Wednesday, September 30, 2020

Ilmu Terangkat Dengan Matinya Ulama

 

Rabu,13 Safar 1442H:  Daripada Amru bin al-As yang beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu secara sekali gus daripada hamba-hamba-Nya, tetapi mengangkatnya dengan cara mematikan ulama sehingga tidak ada lagi orang alim, orang ramai mengangkat pemimpin yang jahil (menjadi pemimpin mereka). Pemimpin itu ditanya mengenai sesuatu isu, lalu mereka mengeluarkan fatwa tanpa berdasarkan ilmu. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain."

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
 
 No photo description available.

Tuesday, September 29, 2020

Perniagaan Adalah Sumber Rezeki Terbesar

 Selasa, 12 Safar 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ
 
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” 
 
[Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]
 
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Perniagaan adalah sumber rezeki terbesar إرشادالحديث PENDAPAT PARA ULAMA' MENGENAI STATUS HADITH: "9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan. Imam Ibn Abd al-Bar: Hadith ini dhaif. Imam al-Iraqi: Hadith tersebut adalah mursal (iaitu hadith yang gugurnya sahabat daripada sanad hadith tersebut). Berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji. Ini kerana, Rasulullah terkenal sebagai seorang peniaga sebelum selepas Baginda dilantik menjadi rasul. Suhibus Sumahah Zulkifli Mohamad Al-Bakri c8R "Hadith tersebut adalah mursal atau dhaif kerana sanadnya terputus. Namun, makna hadith tersebut adalah benar, kerana perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. TERBESAR www.muftiwp.gov.my fMufti SUMBER: Persekutuan @drzulkifili.albakr‎"‎‎

Monday, September 28, 2020

Rezeki Yang Baik

 

Isnin, 11 Safar 1442H: Daripada Abi Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟".
 
Maksudnya “Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. 
 
Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ 
 
Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu."
 
Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”
 
Riwayat Muslim (1015)
 No photo description available.

Friday, September 25, 2020

Doa Yang Selalu DiBaca Nabi SAW

 

Jumaat, 7 Safar 1442H: Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.
 
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW selalu mengucapkan: “يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك” (Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). 
 
Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?"
 
Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."
 
Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎FATWA PELBAGAI HUKUM Doa yang kerap dibaca oleh nabi SAW Berdasarkan nas-nas, antara doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW ialah: النّار حَسَنَة الآخرَة حسنة الدّنْيَا في آتنَا Ya Rabb kami, kami kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah seksa neraka. {Riwayat a-Bukhari (6389)} دينك عَلَى قَلبي Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu. {Riwayat Imam Ahmad (12107)} Dato' Seri Sahibus Samahah Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bukan bererti bahawa doa itu hanya terbatas kepada doa-doa tersebut, akan tetapi semua yang thur sebagaimana dan hadith-hadith yang sahih.' dalam للفتاوي الكافي Ⅲ Al-Fatawi @drzul_albakri SUMBER SAW فகட‎"‎‎

Thursday, September 24, 2020

Ucapan Kepada Orang Yang Membuat Kebaikan

 

Khamis, 6 Safar 1442H: Daripada Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا) فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.”
 
Riwayat al-Nasa’ie (9937) dan al-Tirmizi (2035)
 Image may contain: text that says "bahkan seluruh penduduk langit dan bumi mendo akanmu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bersabda, "Sesungguhnya para malaikat, serta semua penduduk langit-langit dan bumi, sampai semut-semut di sarangnya, mereka semua bershalawat (mendoakan dan memintakan ampun) atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR. Tirmidzi no. 2685)"

Wednesday, September 23, 2020

Menjilat Jari Selepas Makan

 

Rabu, 5 Safar 1442H: Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا
 
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya.” 
 
[Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)]
 Image may contain: 1 person

Tuesday, September 22, 2020

Taubat Nasuha

 

Selasa, 4 Safar 1442H: Diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.”
 
Riwayat al-Bukhari (2661)
 
 No photo description available.

Tuesday, September 15, 2020

Adakah Taubat Tidak Diterima Jika Lambat Solat Sunat Taubat

 

Selasa, 27 Muharram 1442H: Daripada Anas Bin Malik.Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
 
Maksudnya :” Setiap anak adam ada (melakukan) kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang salah adalah mereka yang banyak bertaubat.”
 
