Friday, February 26, 2021

Tanggungjawab Suami

 

Jumaat, 14 Rejab 1442H: Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya:

أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ: أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ
 
Maksudnya: "Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?”
 
Rasulullah SAW menjawab: “Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka."
 
Riwayat Abu Daud (2144)
 
 May be an image of text

Thursday, February 25, 2021

DiLarang Memuji Berlebihan

 

Khamis, 13 Rejab 1442H: Memuji-muji seseorang secara berlebihan di hadapannya dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Terdapat satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
 
وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ مِرَارًا إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا صَاحِبَهُ لاَ مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ فُلاَنًا وَاللَّهُ حَسِيبُهُ وَلاَ أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا
Maksudnya: "Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”.
 
Sahih Muslim (3000)
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, February 24, 2021

Doa Nabi SAW

Rabu, 12 Rejab 1442H: Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
 
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.”
 
[Riwayat Ibn Hibban (949)]
 
 May be an image of text

Tuesday, February 23, 2021

Hukum Mencela Masa

 

Selasa, 11 Rejab 2021: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ، يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي الأَمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
 
Maksudnya: "Allah S.W.T berfirman: Anak Adam menyakiti Aku. Dia mencela masa sedangkan Aku adalah masa. Di tangan-Ku ada segala urusan. Aku lah yang membolak-balikkan siang dan juga malam."
 
Riwayat Al-Bukhari (7491)
 May be an image of 1 person and text

Monday, February 22, 2021

Bergembira Bertemu Allah

 

Isnin, 10 Rejab 1442H: Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
 
Maksudnya: "Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya."
 
Hadith Riwayat Muslim: (2685)
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎PELBAGAI HUKUM FATWA Benarkah Kematian itu Satu Ujian Dia mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" (Surah al- Mulk: 2) "Kamu semua dicipta untuk kehidupan yang abadi. Kamu sebenarnya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain." Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah " Insafilah bahawa kematian pasti ditempuh oleh semua yang hidup. Hendaklah kita berdoa agar dimatikan dalam husnul khatimah. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri PHF#177 UJIAN USA Mufti @drzulkifi.albakri ههادیدیا للفتاوي الكافى Al-fatawi‎"‎‎

Friday, February 19, 2021

Hukum Berjumpa Bomoh

 

Jumaat, 7 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Safiah daripada beberapa isteri Nabi saw. Sabda Baginda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
 
Maksudnya :” Sesiapa yang pergi berjumpa tukang tilik lalu dia meminta kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama 40 malam.”
 
Riwayat Muslim (5957)
 May be a cartoon of ‎1 person and ‎text that says "‎PELBAGAI HUKUM FATWA Hukum Jumpa Tukang Sihir untuk Übati Sihir Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Riwayat Ahmad (9171)) turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ubat nawar dan rahmat yang ber- kepada-Nya orang HEMOH (Surah al-Isra': Sahibus Samahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan: Mendatangi tukang sihir untuk mengubati sihir adalah haram sama sekali. Pergilah kepada perawat yang meng- rugyah berasaskan ayat al-Quran dan l-Sunnah dalam Sekiranya mampu, boleh merawat sendiri berdasarkan petunjuk Qurani dan hadis Nabawi" الفتوى ارشاد PHF#120 SUMBER‎"‎‎

Thursday, February 18, 2021

Masa Berlalu Pantas Di Akhir Zaman

 

Khamis, 6 Rejab 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ
 
Maksudnya: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.”
 
[Riwayat al-Bukhari (1036)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, February 17, 2021

Doa Musafir

 Rabu, 5 Rejab 1442H: Abu Hurairah R.A menyebut:

أَنَّ رَجُلاً قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي ، قَالَ : عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ ، وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ ، فَلَمَّا أَنْ وَلَّى الرَّجُلُ ، قَالَ : اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ.
 
Maksudnya: Bahawasanya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku hendak berjalan jauh. Maka berilah wasiat kepadaku. Baginda bersabda, Engkau hendaklah bertakwa kepada Allah dan bertakbir ketika menaiki di tempat yang tinggi."
 
