Wednesday, December 30, 2015

Allah SWT Kagum

Rabu, 17 Rabiulawal 1437H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." 

Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air". Begitulah jawapan mereka masing-masing. 

Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." 

Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!" 

Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" 

Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." 

Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan." Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. 

Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi."

Hadis Sahih Muslim 

Tuesday, December 29, 2015

Perumpaman Hidup Mukmin, Kafir & Munafik

Selasa, 29 Rabiulawal 1437H : Dari Ka'ab (bin Malik) r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Perumpamaan hidup orang mukmin bagaikan pohon yang lemah, ditiup angin ke kanan dan ke kiri. Pada suatu ketika dia terbanting bungkuk, tetapi pada kali yang lain dia tegak lurus kembali. Demikianlah keadaannya (ia dapat bertahan hidup) sampai pohon itu mati. 

Dan perumpamaan hidup orang kafir (dan orang munafik) seperti pohon yang keras berdiri di atas pokoknya, tidak terumbang-ambing ditiup angin. Tetapi apabila dia tumbang, tamatlah riwayatnya."

Hadis Sahih Muslim

Friday, December 18, 2015

Seluruh Bumi Allah Adalah Tempat Sujud

Jumaat, 6 Rabiulawal 1437H: Dari Ibrahim bin Yazid At Taimi r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku membacakan Quran kepada bapaku di halaman masjid. Ketika aku membaca ayat sajadah, beliau sujud. 

Lalu aku bertanya kepada beliau, "Mengapa ayah sujud di jalanan?" 

Jawab beliau, "Aku mendengar Abu Dzar bercerita, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang masjid yang mula-mula dibangun di muka bumi." 

Jawab Rasulullah saw.," Masjidil Haram." 

Kemudian ditanyakannya pula, "Sssudah itu masjid apa lagi." 

Jawab beliau, "Masjidil Aqsha." 

Kemudian ditanyakannya pula, "Berapa lama jarak antara keduanya di bangun".

Jawab beliau, "Empat puluh tahun." 

Lalu beliau melanjutkan bicaranya: Kemudian seluruh bumi Allah adalah tempat sujud bagi mu. Kerana itu di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah segera."

Hadis Sahih Muslim 

Thursday, December 17, 2015

Yang Paling Baik

Khamis, 5 Rabiulawal 1437H: Dari Imran bin Husain r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: 

"Yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang ada pada abadku, di bawah itu orang-orang yang setelah mereka, seterusnya orang-orang yang setelah mereka". 

Dan selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: "Setelah kamu nanti akan ada kaum yang berkhianat dan mereka tiada dipercayai. Mereka turut jadi saksi, sedangkan mereka tiada diminta untuk itu; mereka bernazar, tetapi mereka tiada memenuhinya (tiada membayarnya), dan di antara mereka ada gemuk-gemuk badannya".

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, December 16, 2015

Dengki Yang DiBenarkan

Rabu, 4 Rabiulawal 1437H: Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: 

"Tidak boleh dengki melainkan kepada dua macam: 

Pertama, kepada orang yang dikaruniai Allah ilmu Al Quran, lalu diamalkannya siang malam. 

Kedua, kepada orang yang dikaruniai Allah harta kekayaan, lalu dibelanjakannya siang dan malam (di jalan Allah)."

Hadis Sahih Muslim 

Tuesday, December 15, 2015

Jadilah Kamu Semua Bersaudara

Selasa, 3 Rabiulawal 1437H: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw, bersabda: 

"Janganlah kamu saling marah, jangan saling dengki, dan jangan pula saling tak acuh satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari."

Hadis Sahih Muslim 

Friday, December 11, 2015

Menjadi Imam

Jumaat, 29 Safar 1437H: Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Mereka solat menjadi imam solat bagi mu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala, sedangkan mereka berdosa."

 Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, December 9, 2015

Menghapuskan Dosa-Dosa

Selasa, 27 Safar 1437H: Dari 'Usman r.a., katanya, mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

"Setiap orang muslim, apabila tiba waktu solat wajib, lalu dia wuduk sesempurna mungkin, sesudah itu dia solat sekhusyu' mungkin, nescaya Allah menghapus dosa-dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar. Demikianlah halnya sepanjang masa."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, December 8, 2015

Satu Bahagian Rahmat Allah Di Bumi

Selasa, 26 Safar 1437H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

"Allah Ta'ala menjadikan sifat rahmat seratus bahagian (peratus). Maka dipeganglah di sisi-Nya sembilan puluh sembilan bahagian dan diturunkanNya satu bahagian ke bumi. Maka dengan yang satu bahagian inilah seluruh makhluk berkasih-sayang sesamanya, sehingga seekor haiwan mengangkat kakinya kerana takut anaknya akan terpijak olehnya."

