Friday, May 29, 2020

Puasa Qadha Dengan Puasa 6 Syawal

Jumaat, 6 Syawal 1441H: Daripada Ibn Abbas RA, katanya:
 
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
 
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Nabi SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia dan dia masih mempunyai hutang puasa bulan Ramadhan. Bolehkah aku menunaikannya? 
 
Baginda menjawab: Ya, hutang Allah lebih patut ditunaikan.”
 
[HR al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148)]
 
 

Thursday, May 28, 2020

Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal


Khamis, 5 Syawal 1441H: Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun."
Hadis  Riwayat Muslim (1164)
 

Friday, May 22, 2020

Ziarahi Kubur Di Hari Raya

Jumaat, 29 Ramadhan 1441H : Daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:
 
استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت
 
Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".
 
Riwayat Muslim
 
 

Monday, May 18, 2020

Kelebihan Beribadah Pada Lailatul Qadr

Isnin, 25 Ramadhan 1441H: Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
 
Maksudnya: "Adalah Rasulullah S.A.W itu bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh yang terakhir (dari bulan Ramadhan) melebihi ibadah baginda pada hari-hari yang lain."
 
Riwayat Muslim (1175)
 
 

Friday, May 15, 2020

Memburu Pahala Ibadah Pada Lailatul Qadr

Jumaat, 22 Ramadhan 1441H: Diriwayatkan juga oleh A’isyah R.anha:
 
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَه وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
 
Maksudnya: "Adalah Nabi S.A.W apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, baginda menghidupkan malam harinya, dan baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).‏"
 
Riwayat al-Bukhari (2024)
 
 

Thursday, May 14, 2020

Zakat Fitrah

Khamis, 21 Ramadhan 1441H: Daripada Ibn Umar R.Anhuma dia berkata:
 
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
 
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).
 
Riwayat al-Bukhari (1503)
 
 

Wednesday, May 13, 2020

Memburu Pahala Ibadah Pada Lailatul Qadr


Rabu, 20 Ramadhan 1441H: Diriwayatkan juga oleh A’isyah R.anha:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَه وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya: "Adalah Nabi S.A.W apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, baginda menghidupkan malam harinya, dan baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).‏"

Riwayat al-Bukhari (2024)
 



Tuesday, May 12, 2020

Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Keuzuran

Selasa, 18 Ramadhan 1441H: Berkata Ibn Abbas R.Anhuma: “Golongan (yakni mereka diberikan tanggungjawab untuk berpuasa tetapi mereka tidak mampu) itu adalah lelaki tua renta dan wanita tua renta, yang masing-masing tidak mampu untuk berpuasa, maka mereka hendaklah memberi makan setiap hari seorang miskin.”

Riwayat al-Bukhari (no. 4235).

Daripada Abu Hurairah RA bahawa dia berkata: “Barangsiapa yang mencapai umur tua kemudian tidak mampu berpuasa Ramadhan maka dia wajib bagi setiap hari (yang ditinggalkan) itu satu mudd daripada tepung gandum.”

Riwayat al-Baihaqi (4/271).

Friday, May 8, 2020

Membetulkan Bacaan Suami Dalam Solat

Jumaat, 15 Ramadhan 1441H: Nabi SAW pernah menyatakan di dalam sebuah hadis:

إِذَا نَابَكُمْ شَىْءٌ فِي الصَّلاَةِ فَلْيُسَبِّحِ الرِّجَالُ وَلْيُصَفِّحِ النِّسَاءُ

Maksudnya: “jika terjadi sesuatu di dalam solat maka tegurlah, bagi lelaki dengan bertasbih dan wanita dengan tepukan”

(Hadis riwayat Abu Daud, No. 941)

Wednesday, May 6, 2020

Berbuka Puasa Dengan Merokok

Rabu, 12 Ramadhan 1441H: Daripada Anas Bin Malik R.A berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW berbuka puasa sebelum bersolat (Maghrib) dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum beberapa teguk air."

Riwayat al-Tarmizi (696) dan Abu Daud (2356)
Imam al-Tarmizi menghukumkan hadis ini sebagai hasan gharib.

Monday, May 4, 2020

Beribadat Malam Di Bulan Ramadhan

Isnin, 11 Ramadhan 1441H: Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: "Sesiapa yang melakukan qiyam (beribadat malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu."

Riwayat Al-Bukhari (37)