Friday, January 31, 2020

Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Jumaat, 6 Jamadilakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَتَطَهَّرَ بِمَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، ثُمَّ ادَّهَنَ أَوْ مَسَّ مِنْ طِيبٍ، ثُمَّ رَاحَ فَلَمْ يُفَرِّقْ بَيْنَ اثْنَيْنِ، فَصَلَّى مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ إِذَا خَرَجَ الإِمَامُ أَنْصَتَ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى

Maksudnya: "Sesiapa yang mandi pada hari jumaat, bersuci dengan apa yang termampu untuk bersuci, kemudian meminyakkan (rambut) atau memakai wangian, kemudian dia pergi tanpa dia melangkah dengan paksaan di antara dua orang, kemudian dia mendirikan solat seperti mana yang diperintahkan kepadanya, kemudian apabila keluar imam (untuk berkhutbah) dia berdiam diri, maka diampunkan dosanya, di antara jumaat itu dengan jumaat yang lalu."

Riwayat al-Bukhari (910)

Thursday, January 30, 2020

Mandi Wajib

Khamis, 5 Jamdilakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau RA berkata:

أُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَ عُدِّلَتِ الصُّفُوْفُ قِيَامًا فَخَرَجَ إِلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم فَلَمَّا قَامَ فىِ مُصَلاَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ جُنُبٌ فَقَالَ لَنَا: مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَيْنَا وَ رَأْسُهُ يَقْطُرُ فَكَبَّرَ فَصَلَّيْنَا مَعَهُ

Maksudnya: Apabila telah diiqamatkan solat dan saf telah diluruskan, lalu keluarlah Rasulullah SAW kepada kami. Pada ketika Baginda SAW berdiri di tempat solat, Baginda SAW teringat bahawa Baginda SAW berada dalam keadaan berjunub. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami, “Tetaplah di tempat kalian.” 

Kemudian Baginda SAW kembali dan mandi, selepas itu Baginda SAW keluar kepada kami dengan kepala Baginda SAW yang mulia masih menitis air. Lalu Baginda SAW mengangkat takbir dan kami pun bersolat bersamanya.

Hadith riwayat al-Bukhari (275) dan al-Muslim (605)

Wednesday, January 29, 2020

Memberi Gelaran Nama

Rabu, 4 Jamadilakhir 1441H: Berkata Umar RA kepada Suhaib RA: Mengapa kamu digelar Abu Yahya sedangkan kamu tidak mempunyai anak? Jawab Suhaib:

كَنَّانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَبِي يَحْيَى

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memberi gelaran (panggilan nama) kepadaku dengan Abu Yahya.” 

[Riwayat Ibn Majah (3738)][Sanad hadith ini adalah hasan sebagaimana di dalam al-Zawaid]

Tuesday, January 28, 2020

Solat Wanita Tanpa Memakai Telekung

Selasa, 3 Jamadilakhir 1441H: Daripada‘Aisyah R.Anha:

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّى الْفَجْرَ، فَيَشْهَدُ مَعَهُ نِسَاءٌ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ مُتَلَفِّعَاتٍ فِى مُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَرْجِعْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ مَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersolat Subuh, beberapa orang wanita yang berpakaian menutup seluruh tubuh juga bersolat bersama-sama Baginda. Selepas itu, mereka balik ke rumah masing-masing tanpa dikenali oleh sesiapa pun.”

Riwayat al-Bukhari (365)


Thursday, January 23, 2020

Menjirus Air Mawar Ke Atas Kubur

Khamis, 27 Jamadilawal 1441H: Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda ketika melalui dua buah kubur yang sedang diseksa:

إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا بِنِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا فَقَالَ: "لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا".

Maksudnya: “Sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. 

Seorang daripadanya diseksa kerana tidak mencuci air kencingnya dengan betul dan seorang lagi diseksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba. 

Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu mematahkannya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua”. 

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, mengapa engkau melakukan hal sedemikian?”.
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Semoga dengan pelepah ini dapat meringankan seksanya selagimana ia belum kering”.

Riwayat al-Bukhari (no. 218)

Wednesday, January 22, 2020

Sempurnakan Wudhuk Dengan Baik

Rabu, 26 Jamadilawal 1441H: Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ

Maksudnya: "Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah. Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air. Sebahagian orang tergesa-gesa berwudhuk kerana takut waktu Asar akan habis. 

Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering, tidak disentuh oleh air.
Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk kamu dengan baik."

Hadith riwayat Muslim: (593)

Monday, January 20, 2020

Memakai Jam Tangan Kiri

Isnin, 24 Jamadilawal 1441H: Daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:

كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.

Hadis Riwayat Muslim (2095)


Thursday, January 16, 2020

Roh Orang Mati Akan Pulang?

