Friday, August 30, 2019

Makan Dulu Atau Solat?

Jumaat, 29 Zulhijjah 1440H: Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا وُضِعَ العَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ

Maksudnya: “Apabila dihidangkan makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakanlah dengan makanan.”

[Hadis Riwayat al-Bukhari (5463)]

Thursday, August 29, 2019

Solat Memakai Kasut

Khamis, 28 Zulhijjah 1440H: Daripada Syaddad bin Aus R.A, Nabi SAW bersabda:

خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ ، وَلاَ خِفَافِهِمْ

Maksudnya: “Berbezalah dengan orang Yahudi. Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf.”

Hadis Riwayat Abu Daud (652)

Wednesday, August 28, 2019

Hukum Majlis DiHidang Arak

Rabu, 27 Zulhijjah 1440H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.

Riwayat al-Haithami (1/283)

Tuesday, August 27, 2019

Hukum Patung Mainan & Sebagai Perhiasan Rumah

Selasa, 26 Zulhujjah 1440H: Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي

Maksudnya: “Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.”

Hadis Riwayat Imam al-Bukhari (6130)

Monday, August 26, 2019

Penyakit Áin & Rawatannya

Isnin, 25 Zulhijjah 1440H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
 
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: "Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah."

Hadis Riwayat Muslim (5831)

Wednesday, August 21, 2019

Bahaya Fitnah

Rabu, 20 Zulhijjah 1440H: Daripada Huzaifah R.A, Rasullullah) SAW bers‏abda;

“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)."

[Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Monday, August 19, 2019

Berwuduk Sebelum Tidur

Isnin, 18 Zulhijjah 1440H: Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepadaku:

"Apabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwudhuk seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan, dan berdoalah::

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ

“Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu, dan aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Kamu turunkan, dan nabi-Mu yang Kamu utuskan.”

Sekiranya kamu mati, nescaya kamu mati di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca.

Riwayat al-Bukhari (6311)

Thursday, August 15, 2019

Fadhilat Mendengar & Membaca Al Quran

Khamis, 14 Zulhijjah 1440H: Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:

"‏ "اقْرَأْ عَلَىَّ ‏"‏‏.‏ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ ‏"‏ نَعَمْ ‏"‏‏.‏ فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ ‏{‏فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا‏}‏ قَالَ ‏"‏ حَسْبُكَ الآنَ ‏"‏‏.‏ فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ‏.‏

Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”.

Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” 

Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” 

Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata .

Hadith riwayat al-Bukhari: 4583

Wednesday, August 14, 2019

Kaifiat Dan Waktu Takbir Aidiladha

Rabu, 13 Zulhijjah 1440H: Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW:

كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Maksudnya: “Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.”

Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih

Friday, August 9, 2019

Kelebihan Puasa 9 Zulhijjah - Hari Arafah

Jumaat, 8 Zulhijjah 1440H: Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ
بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” 

Mereka berkata; "Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah?"'

Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.” 

[Riwayat Abu Daud (2082)][Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]


Thursday, August 8, 2019

Hukum Menyaksikan Sembelihan Korban

Khamis, 7 Zulhijjah 1440H: Rasulullah SAW bersabda;

تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ. قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَنَا أَهْلَ
الْبَيْتِ خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu.” 

Fatimah bertanya: “Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita Ahlul Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya?” 

Jawab Rasulullah SAW: “Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya.” 

[Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)]

Wednesday, August 7, 2019

Kelebihan Ibadat Korban

Rabu, 6 Zulhijjah 1440H: Dari 'Ali r.a., katanya: "Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. 

Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri." 

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1252

Tuesday, August 6, 2019

Perasaan Kasih Kepada Haiwan Korban

Selasa, 5 Zulhijjah 1440H: Diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:

فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ

Maksudnya: "Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan baik'".

Hadis Riwayat Muslim (1955)

Monday, August 5, 2019

Melontar Jamaratul Sugra 10 Zulhijjah

Isnin, 4 Zulhijjah 1440H: Daripada Jabir R.Anhu berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَرْمِي الْجَمْرَةَ وَهُوَ عَلَى بَعِيرِهِ وَهُوَ يَقُولُ ‏ "‏ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مَنَاسِكَكُمْ فَإِنِّي لاَ أَدْرِي لَعَلِّي لاَ 
 أَحُجُّ بَعْدَ عَامِي هَذَا

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW telah melontar dan Baginda di atas untanya lalu bersabda: “Wahai manusia, ambillah kerja-kerja haji kamu sesungguhnya aku tidak mengetahui apakah aku masih akan melaksanakan haji lagi selepas tahun ini”

Hadis Riwayat al-Nasaie (3062)


Friday, August 2, 2019

Penajaan Korban

Jumaat, 1 Zulhijjah 1440H: Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya: “Nabi saw. menyerahkan kepadanya sejumlah kambing untuk dibahagi-bahagikan kepada para sahabat beliau sebagai binatang korban. Setelah dibahagi-bahagikan masih tinggal seekor kambing muda.” 

Hal itu saya sebutkan kepada Rasulullah saw. Beliau berkata: "Berkorbanlah engkau dengan kambing itu!” 

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1650.

Thursday, August 1, 2019

Larangan Bagi Yang Melakukan Ibadat Korban

Khamis, 29 Zulhijjah 1440H: Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : "Siapa yang memperoleh kelapangan untuk berkurban, dan dia tidak mau berkurban, maka janganlah hadir dilapangan kami (untuk shalat Ied).” 

[HR Ahmad, Daru qutni, Baihaqi dan al Hakim]

*1 Zulhijjah bermula apabila masuk waktu maghrib.