Wednesday, October 28, 2020

Kelebihan Duduk Di Majlis Mengingati Allah

Rabu, 11 Rabiulawal 1442H: Daripada Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
 
Maksudnya: “Tidaklah sesuatu kaum yang duduk berkumpul untuk mengingati Allah melainkan akan dinaungi oleh para malaikat, dilimpahkan kepada mereka rahmat dan akan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan) serta Allah SWT akan menyebut mereka di hadapan para makhluk yang ada di sisi-Nya.”
 
[Riwayat Muslim (2700)]
 
 Image may contain: text that says "Tanda Allah Berpaling Darimu 'Arif Al Yamani berkata, "Di antara tanda Allah berpaling dari seorang hamba, Allah menjadikannya sibuk dalam hal yang sia-sia." (Hi yatul Awliya' 10 134)"

Tuesday, October 27, 2020

Beristijak Menggunakan Tangan

 

Selasa, 10 Rabiulawak 1442H: Daripada Abdillah bin Abi Qatadah, daripada ayahnya, daripada Nabi SAW bersabda:

إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَأْخُذَنَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلاَ يَسْتَنْجِي بِيَمِينِهِ وَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ
 
Maksudnya:" Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya, dan jangan beristinjak dengan tangan kanannya, dan jangan bernafas dalam bekas minuman."
 
Riwayat al-Bukhari (154)
 No photo description available.

Thursday, October 22, 2020

Hukum Menutup Mulut Di Dalam Solat

 

Khamis, 5 Rabiulawal 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ السَّدْلِ فِي الصَّلاَةِ وَأَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ
 
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang meleretkan pakaian di dalam solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat)."
 
Riwayat Abu Daud (643)
 
 Image may contain: ‎text that says "‎Hukum memakai pelitup muka (face mask) ketika solat للفتاوي الكافي 627 Al-Kafi al-Fatwa IMAM AL-KHATIB AL-SYARBINI RAHIMAHULLAH •Makruh solat dalam keadaan menutup mulut. PARA FUQAHA YANG MEMBENARKAN Jika seorang menutup mulutnya ketika solat disebabkan ada keperluan padanya, maka hilang kemakruhan tersebut. Kesimpulannya: "Hukum menutup mulut di dalam solat tanpa sebarang sebab adalah makruh. Namun, jika terdapatnya hajat dan keperluan kepada hal tersebut, maka ianya adalah harus. SUMBER: HUKUM DENGAN ENUTUP MUKA (FACE MASK) www.muftiwp.gov.my PejabaMufi WilayahPersekutuan pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp ejabat Mufti Wilayah GHikum‎"‎

Tuesday, October 20, 2020

Kelebihan Saf Pertama

 

Selasa, 3 Rabiulawal 1442H: Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
 
Maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui apa yang ada (iaitu kelebihan dan keutamaan) di dalam azan dan saff yang pertama, lalu mereka tidak dapat mendapatkannya kecuali dengan melakukan undian, nescaya mereka akan melakukan undian untuk mendapatkannya.
 
Hadith riwayat al-Bukhari: (580)
 
 Image may contain: text

Monday, October 19, 2020

Berhati-Hati Dengan Istidraj

 

Isnin, 2 Rabiulawal 1442H : Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
 
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”
 
Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4220)dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110)
 Image may contain: 1 person

Friday, October 16, 2020

Membuka Aib Dosa

Jumaat, 29 Safar 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :

 
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
 
Maksudnya :” Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin. Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya”
 
Riwayat al-Bukhari(6069)
 
Image may contain: 1 person

Wednesday, October 14, 2020

Wahai Dzat Yang Membolak Balikkan Hati

 

Rabu, 27 Safar 1442H: Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
 
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.”
 
Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” 
 
Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” 
 
[Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
 
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎للفتاوي الكافى 453 Al-Kan atwa Kelebihan manusia berbanding makhluk lain Allah SWT berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan darat dan laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya banyak makhluk-makhluk yang telah ciptakan. [Surah al-isra': Salibus Sumalhah Dato' riDr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri "Manusia itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan diberikan akal fikiran yang mampu berfikir dan mengawal selia serta terkehadapan berbanding makhluk yang lain. SUMBER: @drzulkifi.albakri BERBANDING LAIN‎"‎‎

Thursday, October 8, 2020

Menanggung Dosanya Sendiri

 Khamis, 20 Safar 1442H: Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 
أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ
 
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” 
 
[Riwayat Muslim (1829)]
 Image may contain: 1 person, text

Wednesday, October 7, 2020

Bersedekah Semua Harta?

 

Rabu, 19 Safar 2020: Daripada Sa’ad Ibn Waqqas R.A, beliau berkata: "Rasulullah SAW pernah menziarahiku ketika sakit pada masa Hajjatul Wada’ yang aku rasa membawa kematian."

Lantas aku bertanya, “Hai Rasulullah, telah kamu melihat keadaanku yang sakit sedangkan aku mempunyai harta dan tidak ada yang mewarisiku kecuali anak perempuanku satu-satunya. Bolehkah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku? 
 
Baginda menjawab: “Jangan.” 
 
Aku bertanya: Apakah aku menyedekahkan separuh daripadanya? 
 
Beliau menjawab: “Jangan.” 
 
Aku bertanya lagi: Apakah aku sedekahkan sepertiganya? 
 
Beliau menjawab: “Ya, sepertiga, dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada orang ramai. Dan tidaklah kamu sedekah semata-mata mencari keredaan Allah kecuali kamu diberi pahala dengannya sekalipun kamu memberi satu suapan kepada mulut isterimu juga dikira pahala.
 
Riwayat al-Bukhari (4409) dan Muslim (4296)
 No photo description available.

Tuesday, October 6, 2020

Tujuh Dosa Besar

 

Selasa, 18 Safar 1442H: Nabi SAW turut bersabda:
 
اجتنبوا السبعَ الموبقاتِ . قالوا : يا رسولَ اللهِ ، وما هن ؟ قال : الشركُ باللهِ ، والسحرُ ، وقتلُ النفسِ التي حرّم اللهُ إلا بالحقِّ ، وأكلُ الربا ، وأكلُ مالِ اليتيمِ ، والتولي يومَ الزحفِ ، وقذفُ المحصناتِ المؤمناتِ الغافلاتِ
 
Maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina.’”
 
Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)
 Image may contain: ‎one or more people, ‎text that says "‎Maksud dosa besar Al-Afkar الأفكار 525 Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma: "Dosa besar adalah maksiat yang Allah akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa (Jami' /-Bayan yal -Quran, 5/59) MEROK MA-LAMANYA IBN ABD AL-SALAM Dosa besar ialah dosa yang disertakan dengan balasan buruk atau laknat. BEER Sulibus Samahah Dato Zulkifli Mohamad I-Bakri menyimpulkan: ا " Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada segala dosa-dosa dosa besar serta mengurniakan petunjuk dan kekuatan dalam melaksanakan perintah-Nya. Amin,, SUMBER: -AFKAR MAKSUD DOSA BESAR @drzulkifi.albakri Pejabat Mufti Wilayah fMufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Monday, October 5, 2020

Sejahat-Jahat Hamba

 

Isnin, 18 Safar 1442H: Rasulullah SAW bersabda :

شِرَارُ عِبَادِ اللهِ الْمَشَّاءُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ
 
Maksudnya : “Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat”
 
[HR Ahmad (17998)]
 Image may contain: 1 person

Thursday, October 1, 2020

Keseronokan Yang Paling Baik

 

Khamis, 13 Safar 1442H: Daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
 
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
 
Riwayat Muslim (1467)
 Image may contain: 1 person, text