Friday, January 29, 2021

Diam Ketika Imam Berkhutbah

 

Jumaat, 16 Jamadilakhir 1442H:  Daripada Salman al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ، فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّى مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى
 
Maksudnya: “Seseorang yang mandi dan bersuci pada hari Jumaat sekadar yang termampu, memakai minyak dan wangi-wangian, kemudian ke masjid dan tidak mengganggu para jemaah dan seterusnya mendirikan solat yang ditentukan, diam ketika imam berkhutbah. Maka segala dosa kecilnya akan diampunkan di antara Jumaat dan Jumaat yang akan datang.”
 
Riwayat al-Bukhari (843)
 
 Image may contain: 1 person

Wednesday, January 27, 2021

Tabayuun Dalam Menerima Berita

 Rabu, 14 Jamadilakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Hafs bin Asim RA, sabda Nabi SAW:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
 
Maksudnya: "Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun)"
 
Riwayat Muslim (5)
 No photo description available.

Tuesday, January 26, 2021

Apabila Mayat Telah DiKuburkan

 

Selasa, 13 Jamadilakhir 1442H: Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ
 
Maksudnya: Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. 
 
Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?
 
Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.”
 
Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” 
 
Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”
 
Riwayat al-Tirmizi (1071) dan Ibn Hibban (3117)
 
 No photo description available.

Monday, January 25, 2021

Membunuh Haiwan Tanpa Sebab

 

Isnin, 12 Jamadilakhir 1442H: Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَتَلَ عُصْفُورًا عَبَثًا عَجَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ يَا رَبِّ إِنَّ فُلاَنًا قَتَلَنِي عَبَثًا وَلَمْ يَقْتُلْنِي لِمَنْفَعَةٍ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang membunuh burung kecil tanpa sebab, ia akan mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dan berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia tanpa sebab dan tidak membunuhku kerana sebarang manfaat."
 
Sunan an-Nasa’ie (4446)
 
 No photo description available.

Friday, January 22, 2021

Diam Ketika Khutbah Jumaat

 

Jumaat, 9 Jamadilakhir 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang memegang (bermain) batu maka sesungguhnya dia telah lagha”.
 
[Riwayat Muslim (857)]
 
*Makna lagha adalah perbuatan atau percakapan yang sia-sia atau tidak ada faedah.
 
 No photo description available.

Thursday, January 21, 2021

Sunnah Minum Susu

 

Khamis, 8 Jamadilakhir 1442H Daripada Anas bin Malik R.A menyatakan bahawa :

أنَّ رَسولَ اللَّهِ ﷺ أُتِيَ بلَبَنٍ قدْ شِيبَ بماءٍ، وعَنْ يَمِينِهِ أعْرابِيٌّ، وعَنْ شِمالِهِ أبو بَكْرٍ، فَشَرِبَ ثُمَّ أعْطى الأعْرابِيَّ، وقالَ: الأيْمَنَ فالأيْمَنَ
 
Maksudnya : “Rasulullah SAW pernah diberi susu yang telah dicampur dengan air, sementara di sebelah kanannya terdapat seorang Arab Badwi. Manakala sebelah kirinya adalah Abu Bakar.
 
Kemudian, baginda meminum susu tersebut.
 
Kemudian, baginda memberikan (lebihan) susu tersebut kepada Arab Badwi itu sambil bersabda : “(Dahulukan) yang kanan dan kanan.”
 
[HR al-Bukhari (5619) dan Muslim (2029)]
 No photo description available.

Wednesday, January 20, 2021

Sujud Tilawah

 

Rabu, 7 Jamadilakhir 1442H; Imam al-Bukhari meriwayatkan atsar dari Umar Radhiyallahu anhu :

أن عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَرَأَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ عَلَى الْمِنْبَرِ بِسُورَةِ النَّحْلِ حَتَّى إِذَا جَاءَ السَّجْدَةَ نَزَلَ فَسَجَدَ وَسَجَدَ النَّاسُ حَتَّى إِذَا كَانَتْ الْجُمُعَةُ الْقَابِلَةُ قَرَأَ بِهَا حَتَّى إِذَا جَاءَ السَّجْدَةَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا نَمُرُّ بِالسُّجُودِ فَمَنْ سَجَدَ فَقَدْ أَصَابَ وَمَنْ لَمْ يَسْجُدْ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَلَمْ يَسْجُدْ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
 
" Sesungguhnya Umar bin al-Khathab Radhiyallahu anhu pada hari Jum’at membaca surat an-Nahl di atas mimbar hingga apabila sampai pada ayat sajdah, beliau turun lalu sujud dan kaum Muslimin ikut sujud, hingga pada hari Jum’at berikutnya, beliau membaca surat tersebut hingga sampai ayat sajdah, beliau berkata: 
 
"Wahai kaum Muslimin, sungguh kita diperintahkan sujud. Barangsiapa yang sujud maka ia telah menjalankan sunnah sedangkan orang yang tidak sujud maka ia tidak berdosa. Umar tidak pun tidak bersujud."
 