Kemudian ketika orang itu ingin pergi, Baginda SAW berdoa untuknya:
اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ
 Maksudnya: “Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.”
 
Riwayat al-Tirmizi (3445)
 May be an image of 1 person and text

Tuesday, February 16, 2021

Adab Minum

 Selasa, 4 Rejab 1442H: Daripada Anas bin Malik RA:

 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا وَيَقُولُ‏"‏ إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا
 
Maksudnya: Rasulullah SAW minum sebanyak tiga kali tegukan dengan tiga kali nafas, dan bersabda: "Cara ini lebih menghilangka dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat."
 
Anas berkata: “Maka aku pun minum dengan tiga kali teguk dengan tiga kali nafas ketika minum”.
 
Sahih Muslim (2038)
 
 May be an image of one or more people and text

Monday, February 15, 2021

Hukum Memelihara Kucing

 

Isnin, 3 Rejab 1442H: Daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
 
Maksudnya: "Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya."
 
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya :
 
لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
 
Maksudnya : "Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah."
 
Riwayat Al-Bukhari (2365)
 
 May be an image of cat and text

Wednesday, February 10, 2021

Penyakit Ain (Pandangan Mata)

 

Rabu, 28 Jamadilakhir 1442H Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
 
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
 
Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737), Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)
 
 May be an image of 1 person and text

Tuesday, February 9, 2021

Allah & Rasul Melaknat Pemberi Serta Penerima Rasuah

 

Selasa, 27 Jamadilakhir 1442H: (1).Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
 
لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
 
Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 
Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)
 
 
(2).Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, beliau berkata:
 
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ
 
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 
Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)
 
 May be an image of Apeq Lee AbdRasik and text

Monday, February 8, 2021

Tidak Masuk Syurga Orang Yang Memutuskan Persaudaraan

Isnin, 26 Jamadilakhir 1442H: Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
 
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.” 
 
[Riwayat Muslim (2560)]
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎الحديث إرشاد 534 Adakah bertengkar lama sama seperti membunuh? Daripada Abi Khirash al-Sulami bahawa Nabi bersabda: "Barangsiapa yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya. Riwayat Abu 4915) KITAB AUN -MA'BUD, 13/176 Saudara di dalam hadith di atas adalah saudara seagama Hukum bertengkar sesama Islam ini adalah haram sekiranya tanpa sebab yang syar'ie. Suhibus Sumahah Zulkifli Mohamad Al-Bakri fMufti Orang yang memutuskan pertalian persaudaraan tidak akan masuk syurga. Semoga Allah SWT menjadikan hamba-hamba nya yang sentiasa menjaga pertalian persaudaraan serta memasukkan kita ke dalam syurganya." AL-HADITH BERTEGUR SELAMA SETAHUN @drzulkifi.albakri Mufti Persekutuan Persekutuan KE-418 www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Friday, February 5, 2021

Diam Ketika Imam Membaca Khutbah

Jumaat, 23 Jamadilakhir 1442H: Aus bin Aus R.A pula meriwayatkan, bahawa Baginda SAW bersabda:

 
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mandi dengan sempurna pada hari Jumaat, pergi awal ke masjid dan tiba awal, dan berjalan kaki serta tidak menunggang ke masjid, duduk berhampiran dengan Imam, mendengar khutbah dan tidak berkata-kata yang sia-sia; maka setiap langkahnya ke masjid akan diberiganjaran pahala setahun berpuasa dan solat malam. "
 
Sunan Tirmizi (496), Sunan Abi Daud (345) dan Sunan Ibn Majah (1140)
 
 
 May be an image of 1 person and text
 

Thursday, February 4, 2021

Hukum Menipu

Khamis, 22 Jamadilakhir 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

 
مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
 
Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”
 
Riwayat Muslim 101
 
 May be an image of one or more people and text                                                                                                                      

Wednesday, February 3, 2021

Bacaan Wirid Selepas Solat

 

Rabu, 21 Jamadilakhir 1442H: Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
 
Maksudnya :” Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan : الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”
 
Riwayat Muslim (1380)
 
 May be an image of 1 person