Friday, October 29, 2021

Sujud Al Sajadah

 

Jumaat, 22 Rabiulawal 1443H: Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat al-Quran yang mengandungi ayat al-Sajdah, ketika itu kami ada bersama baginda. Lalu baginda sujud, kami pun sujud bersama baginda, kami bersesak-sesak sehingga sebahagian daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahi ketika sujud.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Sujud al-Quran, no: 1076.]
 
 May be an image of ‎text that says "‎Bacaan Rasulullah Dalam Solat Subuh Berdasarkan riwayat hadis, Rasulullah وسه dilihat pernah membaca beberapa surah dalam Solat Subuh. Antaranya: بِالوَاقِعَةِ الصُبْح فِي قَرَاً أَنَّهُ ﷺ النَّبِيِّ عَن وَرُوِيَ Dan diriwayatkan daripada Nabi سﷺ sesungguhnya Baginda membaca Surah al-Waqi'ah di dalam Solat Subuh. (Hadis Riwayat al-Tirmizi) Manakala dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah dikatakan turut pernah membaca Surah al-Zalzalah (HR Abu Daud), Surah al-Takwir (HR Tirmizi) dan Surah Qaf (HR Muslim). Pada hari jumaat pula Baginda membaca Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan (HR al-Bukhari). DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎

Thursday, October 28, 2021

Kelebihan Surah Al Mulk

Khamis, 21 Rabiulawal 1443H: 1.Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

" Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk."

Riwayat Ibn Majah (3786)
 
2.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” 
 
(HR At-Tarmizi)
 
 May be an image of tree and text

Wednesday, October 27, 2021

Baca Tiga Surah Sebelum Tidur

 

Rabu, 20 Rabiulawal 1443H: Daripada Aisyah R.anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali:
 
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5017)
 
 May be an image of one or more people and text

Tuesday, October 26, 2021

Sabar

 

Selasa, 19 Rabiulawal 1443H: Daripada Khabbab bin al-Art. Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. 
 
Kami berkata: Tidakkah Baginda SAW memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda SAW berdoa kepada kami?. 
 
Lalu Baginda SAW bersabda:

قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”.
 
[Riwayat al-Bukhari (6943)]
 
 May be an image of text that says "Orang Sabar Dibalas Syurga Allah sering mengingatkan kita tentang sabar. Muslim yang bersabar dalam mentaati perintah Allah akan dikurniakan syurga di akhirat. Firman Allah: ١٢ Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (Surah al-Insan: 12) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA"

Friday, October 22, 2021

Hari Jumaat Hari Umat Islam

 

Jumaat, 15 Rabiulawal 1443H: Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda; “Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka.

Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). 
 
Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), esok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” 
 
(HR Muslim r.a.).
 May be an image of monument and text

Thursday, October 21, 2021

Al Quran Adalah Hindangan Allah

 

Khamis, 14 Rabiulawal 1443H: Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ
 
Maksudnya: “Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. 
 
Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. 
 
Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. 
 
Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”
 
Riwayat al-Hakim
 
 May be an image of monument and text that says ""Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain. Q.S. AI Israa [17] ayat 88 www.risalahmuslim.id/17-88 RisalahMuslim"

Wednesday, October 20, 2021

Nabi SAW Memiliki Lima Nama

 

Rabu, 13 Rabiulawal 1443H: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لي خمسة أسماء: أنا محمد، وأنا أحمد، وأنا الماحي الذي يمحو الله بي الكفر، وأنا الحاشر الذي يُحشَر الناسُ على قدَمَيَّ، وأنا العاقِب، والعاقِبُ: الذي ليس بعده نبيٌّ، وقد سماه الله رَؤوفاً رحيماً” رواه مسلم.
 
“Aku memiliki lima nama. Aku adalah Muhammad dan aku juga Ahmad;
 
Aku adalah al-Mahi karena Allah menghapuskan kekufuran dengan perantara diriku;
 
Aku adalah al-Hasyir karena manusia dikumpulkan di di atas kakiku;
 
Dan aku adalah al-‘Aqib, karena tidak ada lagi nabi setelahku.
 
Allah juga menamai beliau Ra-uf dan Rahim (yang memiliki kasih sayang).” 
 
(HR. Muslim)
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Mencintai Rasulullah Membawa Ke Syurga Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Bilakah akan berlaku hari kiamat? Rasulullah menjawab: Apakah yang engkau sediakan untuk hari kiamat? Lelaki itu menjawab: أَخْبَبْتَ مَنْ مَعَ أَنْتَ فَقَالَ صله_سلم وَرَسُولَهُ اللهَ أُحِب Aku mencintai Allah dan RasulNya. Lalu Rasulullah menjawab: (di akhirat kelak) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Kata Saidina Anas: Inilah hadis yang paling aku sukai. Biarpun amalan aku tidak seperti Rasulullah, Abu Bakar dan Umar, mudah- mudahan aku akan bersama dengan mereka disyurga kerana aku mencintai mereka. DR AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Friday, October 15, 2021

Lafaz Selawat Yang Paling Mulia & Afdhal

Jumaat, 8 Rabiulawal 1443H: Dari Talhah bin ‘Ubaidillah RA yang berkata: “Wahai Rasulullah. Bagaimanakah kami dapat berselawat ke atasmu?” 

 
Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua ucapkanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
 
Maksudnya: “Ya Allah selawatlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sepertimana Dikau telah berselawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Dikau tuhan yang maha terpuji lagi maha agung. Ya Allah berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad, sepertimana Dikau telah berkati ke atas Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Dikau tuhan yang maha terpuji lagi maha agung.
 