Diriwayat daripada Jabir RA:

قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَا جَابِرُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَحْيَا أَبَاكَ، فَقَالَ لَهُ: تَمَنَّ عَلَيَّ، فَقَالَ: أُرَدُّ إِلَى الدُّنْيَا، فَأُقْتَلُ مَرَّةً أُخْرَى، فَقَالَ: إِنِّي قَضَيْتُ، أَنَّهُمْ إِلَيْهَا لَا يُرْجَعُونَ

Maksudnya: Telah berkata kepadaku Rasulullah ﷺ: "Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jal telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. 

Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi."

Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa nereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”

Riwayat Ahmad (14881). Komentar Syeikh Syu’aib al-Arnout: Sanad-sanadnya hasan.

Wednesday, January 15, 2020

Sunat Menghadap Kiblat

Rabu, 19 Jamadilawal 1441H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتُقْبِلَ بِهِ الْقِبْلَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat.”

Al-Tabari meriwayatkan dalam Tahzib al-Athar (1/235)

Tuesday, January 14, 2020

Keberakatan Air Zam Zam

Selasa, 18 Jamdilawal 1441H: Daripada Abu Zar R.Anhu bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

Maksudnya : "Sesungguhnya ia (air zamzam) air yang penuh dengan keberkatan dan ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan". 

[HR Muslim (2473)]

Monday, January 13, 2020

Larangan Solat Di Tujuh Tempat

Isnin, 17 Jamdilawal 1441H: Diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبُرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ وَفِي مَعَاطِنِ الإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ ‏"‏ ‏
 
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang solat di tujuh tempat: tempat (pembuangan) sampah, tempat penyembelihan haiwan, perkuburan, di tengah jalan, tempat pemandian (tandas), tempat unta, dan di atas Ka’bah."

Riwayat al-Tirmizi (346)

Friday, January 10, 2020

Menanam Bangkai Haiwan

Jumaat, 14 Jamadilawal 1441H: Rasulullah S.A.W, Ibn ‘Abbas berkata:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ؟» فَقَالُوا: إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ: «إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا»

Maksudnya: "Hamba milik Maimunah R.A pernah diberi sedekah seekor kambing, kemudian kambing tersebut mati. Ketika Rasulullah S.A.W. melintasi dan melihatnya, beliau bersabda: “Kenapa tidak engkau ambil kulitnya kemudian engkau samak sehingga dapat memanfa'atkannya?”
Mereka berkata; ‘Ia telah menjadi bangkai.’ 

Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang dilarang adalah memakannya.”

Riwayat al-Bukhari (1492), Muslim (363)

Thursday, January 9, 2020

Troll Di Media Sosial

Khamis, 13 Jamadilawal 1441H: Rasulullah SAW dalam sabdanya:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”

Riwayat Ahmad (7215)

Tuesday, January 7, 2020

Kirim Salam Kepada Ahli Kubur

Selasa, 12Jamadilawal 1441H: Kata Abu Hurairah:

أنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم خرج إلى المقبرة فقال السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون

"Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam keluar (menziarahi) kuburan dan baginda akan berkata:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ، بِكُمْ لاَحِقُونَ

"Salam sejahtera ke atas kamu semua (para penghuni) kuburan daripada kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya kami - insya-Allah - akan menyusuli kamu semua." 

Riwayat Muslim (249), Abu Daud (3237), al-Nasa'ie (150) dan Ibnu Majah (4306).

Monday, January 6, 2020

Mengasihi Untuk DiKasihi

Isnin, 10 Jamaldilawal 1441H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ
\
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” 

[Riwayat al-Bukhari (5997)]

Friday, January 3, 2020

Menjumpai Barang Di Tepi Jalan

Jumaat, 7 Jamadilawal 1441H: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani,merupakan sahabat Rasullullah S.A.W telah berkata, Nabi S.A.W ditanya oleh seseorang yang tidak dikenali berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak. 

Sabda Nabi S.A.W “kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya."

(Hadis riwayat Muslim: 1722)

Thursday, January 2, 2020

Hukum Mengambil Barang Orang Lain

Khamis, 6 Jamadilawal 1441H: Daripada Abdullah bin Saib bin Yazid mendengar Baginda S.A.W bersabda

لاَ يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لاَعِبًا وَلاَ جَادًّا وَقَالَ سُلَيْمَانُ ‏"‏ لَعِبًا وَلاَ جِدًّا ‏"‏ ‏.‏ ‏"‏ وَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا

Maksudnya: "Janganlah salah seorang daripada kalian mengambil barang saudaranya sama ada untuk bergurau senda atau benar-benar (mahu mengambilnya). 

Berkata Sulaiman “Sama ada bergurau dan bersungguh-sungguh” 

Nabi bersabda “Sesiapa yang mengambil tongkat saudaranya maka pulangkan ia”.

(Rujuk: Sunan Abi Daud: 5003)