Friday, August 28, 2020

Puasa Asyura Disertai Puasa Sebelum @ Selepasnya.

Jumaat, 9 Muharram 1442H: Daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;

 
قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏ مَا هَذَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
 
Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. 
 
Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. 
 
Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut."
 
Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”.
 
Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.
 
Riwayat al-Bukhari (2004)
 No photo description available.

Thursday, August 27, 2020

Istighfar Nabi Yunus AS

 

Khamis, 8 Muharam 1441H: Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
 
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
 
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. 
 
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. 
 
[Riwayat al-Tirmizi (3505)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]
 
 No photo description available.

Wednesday, August 26, 2020

Solat Sunat Ba'diyah Selepas Tempoh Yang Lama

 

Rabu, 7 Muharram 1442H: Daripada Ibnu ‘Umar R.Anhuma, dia berkata:
 
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
 
Maksudnya: "Aku telah menghafaz (menjaga) daripada Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh."
 
Riwayat al-Bukhari (1180)
 
 Image may contain: text

Tuesday, August 25, 2020

Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

 

Selasa, 6 Muharam 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA ada menyebutkan berkaitan hal ini:
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - عَن النَبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ الآيَةِ : إِنَّ قُرْآنَ الفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا قَالَ : " تَشْهَدُهُ مَلَائِكَةُ اللَيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَار
 
Maksudnya: "Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan ayat 78, surah al-Israa’ maksudnya: dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya), bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ia (solat Subuh) disaksikan oleh Malaikat Malam dan juga Malaikat Siang.”
 
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3135)
 
 Image may contain: text

Monday, August 24, 2020

Awal Muharam 1442 Hijrah

 

Isnin, 5 Muharam 1442H: Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ
 
Maksudnya: "Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail)."
 
Riwayat Abu Daud (2429)
 Image may contain: night, text that says "Muharram Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda "Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di di bulan Allah, yaltu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam". (HR. Muslim)"

Wednesday, August 19, 2020

Cara Mendidik Anak Nakal

 

Rabu, 29 Zulhijjah 1441H: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
 
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏
 
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” 
 
Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” 
 
[Riwayat Muslim (2551)]
 
 Image may contain: one or more people

Tuesday, August 18, 2020

Mewarnakan Rambut

 

Selasa, 28 Zulhijjah 1441H: Daripada Amru Bin ‘Abasah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
 
مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 
Maksudnya: "Sesiapa yang tumbuh satu uban di jalan Allah maka uban tersebut adalah cahaya untuk dirinya pada hari kiamat."
 
Riwayat Al-Tirmizi (1635)
 No photo description available.

Tuesday, August 11, 2020

Dajjal Seorang Atau Ramai

 Selasa, 21 Zulhijjah 1441H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 
ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ
 
Maksudnya: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”.
 
Riwayat Muslim (158)
 
 Image may contain: ‎text that says "‎Dajjal seorang atau ramai? Daripada الأفكار 622 Hurairah RAbahawa bersabda: "Tidak sehinggala ibangkitkan I-dajjal menipuyang 0orang. daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusanAll (RiwayatAl Tirmizi:2218)& AbuDud: Hadis ersebut bermakna dajjal itu adalah ramai. Dajjal yang disebut sebagai Al-Masih seorang yang muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat. Kesimpulannya: "Dajjal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang. www.muftiwp.gov.my pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp PejaatMurWilayahPersekutuan ©Hkum‎"‎

Monday, August 10, 2020

Hukum Melakukan Amalan Untuk Mendapat Ganjaran Keduniaan

Isnin, 20 Zulhijjah 1441H: Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
 
Maksudnya: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana menginginkan harta benda dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya mengikut kepada nilai apa yang dia berhijrah kepadanya."
 
Hadith riwayat al-Bukhari: (54)
 
 No photo description available.

Friday, August 7, 2020

Hukum Menaunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau

 Jumaat, 17 Zulhijjah 1441H: Nabi SAW di mana Rasulullah SAW bersabda:

 
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ
 
Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga menunaikan solat dua rakaat”.
 