(Riwayat Ahmad, al-Nasa-ie, al-Tahawi. Hadis ini sahih berdasarkan syarat Muslim. Al-Imam al-Nawawi RH di dalam kitabnya Raudhah al-Talibin menyebut sighah yang paling afdhal ialah dengan sighah ini. (1/265))
 

 May be an image of text

 

 

Thursday, October 14, 2021

Kamar-Kamar Di Surga

 

Khamis, 7 Rabiulawal 1443H: Dari Sayidina Ali, dia berkata bahwa Nabi Saw bersabda;

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا. فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
 
Sesungguhnya di surga terdapat kamar-kamar yang mana bagian luarnya terlihat dari bagian dalam dan bagian dalamnya terlihat dari bagian luarnya. 
 
Lantas seorang a’rabi berdiri sambil berkata; "Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan, Wahai Rasululullah?"
 
Rasulullah menjawab; "Untuk orang yang berkata baik dan benar, orang yang memberi makan, dan orang yang senantiasa berpuasa dan shalat pada malam hari di waktu manusia pada tidur."

HR Imam Al-Tirmidzi
 May be an image of one or more people and text

Wednesday, October 13, 2021

Doa

Rabu, 6 Rabiulawal 1443H: 1)Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 

 
(HR Tirmizi)
 
2)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
 
(HR Tirmizi)
 May be an image of one or more people and text

Tuesday, October 12, 2021

Dugaan Kerana Cinta Allah SWT

 

Selasa, 5 Rabiulawal 1443H: Dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
 
"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. 
 
Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."
 
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
 
 May be an image of text

Monday, October 11, 2021

Majlis Ilmu - Taman Syurga

 

Isnin, 4 Rabiulawal 1443H: 1) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberikan nasihat kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, (( وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ, فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ.))

Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”
 
( HR At-Tirmidzi no. 2305. Syaikh Al-Albani berkata, “Hasan.” (Shahih Sunan At-Tirmidzi.)
 
 
2) Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan kita untuk menghadiri majlis ilmu. 
 
Dengan sabdanya, إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ 
 
"Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. "
 
Mereka bertanya, "Apakah taman syurga itu?” 
 
Beliau menjawab,"Halaqoh dzikir (majlis Ilmu)."
 
[Riwayat At Tirmidzi dan dishahihkan Syeikh Salim bin Ied Al Hilali dalam Shahih Kitabul Adzkar 4/4].
 
 May be an image of text

Friday, October 8, 2021

Manusia Paling Bakhil

 

Jumaat, 1 Safar 2021: Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”

Maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” 
 
Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎JANGAN TINGGAL SELAWAT PADA NABI Dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Sabda Rasulullah: كُنتُم حَيْتُ تبلغني صَلَاتكُمْ فَإِنَّ عَلَيَّ وَصَلّوا "Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada." (Sunan Abu Daud- dinilai Sahih oleh Ibn Hajar) Dr. Ahmad Sanusi Azmi Majlis Ulama ISMA isma‎"‎‎

Thursday, October 7, 2021

Tiga Dosa Besar

 Khamis, 30 Safar 1443H: Dari Ibnu Mas'ud RA berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW , ' Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?" 

Maka Nabi SAW menjawab, "Engkau menjadikan tandingan (syirik) untuk Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu." 
 
Aku lalu berkata, 'Jika demikian berarti itu memang perkara besar!"
 
Kemudian aku bertanya lagi, 'Lalu apa lagi? ' 
 
Nabi SAW menjawab: "Engkau membunuh anakmu karena kamu khawatir (takut) ia akan makan bersamamu."
 
Kemudian saya bertanya, "Lantas apa lagi?" 
 
Nabi SAW menjawab: "Engkau berzina dengan istri tetanggamu." 
 
(HR. Al-Bukhari)
 
 May be an image of ‎text that says "‎Sensitif Dengan Perkara Dosa Sabda Rasulullah الْمُؤْمِنُ فَذَلِكَ سَيِّنَتُهُ وساءَتهُ حَسَنَتُهُ سَرَّتَهُ مَنْ Barangsiapa yang hatinya merasa tenang dengan dengan amal kebaikannya dan tidak selesa dengan perkara kejahatannya, maka itulah (sifat) mukmin (yang sebenar). (Hadis riwayat al-Tirmizi) "Rasulullah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Orang yang beriman, hatinya sensitif melihat perkara kemungkaran. DR. AHMAD SANUSI AZMI MAJLIS ULAMA ISMA DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI isma DR AHMAD SANUSI‎"‎

Wednesday, October 6, 2021

Yahudi, Nasrani Atau Majusi

 

Rabu, 29 Safar 1443H: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

(Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)
 
 May be an image of one or more people and text

Tuesday, October 5, 2021

Apakah Ruwaibidho?

 

Selasa, 28 Safar 1443H: Sabda Rasulullah: "Akan datang tahun-tahun penuh dengan pendustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidho turut bicara."

Lalu Baginda ditanya apakah Ruwaibidho itu? 
 
Baginda menjawab:"Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum. "
 
[HR Ibn Majah 4026].
 
 May be an image of text

Monday, October 4, 2021

Pemimpin Satu Penyesalan

 Isnin, 27 Safar 1443H: 1.Rasulullah bersabda maksudnya: "Pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, tetapi tidak bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan kaumnya, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
2.Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat)."
 
(Sahih al-Bukhari, no: 7148)
 
 May be an image of one or more people and text

Friday, October 1, 2021

Menggengam Bara Api

 Jumaat, 24 Safar 1443H: 1.Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
 
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.
 
[Riwayat al-Tirmizi )
 
2.Rasulullah SAW bersabda :
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ
 
Maksudnya: “Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.”
 
(HR Muslim)
 
 
 May be an image of one or more people and text