(Sahih Bukhari)
 No photo description available.

Tuesday, January 19, 2021

Tiga Jenis Mimpi

 

Selasa, 6 Jamadilakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

الرُؤْيَا ثَلَاثَةٌ، فَرُؤْيَا صَالِحَة بُشْرَى مِنَ الله، وَرُؤْيَا تَحْزِين مِن الشَّيْطَان، وَرُؤْيَا مِمَّا يحدث المَرْء نَفْسه، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُم مَا يُكْرِهُ فَلْيَقُمْ فَليُصَلِّ وَلَا يَحدث بِهَا الناس
 
Maksudnya: "Sesungguhnya mimpi itu mempunyai tiga jenis. Mimpi yang baik itu merupakan berita gembira itu yang datang daripada Allah SWT. 
 
Mimpi yang buruk dan membawa kesedihan itu adalah daripada syaitan. 
 
Dan mimpi yang disebabkan oleh apa yang berlaku ke atas seseorang itu. 
 
Jika sekiranya sesiapa dalam kalangan kamu bermimpi sesuatu yang buruk, hendaklah dia berdiri dan mendirikan solat sunat, serta janganlah dia memberitahu mimpinya itu kepada orang lain."
 
Hadith riwayat Muslim: (2263)
 
 Image may contain: 1 person

Monday, January 18, 2021

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

 

Isnin, 5 Jamadilakhir 1442H: Daripada Aisyah R.Anha, Rasullah SAW bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لاَ يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ
 
Maksudnya: "Apabila salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga hilang rasa mengantuk, kerana ketika salah seorang dari kalian solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu samada dia sedang meminta ampun daripada Allah SWT atau sedang mencela dirinya sendiri."
 
Sahih al-Bukhari (212), Sahih Muslim (786), Sunan Abi Dawud (1310), Sunan Tirmizi (355), Al-Muwatto’ Imam Malik (7/3)
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Solat dalam keadaan mengantuk للفتاوي الكافي 512 Al-Kas al-Fatwa Rasulullah bersabda: "Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca. (Sahih al-Bukhari:213 ZZzzzz ZZzZzz Suhibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: Jika seseorang mengantuk hingga tidak sedar apa yang dituturkan ketika solat, hendaklah dia berhenti untuk tidur sebentar atau melakukan perkara yang akan meredakan rasa mengantuk. Jika rasa mengantuk itu tidak menjejaskan kesedaran, hendaklah dia meneruskan solat." SUMBER: L-KAFI #1427| SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK @drzul_albakri 。 @drzulkifi.albakri Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan fMufti Wilayah ersekutuan www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Friday, January 15, 2021

Solat Tahiyyatul Masjid Hari Jumaat

 

Jumaat, 2 Jamadilakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Jabir RA:

جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَاعِدٌ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَعَدَ سُلَيْكٌ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أَرَكَعْتَ رَكْعَتَيْنِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ قُمْ فَارْكَعْهُمَا
 
Maksudnya: Telah datang Sulaik al-Ghatafani pada hari jumaat, dan Rasullulah SAW sedang duduk di atas minbar. Kemudian Sulaik pun duduk sebelum dia menunaikan solat.
 
Maka bersabda Baginda SAW kepadanya: “Adakah kau telah ruku’ (solat) dua rakaat?”
 
Sulaik menjawab: “Tidak”.
 
Maka Baginda SAW bersabda: “Berdirilah dan rukuklah (solatlah) dua rakaat”.
 
Riwayat Muslim (875)
 Image may contain: 1 person

Thursday, January 14, 2021

Wakaf

 

Khamis, 1 Jamadilakhir 1442H; Daripada Ibn ‘Umar r.’anhuma katanya: ‘Umar r.’anhu telah memperoleh sebidang tanah di Khaibar, dan beliau mendatangi Nabi SAW dan meminta nasihat Baginda SAW berkenaanya.

Dia berkata “Wahai Rasulullah SAW, aku memperoleh sebidang tanah di Khaibar yang tidak pernah aku peroleh harta sebaiknya sebelum ini. Menurut kamu, apa yang aku harus lakukakan dengannya?” 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mahu, kamu boleh mewakafkannya dan sedeqahkan hasilnya“.
 
