Friday, March 29, 2019

Dua Rakaat Solat Sunat Hari Jumaat

Jumaat, 22 Rejab 1440H: Dari Jabir bin Abdillah katanya: "Pada suatu kali ketika nabi saw berpidato di hari Jumaat, maka ada seorang datang masuk ke dalam masjid. 

Ketika lelaki itu segera duduk, maka nabi bertanya: "Apakah engkau sudah mengerjakan dua rakaat solat sunat?" 

Jawab lelaki itu: "Belum". 

Sabda beliau: "Kalau begitu, kerjakanlah solat sunat dua rakaat sebelum kamu duduk."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1383.

Thursday, March 28, 2019

Bagaikan Hujan Yang Jatuh Ke Bumi.

Khamis, 21 Rejab 1440H: Dari Abu Musa ra., dari Nabi saw. sabdanya: "Perumpamaan agama yang aku diutus Allah 'Azza wa lalla dengannya iaitu berupa petunjuk dan ilmu. ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi. 

Di antaranya ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air maka tumbuhlah padang rumput yang subur. 

Di antaranya pula ada yang jatuh ke tanah keras sehingga air tergenang kerananya. Lalu air itu dimanfaatkan orang banyak untuk minum, menyiram kebun dan berternak. 

Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. 

Seperti itulah perumpamaan orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat daripadanya, belajar dan mengajarkan.

Dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima petunjuk Allah yang aku diutus dengannya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2127.

Wednesday, March 27, 2019

Diseksa Di Dalam Kubur

Rabu, 20 Rejab 1440H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya.  

Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." 

Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan." 

Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong.

Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?" 

Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0149.

Monday, March 25, 2019

Lima Perkara Yang DiBeri Allah Kapada Nabi SAW

Isnin, 18 Rejab 1440H: Jabir bin Abdullah mengabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda: "Aku diberi (Allah swt.) lima perkara yang tidak pernah diberikan-Nya kepada seorang pun sebelumku. Yaitu:

1. Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pada musuh sejauh satu bulan perjalanan.
2. Dijadikan Allah bagi ku bumi sebagai masjid dan untuk bersuci (tayammum) Maka di mana saja umat ku berada dan waktu solat tiba, mereka boleh solat di sana.
3. Dihalalkan bagi ku harta rampasan perang, dan belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku.
4. Aku diberi kuasa untuk memberi syafaat bagi ummat ku di hari kiamat nanti.
5. Nabi-nabi terdahulu diutus untuk kaumnya saja, sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0206.

Friday, March 22, 2019

Doa Di Siang Hari Jumaat

Jumaat, 15 Rejab 1440H: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Khalid bin Makhlad, mewartakan kepada kami Katsir bin Abdullah bin 'Amr bin 'Auf Al-Muzanniy, dari ayahnya, dari kakeknya, dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah SAW. mengatakan: "Di hari Jumaat ada satu saat di siang hari. Tiadalah seorang hamba memohon sesuatu kepada Allah, kecuali Allah mengabulkan permohonannya." 

Ditanyakan: "Saat yang mana itu?" 

Beliau menjawab: "Yaitu, sewaktu solat diiqamatkan sampai selesai solat."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1138.

Wednesday, March 20, 2019

Banyak Makan

Rabu, 13 Rejab 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah ia masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah saw.

Beliau bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang yang kafir makan untuk tujuh perut."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1633.

Tuesday, March 19, 2019

Sebaik-Baik Saf

Selasa, 12 Rejab 2019; Dari Abu Hurairah R.A. dia berkata: Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik saf laki-laki adalah saf yang pertama dan sejelek-jeleknya adalah saf yang terakhir. Dan sebaik-bik saf wanita adalah yang terakhir, sedangkan sejelek-jeleknya adalah saf yang pertama" 

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0649.

Nota: Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Tirmizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Kata Nawawi, kalau jemaah ini wanita solat dengan lelaki. Kalau tidak solat bersama mereka, seperti jemaah wanita dalam satu tempat khusus bersama wanita, maka hukumnya sama dengan kaum laki-laki. Hal ini kerana saf pertama wanita sangat berdekatan dengan kaum lelaki demikian pula saf terakhir kaum lelaki. Aunul Ma'bud II, 374

Friday, March 15, 2019

Syaitan Keluar Waktu Senja

Jumaat, 8 Rejab 1440H: Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1937.

Wednesday, March 13, 2019

Mimpi Seorang Muslim

Rabu, 13 Rejab 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). 

Mimpi itu ada tiga macam:
(1) Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah.
(2) Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syaitan.
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan, atau khayal seseorang. 

Maka kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian solat, dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2111.

Tuesday, March 12, 2019

Mengurung Kucing

Selasa, 5 Rejab 1440H: Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda : "Ada seorang perempuan yang diseksa kerana ia memenjarakan kucing sampai mati kelaparan. Kerana itu dia masuk neraka."

