ خَلَوْا يَبْكِيَانِ قَالَ: فَكَانَ يَقُولُ تَمِيمٌ: " تَقْبِيلُ الْيَدِ سُنَّةٌ
 
Maksudnya: Sewaktu ‘Umar R.A tiba ke Syam, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A menyambut beliau dan mencium tangan beliau, lalu mereka berlalu sambil kedua-duanya menangis. Tamim pun berkata: “Mencium tangan itu satu sunnah.”
 
Al-Sunan al-Kubra (13585)
 May be an image of ‎one or more people, headscarf and ‎text that says "‎PELBAGAI HUKUM FATWA Hukum Mencium Tangan Orang Alim Daripada Zari', beliau menceritakan Setibanya di Madinah, kami bergegas turun dari tunggangan dan mencium tangan serta kaki Baginda SAW. Harus Jumhur ulama mazhab Hanafi Syafi'e Hanbali mengharuskan dengan bertabarruk. Sunan Abu Daud (5225) Haram Imam Malik melarang kerana adalah perbuatan orang ajam dan mampu membawa kepada takabbur. SEMOGA ALLAH UMURMU Sahibus Samahah Dato' Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan " Hukum mencium tangan orang alim ialah harus, dengan syarat tidak ter- lampau berlebihan sehingga tahap mengagungkan dan mengkuduskan mereka. http://muftiwp Wilayah Persekutuan AL-KAFI#850 @drzul_albakri @drzulkifli.albakri LIM ಮಯ فيللفتاوي‎"‎‎

Friday, March 5, 2021

Berbanyakkan Selawat Setiap Jumaat

 

Jumaat, 21 Rejab 1442H: Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
 
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.
 
Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” 
 
[Riwayat al-Baihaqi (5995)]
 May be an image of 1 person and text

Thursday, March 4, 2021

Wanita Menjadi Imam

 Khamis, 20 Rejab 1442H: Daripada Ummu Waraqah;

وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا فِي بَيْتِهَا وَجَعَلَ لَهَا مُؤَذِّنًا يُؤَذِّنُ لَهَا، وَأَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا
 
Maksudnya: "Rasulullah SAW menziarahi Ummu Waraqah di rumahnya, dan menjadikan seorang muazzin untuk mengazankan untuknya. Dan mengizinkannya menjadi imam kepada ahli keluarganya (dalam kalangan perempuan)."
 
Hadis Riwayat Abu Daud (592)
 May be an image of headscarf and text

Wednesday, March 3, 2021

Adab Makan

 

Rabu, 19 Rejab 1442H: Diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ
 
Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari."
 
[Riwayat al-Thabarani di dalam al-Awsath (1649)] [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 76-77/21]
 May be a cartoon of 1 person and text

Tuesday, March 2, 2021

Membaca Al Quran Dengan Kuat Atau Perlahan

 

Selasa, 18 Rejab 1442H: Diriwayatkan oleh ‘Uqbah Ibn ‘Amir Al-Juhani R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الْجَاهِرُ بِالْقُرْآنِ كَالْجَاهِرِ بِالصَّدَقَةِ، وَالْمُسِرُّ بِالْقُرْآنِ كَالْمُسِرِّ بِالصَّدَقَةِ
 
Maksudnya : "Seseorang yang menjaharkan Al-Quran (membacanya dengan suara yang kuat) adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca Al-Quran secara perlahan adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara sembunyi sembunyi."
 
Riwayat Abu Daud (1333)
 
 May be an image of text

Monday, March 1, 2021

Wudhu Menahan Marah

 

Isnin, 17 Rejab 1442H: Dari Athiyyah As-Sa’di radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya amarah itu dari setan dan setan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwudhu.” 
 
(HR. Abu Daud, no. 4784. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).
 
 May be an image of text