Riwayat al-Bukhari (1167)
 
 Image may contain: ‎text that says "‎Hukum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid di surau irijumaat yang janganlah rakaat". untuk AllahSWT. Surau adalah tempat Perbezaan lebih kecil daripada seperti agama. orang bersembahyang yang digunakan kebenaran mendirikan Jumaat. tersebut "Surau untuk Sesetengah pendapat alasan bukan masjid tempat waktu walaupun Jumaat" tahiyyatul Jumaat pendapat dalilnya. Suraujuga jemaah, statusnya dengan masjid idakdinamakan sebagai masjid. Jawatankuasa Hukum Syarak Bersidang 4Februari membenarkan ditunaikan Jumaat berdasarkan dikemukaka. bersetuju tahiyyatul masjid hujah telah الفتوى ارشاد SUMBER طن‎"‎

Thursday, August 6, 2020

Kelebihan Beristighfar

Khamis, 16 Zulhijjah 1441H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.

[Riwayat al-Bukhari (6307)]

Image may contain: sky, outdoor and nature, text that says "SIAPA YANG SENTIASA BERISTIGHFAR MAKA ALLAH AKAN MEMBERINYA kegembiraan bagi setiap kesedihan jalan keluar bagi setiap kesempitan dan rezeki yang tidak disangka- sangka HR ABU DAUD"

Wednesday, August 5, 2020

Pembahagian Daging Korban Yang Afdhal

Selasa, 15 Zulhijjah 1441H: Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”

(Riwayat al-Bukhari Muslim).

Image may contain: ‎text that says "‎الفتوى Irsyadal-Fatwd Pembahagian daging korban yang afdhal SWT: ri(daging) kamu binatang korban yang susah, (Suraal KORBAN SUNAT Menyedekahkan keseluruhan daging korban memakan sebagai mengambil berkat daripadanya. KORBAN NAZAR KORBAN WAJIB Wajib kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya. Salibus Samalhalı r.uAl-Bakr Menyedekahkan keseluruhan daging merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat dan sunnah fuayersekutu @drzulikini.albakri wwww.muftiwp.gow.m ©km‎"‎

Tuesday, August 4, 2020

Bolehkah Solat Qasar Dan Jamak Dengan Tujuan Melancong

Selasa, 14 Zulhijjah 1441H: Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ، وَيَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW menjama’kan solat Zuhur dengan Asar ketika perjalanan (yakni bermusafir) dan menjama’kan solat Maghrib dengan Isya’.”

Riwayat al-Bukhari (1056)

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎للفتاوي الكافي 509 Bolehkah solat Qasar dan Jamak dengan tujuan melancong? SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN Solat rakaat). yang (bukan tujuan maksiat) Jarak sejauh marhalah km). Melepasi negeri atau kawasan bermukim dalam hukum hakam dan jamak. PANDANGAN MAZHAB Mazhab Hanafi: Harus Mazhab Maliki: Makruh Mazhab Syafi'e:Harus Mazhab Hanbali: Harus Sahibus Sumahah "Harus solat Qasar dan Jamak bagi yang bermusafir untuk melancong dan berekreasi. jika perjalanan dengan tujuan maksiat seperti berjudi, maka tidak diharuskan solat Qasar dan Jamak." MutiWilayahPersekutuan @drzul_albakri @drzulkifli.albakri jahPersekutn uftiwp.gov.my ©Hykum‎"‎‎

Monday, August 3, 2020

Pembahagian Daging Korban Yang Afdhal

Isnin, 13 Zulhijjah 1441H: Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
 
أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا
 
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” 
 
(Riwayat al-Bukhari & Muslim).
 
 Image may contain: ‎text that says "‎الفتوى Irsyadal-Fatwd Pembahagian daging korban yang afdhal SWT: ri(daging) kamu binatang korban yang susah, (Suraal KORBAN SUNAT Menyedekahkan keseluruhan daging korban memakan sebagai mengambil berkat daripadanya. KORBAN NAZAR KORBAN WAJIB Wajib kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya. Salibus Samalhalı r.uAl-Bakr Menyedekahkan keseluruhan daging merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat dan sunnah fuayersekutu @drzulikini.albakri wwww.muftiwp.gow.m ©km‎"‎