Kemudian Rasul bersabda: "Tuhan tahu, bahawa engkau tidak memberi makan dan minum kucing itu waktu memenjarakannya, kucing itu tidak pula engkau lepaskan agar dapat makan apa yang melata di bumi."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1146.

Monday, March 11, 2019

Takutlah Berbuat Zalim & Berlaku Bakhil

Isnin, 4 Rejab 1440H: Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda :

'Takutlah kamu akan berbuat zalim. Kerana perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan kelak di hari kiamat. 

Dan takutlah kamu akan berlaku bakhil. Kerana berlaku bakhil itu telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu kerana telah menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menyebabkan mereka melanggar larangan (segala yang diharamkan) Allah:'

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2209.

Friday, March 8, 2019

Amaran Melangkahi Leher2 Ketika Hari Jumaat

Jumaat, 1 Rajab 1440H: Mewartakan kepada kami Abu Kuraib, mewartakan kepada kami Risydin bin Sa'ed, dari Zabban bin Fa-id, dari Sahl bin Mu'adz bin Anas, dari ayahnya -Mu'adz", dia berkata:


Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa melangkahi leher-leher manusia, pada hari Jumaat, maka dia bakal dijadikan jambatan ke Jahannam."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1116.

Thursday, March 7, 2019

Abu Thalhah - Syahid Yang Hidup

Khamis, 30 Jamadilakhir 1440H: Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Uhud, beberapa orang dari pasukan Islam lari meninggalkan Nabi saw. Sedangkan Abu Thalhah tetap bertahan di samping beliau, mengawalnya dengan perisai. Dan Abu Thalhah adalah seorang pemanah tepat yang terampil. Pada hari itu dia mematahkan dua atau tiga busur panah. Ketika itu lewat di hadapannya seorang laki-laki membawa panah. Katanya, "Berikanlah itu kepada Abu Thalhah." 

Kata Anas, "Nabi saw. berdiri tegak memperhatikan seluruh pasukan. "

Maka berkata Abu Thalhah, "Ya, Nabiyallah! Ku mohon atas nama bapa dan ibu ku, semoga Anda tidak berdiri supaya jangan kena panah musuh. Biarlah leher ku yang kena, asal jangan leher anda."

Kata Anas selanjutnya. "Sungguh, aku melihat 'Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim, keduanya menyingsingkan baju, sehingga aku menampak gelang kaki mereka; keduanya membawa ghirbah di punggung mereka, kemudian dituangkannya ke mulut pasukan kaum muslimin. Sesudah itu mereka pergi lagi mengisi ghirbah mereka dan datang lagi menuangkannya ke mulut anggota pasukan.

Semasa pertempuran, pedang terjatuh dari tangan Abu Thalhah dua atau tiga kali kerana sangat mengantuknya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1779.

Wednesday, March 6, 2019

Tunaikan Hak Jalanan

Rabu, 29 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Said Al Khudri ra, dari Nabi saw., sabdanya: 

"Jauhilah duduk-duduk di jalanan!" 

Jawab para sahabat "Kami tidak mengapa-ngapa ya Rasulullah. Hanya sekadar bercakap-cakap."' 

Sabda Rasulullah saw". Jika kalian keberatan meninggalkan majlis jalanan itu, penuhilah hak jalanan !"
Tanya para sahabat "Apakah hak jalanan itu'!"

Sabda beliau. "Pejamkan matamu, jangan kurang ajar. jawab salam (orang yang lalu). mengerjakan yang maaruf dan mencegah yang mungkar."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2023.

Tuesday, March 5, 2019

Imam Meringkaskan Solat

Selasa, 28 Jamadilakhir 1440H: Berita dari Abu Qatadah r.a. yang diterimanya dari Nabi saw.; sabdanya: 

"Ketika aku berdiri hendak solat, aku bermaksud hendak memanjangkan solat ku itu. Tetapi tiba-tiba terdengar olehku tangis bayi, maka ku ringkaskan solat itu, kerana aku tak ingin menyusahkan ibunya (yang ikut solat waktu itu)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 039

Monday, March 4, 2019

Bersusah-Susahlah Mengunjungi Tiga Masjid

Isnin, 27 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Jangan susah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsha (di Juruselem -Palestina)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1314.

Friday, March 1, 2019

Mandi Hari Jumaat

Jumaat, 24 Jamadilakhir 1440H: Dari Walid katanya: "Abdullah Ibnul 'Alak, bahawasanya dia pernah mendengar dari Al Qasim bin Muhammad Ibnu Abi Bakar bercerita bahawasanya ketika sebahagian orang menyebut-nyebut tentang mandi di hari Jumaat di depan Aisyah, maka kata Aisyah:

"Dianjurkannya mandi di hari Jumaat, pada mulanya oleh orang-orang yang datang dari luar kota untuk menghadiri solat Jumaat. Pada umumnya bau keringat mereka tidak sedap, sehingga para jamaah di masjid banyak yang terganggu oleh baunya. Ketika hal itu diberitahukan pada Rasulullah saw. maka Rasulullah saw menyuruh kami untuk mandi jika hendak menghadiri solat Jumaat."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1353.