Riwayat Al-Tirmizi (2423)
 
 Image may contain: 1 person, text

Monday, September 14, 2020

Nafkah Siapa Yang Perlu DiUtamakan

Isnin, 26 Muharram 1442H: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

 
تَصَدَّقُوا ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ ، فَقَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ: أَنْتَ أَبْصَرُ
 
Maksudnya: “Bersedekahlah.” 
 
Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” 
 
Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” 
 
Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” 
 
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” 
 
Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
 
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.”
 
 Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” 
 
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” 
 
Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” 
 
Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
 
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)
 Image may contain: one or more people and text
 

Friday, September 11, 2020

Mengamalkan Amalan Tanpa Berguru

 

Jumaat, 23 Muharram 1442: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ
 
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh.
 
Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” 
 
Riwayat Muslim (1017)
 
 Image may contain: 1 person

Thursday, September 10, 2020

Wanita Lebih Mudah Terdedah Histeria

Khamis, 22 Muharram 1442H; Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

 
إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ
 
Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ 
 
Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.”
 
Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765)
 
 Image may contain: 1 person, text

Wednesday, September 9, 2020

Empat Orang Yang Haram Disentuh Api Neraka

 

Rabu, 21 Muharram 1442H: Nabi Muhammad SAW Bersabda, "Mahukah kalian aku tunjukan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?"

Para Sahabat berkata, "Mahu wahai Rasulullah!" 
 
Baginda SAW menjawab, "Yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl." 
 
(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban).
 
1. *SAHL*
"Orang yang tidak mempersulitkan sesuatu, selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan tidak membuat orang lain jadi susah.
 
2. *QARIB*
"Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Wajahnya selalu berseri-seri dan murah senyum jika bertemu orang serta selalu menebar salam.
 
3. *LAYYIN*
"Orang yang lembut dan santun baik bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak galak, tidak suka memarahi orang yang berbeza pendapat dengannya. Tidak suka memaksa. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain.
 
4. *HAYYIN*
"Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir batin. Tidak senang marah, penuh pertimbangan. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.
 
 Image may contain: 1 person, text

Tuesday, September 8, 2020

Kelebihan Meninggal Di Madinah

Selasa, 20 Muharram 1442H: Diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
 
Maksudnya: "Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana."
 
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)
 No photo description available.

Monday, September 7, 2020

Peliharalah Kesempurnaan Dalam Solat

 

Isnin, 19 Muharram 1442H: Daripada Zaid bin Arqam R.A, katanya :
 
كُنَّا نَتَكَلَّمُ فِى الصَّلاَةِ يُكَلِّمُ أَحَدُنَا أَخَاهُ فِى حَاجَتِهِ حَتَّى نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ (حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ) فَأُمِرْنَا بِالسُّكُوتِ
 
Maksudnya: “Kami pernah berbual-bual ketika menunaikan solat. Seorang daripada kami bercakap rakannya tentang keperluannya sehinggalah turun ayat yang maksudnya : "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu’ lalu kami diperintahkan diam”.
 
[HR al-Bukhari (4260) dan Muslim (539)]
 No photo description available.

Thursday, September 3, 2020

Menangis Ketika Membaca Al Quran

 

Khamis, 15 Muharram 1442H: Aisyah RA berkata kepada Rasulullah SAW:

إِنَّ أَبَا بَكْرٍ رَجُلٌ رَقِيقٌ إِذَا قَرَأَ الْقُرْآنَ لَا يَمْلِكُ دَمْعَهُ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Bakar seorang lelaki yang lembut dan tidak mampu menahan air matanya ketika membaca al-Quran”. 
 
[Riwayat Muslim (418)]
 
 Image may contain: 1 person

Wednesday, September 2, 2020

Membaca Al Quran Untuk Perubatan

 

Rabu,14 Muharram 1442H: Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A, “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut.

Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” 
 
Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah.
 
Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. 
 
Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” 
 
“Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” 
 
Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”
 
Hadis Riwayat Muslim (5863)
 
 Image may contain: 1 person

Tuesday, September 1, 2020

Fadhilat Mendengar Dan Membaca Al-Quran Sama?

 

Selasa, 13 Muharram 1442H: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهْوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهْوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ
 
Maksudnya: "Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah SWT dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. 
 
Juga seorang yang dikurniakan Allah SWT akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang."
 
Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
 Image may contain: 1 person