Friday, May 31, 2019

Tanda-Tanda Malam Qadar


Jumaat, 26 Ramadhan 1440H: Dari 'Abdullah bin Mas'ad r.a., katanya: "Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun nescaya dia bertemu dengan "Malam Qadar".

Jawab Ubay, "Demi Allah! Malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah saw. menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu), iaitu yang kedua puluh tujuh Ramadhan. Tanda-tandanya ialah, esok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang ada cahaya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0736.

 Image may contain: 1 person, text

Thursday, May 30, 2019

Tujuh Terakhir Ramadhan


Khamis, 25 Ramadhan 1440H: Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Bahawasanya beberapa orang lelaki sahabat , Nabi saw. diperlihatkan kepada mereka Malam Qadar dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir (bulan Ramadhan).

Rasulullah saw. bersabda: "Aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa hendak mencari-carinya carilah pada tujuh yang akhir."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0992

 Image may contain: text

Tuesday, May 28, 2019

Lailatul-Qadar Malam ke-27 Ramadhan


Selasa 23 Ramadhan 1440H; Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar Zirr bin Hubaisy berkata: "Barang siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun, tentu dia memperoleh Lailatul-Qadar”.

Ubai berkata: "Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia telah mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan tetapi dia menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu kemudian Ubai bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan".

Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai Abal-Mundair?"

Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW kepada kita iaitu bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya".

Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3409.

 No photo description available.