Hadis Sahih Muslim

Monday, December 7, 2015

Takwa Dan Sabar

Isnin, 25 Safar 1437H: Dari Anas bin Malik r.a. dia mengatakan kepada perempuannya: "Tahukah engkau si Anu (seorang perempuan"?" 

Jawabnya: ''"Tahu!'' 

Kata Anas; "Sesungguhnya Nabi saw. bertemu dengan perempuan itu ketika dia sedang menangis dekat sebuah kubur. Lalu Nabi mengatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah!"

Perempuan itu menjawab: "Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan saya ini!" 

Nabi meninggalkan perempuan itu dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lalu dekat perempuan itu seorang laki-laki menanyakan: "Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah kepada engkau?" 

Jawab perempuan: "Aku tidak mengetahui (bahawa beliau Rasulullah)." 

Kata laki-laki: "Sesungguhnya beliau itu Rasulullah saw." 

Maka datanglah perempuan tadi ke pintu rumah Nabi dan diperolehnya tidak ada pengawal. Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah! Saya tidak mengenal engkau!" 

Nabi bersabda: "Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama."

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, December 4, 2015

Seburuk-buruk Manusia Di Hari Kiamat

Jumaat, 22 Safar 1437H: Dari 'Aisyah r.a., katanya ada seorang lelaki minta izin masuk ke rumah Rasulullah saw., maka bersabda beliau, "Biarkanlah dia masuk, justru kerana dia jahat." 

Setelah orang itu masuk, ternyata Rasulullah saw. bersikap sangat lemah lembut kepadanya. Kerana itu aku bertanya kepada beliau. 

"Ya, Rasulullah! Tadi Anda mengatakan bahawa orang itu sangat jahat, ternyata Anda bersikap sangat lemah lembut kepadanya." 

Jawab beliau, "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah orang yang dibiarkan saja oleh orang ramai (berbuat sesukanya) kerana takut kejahatannya."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 3, 2015

Bacaan Dalam Solat

Khamis, 21 Safar 1437H: Diberitakan oleh Abdullah r.a., katanya: "Ketika kami solat bersama-sama dengan Nabi saw., kami membaca "Assalam 'alallaahi min 'ibaadihi, assalamu 'ala fulaanin wa fulaanin. (Salam untuk Allah dari hamba-Nya; Salam untuk di Anu dan si Anu).

Mendengar bacaan itu Nabi saw. bersabda, "Janganlah kamu mengatakan Assalamu 'alallaah ", kerana Allah itu sendiri adalah As Salaam. Tetapi bacalah: "At tahiyyaatu lillaahi, wash shalawatu wath thaiyyibaatu, Assalaamu 'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh, Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibadillaahish shaalihin. " (Penghormatan untuk Allah, seluruh doa dan segala kebaikan, Salam untukmu hai Nabi, disertai rahmat dan berkat Allah, Salam untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang soleh-soleh).

Jika doa itu yang kamu baca, maka doamu meliputi seluruh hamba Allah, baik yang di langit mahupun yang antara langit dan bumi.

Selanjutnya bacalah: "Asyhadu anla ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh." (Saya mengakui, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah. Dan saya mengakui bahawa Muhammad itu hamba Allah dan rasul-Nya).

Setelah membaca doa itu. seseorang boleh memilih doa yang disukainya. dan berdoalah dengan doa yang disukainya itu.

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, December 2, 2015

Apa itu qaza'?

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. telah melarang melakukan qaza'.

Tanya Abdullah kepada Nafi', "Apa itu qaza'?" 

Jawab Nafi', "Mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, December 1, 2015

Dajjal

Selasa, 19 Safar 1437H: Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Tidak sebuah jua pun negeri, melainkan semua dipijak oleh Dajjal. Kecuali Mekah dan Madinah. Semua jalan yang menuju ke sana, dijaga Malaikat dengan berbaris. 

Maka berhentilah Dajjal di sebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang-orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui Dajjal."

Hadis Sahih Muslim