Maka ‘Umar pun mewakafkannya dengan syarat ia tidak dijual atau dihadiahkan kepada sesiapa, dan tidak juga diwariskan. Hasilnya akan disedeqahkan kepada orang miskin, kaum kerabat, untuk membebaskan hamba, membantu jihad di jalan Allah SWT, membantu para musafir dan tetamu. 
 
Dan tidak mengapa sekiranya penjaganya memakan sedikit dari hasilnya sekadar menurut keperluan, atau memberi makan kepada orang lain tanpa menyimpannya untuk masa hadapan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari: 2586; Muslim: 1633)
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎WAKAF Wakaf tenaga manusia للفتاوي الكافي 203 al-Fatwa SUDUT BAHASA Bermaksud berhenti, atau diam. SUDUT ISTILAH SYARA': CHARITYH Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan. Konsep wakaf tenaga manusia yang kita kenali sekarang sebagai 'kesukarelawanan' Bakri Sulibus Samahah Zulkifli Mohamad menyimpulkan Wakaf tidak harus dihadkan kepada perkara-perkara ainiyyah sahaja, bahkan harus juga meliputi tenaga kerja dan kemahiran manusia, selaras dengan perkembangan semasa demi kemaslahatan umat Islam." fMuft Persekutuan SUMBER: AL- @drzulkifi.albakri WAKAF TENAGA MANUSIA Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Wednesday, January 13, 2021

Sabar Dalam Menghadapi Ujian

 

Rabu, 29 Jamadilawal 1442H: Daripada seorang sahabat bernama Khabbab bin al-Art. Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. Kami berkata: Tidakkah Baginda SAW memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda SAW berdoa kepada kami?. Lalu Baginda SAW bersabda:

قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). 
 
Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”. 
 
[Riwayat al-Bukhari (6943)]
 
 Image may contain: text that says "Ketika ditimpa Musibah Pilillah Bersabar & Mintalah Pertolongan Allah Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya 'qub berkata: "Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku) Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan- Nya terhadap apa yang kamu ceritakan" (QS Yusuf 18)"

Tuesday, January 12, 2021

Pembahagian Surah Di Dalam Al Quran

 

Selasa, 28 Jamadilawal 1442H: Diriwayatkan oleh Wathilah Bin Al-Asqa’. Sabda Nabi SAW:

أُعْطِيتُ مَكَانَ التَّوْرَاةِ السَّبْعَ وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الزَّبُورِ الْمَئِينَ وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الْإِنْجِيلِ الْمَثَانِيَ وَفُضِّلْتُ بِالْمُفَصَّلِ
 
Maksudnya :” Aku diberikan Al-Sab’a Al-Tiwal sebagai ganti kepada Taurat. Aku juga diberikan Al-Miin sebagai ganti kepada Zabur. Dan Aku juga diberikan Al-Mathani sebagai ganti kepada Injil dan aku dilebihkan dengan diberikan Al-Mufassal.”
 
Riwayat Imam Ahmad (16982) di dalam Al-Musnad
Sheikh Syu’aib Al-Arnaut menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah sanad yang hasan. Di dalamnya sanad tersebut ada seorang perawi yang bernama ‘Imran Bin Al-Qattan yang dikenali sebagai Ibnu Dawar. Beliau merupakan perawi yang diterima periwayatannya. Dan kebanyakan perawi yang ada di dalam sanad hadis ini adalah perawi yang dipercayai kredibilitinya (thiqah). (Rujuk Musnad Ahmad cetakan Muassasah Al-Risalah, 28/188).
 
 Image may contain: Apeq Lee AbdRasik

Friday, January 8, 2021

Solat Jumaat Wajib Berjemaah Bagi Lelaki

 

Jumaat, 24 Jamadilawal 1442H: Daripada Tariq bin Syihab RA, Nabi SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ
 
Maksudnya: “Jumaat itu adalah hak wajib setiap Muslim lelaki dalam keadaan berjemaah.”
 
Riwayat Abu Daud (1067)
 
 Image may contain: 1 person, text

Thursday, January 7, 2021

Haram Berjudi

Khamis, 23 Jamadulawal 1442H: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ لِصَاحِبِهِ تَعَالَ أُقَامِرْكَ فَلْيَتَصَدَّقْ
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata pada temannya: Marilah kita berjudi / bertaruh! Maka hendaklah dia bersedekah.
 
(Riwayat al-Bukhari, No. 4860 dan Muslim, No. 1647)
 
 Image may contain: people sitting

Tuesday, January 5, 2021

Jangan Jadikan Rumah Perkuburan

 

Selasa, 21 Jamadil Aqal 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
 
Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”
 
Hadis Riwayat Muslim (780)
 No photo description available.